Traveloka Official Online Travel Partner KL2017

Traveloka Official Online Travel Partner KL2017 adalah sempena Sukan Sea yang berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun ini. Kuala Lumpur 2017 atau singkatan KL2017 adalah Sukan SEA yang ke 29 ini dan juga Asean Para Games ke 9.

Sempena Sukan Sea ini Traveloka telah menjadi salah satu Sponsor untuk KL2017 ini. Hampir 21 penaja yang terlibat dengan KL2017 ini, manakala Traveloka merupakan antara Gold Sponsor untuk Sukan Sea kali ke 29 ini.

 

Traveloka Official Online Travel Partner

Traveloka adalah merupakan sebuah syarikat Travel Online yang terkemuka di Asia Tenggara. Ia juga telah menjalinkan kerjasama hampir lebih 100 syarikat domestik dan antarabangsa yang menjangkaui sehingga 200,000 laluan di seluruh dunia.

Sempena Sukan Sea KL2017 ini juga Traveloka ada menawarkan Promosi Hello Malaysia untuk tawaran penginapan hotel dan penerbangan untuk tempahan dari 7 Ogos sehingga 31 Ogos 2017. Layari laman web ini untuk tawaran Promosi Hello Malaysia, rebut juga diskaun sehingga 40% sepanjang Sukan Sea KL2017 ini.

Traveloka yang kini semakin popular juga mempunyai inventori penginapan secara langsung yang terbesar. Ini termasuklah pelbagai jenis hotel, apartment, guest house, homestays, villa dan juga resort.

Traveloka Official Online Travel Partner KL2017

Sistem pembayaran secara online yang canggih dan mengikut trend semasa memudahkan anda membuat tempahan segera. Lebih 40 jenis pembayaran secara online boleh dibuat di serata tempat meliputi Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam dan juga Filipina.

Lebih menarik juga setiap daripadanya ada bantuan daripada khidmat pelanggan selama 24 jam untuk 7 hari seminggu mengikut bahasa ibunda masing-masing. Mana tahu kalau anda tak faham bahasa English boleh cuba untuk berinteraksi dalam bahasa pilihan anda yang faham dan fasih. Maklumat lebih lanjut dan tempahan boleh layari laman web rasmi Traveloka.

 

Ada Apa Dengan Traveloka di KL2017

Traveloka adalah official Online Travel Partner untuk KL2017 kali ini jadi dengan itu pihak Traveloka juga telah membuka booth di Bukit Jalil. Sempena Sukan Sea KL 2017 ini pelbagai untuk aktiviti menarik yang ada di Bukit Jalil ini. Jangan lupa untuk kunjungi Booth Traveloka di Bukit Jalil dan sertai peraduan-peraduan yang dianjurkan.

Anda berpeluang menangi pelbagai hadiah menarik yang bernilai RM200,000, boleh pergi beramai-ramai serbu booth ini sebab hadiahnya cukup menarik. Rasanya peraduan ini tidaklah sesukar mana yang pasti ianya berkisar tentang Traveloka dan Sukan Sea KL2017 ini.

 

Saksikan Livestreaming dan Menangi Peraduan

Traveloka Official Online Travel Partner KL2017

Traveloka juga menyediakan Livestreaming untuk Sukan SEA KL 2017 ini. Anda berpeluang menyaksikan Livestreaming ini secara Facebook Live dan juga Youtube Live dari laman web TravelokaKL2017. Jadi anda boleh menyaksikan pelbagai perlawanan sukan secara Live daripada Traveloka ini secara online dimana-mana sahaja.

Laman yang mesra pengguna melalui smartphone juga terbukti boleh tengok perlawanan secara live dimana sahaja. Selain itu juga, laman ini juga ada peraduan untuk kita menangi dengan tawaran hadiah menarik. Tidak cukup hanya peraduan di booth Traveloka, anda juga boleh sertai peraduan yang diadakan di laman web TravelokaKL2017 ini.

Peraduan ini amat mudah anda hanya perlu:

  • Pilih satu Game dan ramal pemenang untuk Game tersebut. 1 pilihan sahaja untuk sehari.
  • Jangan lupa masukkan emel anda semasa meramal pemenang Game tersebut.
  • Kongsikan ke Media Sosial dan hantarkan penyertaan anda.
  • Setiap Game dan pemenang akan di update setiap hari di web ini. Kena check setiap hari.

 

Sukan Sea KL2017 #kitajuara

Ayuh kita berikan sokongan kepada atlit-atlit kita untuk juara dalam Sukan Sea KL2017 ini. Jom saksikan perlawanan Sukan Sea KL2017 ini, tunjukkan semangat patriotik kita juga sempena bulan Kemerdekaan ini. Dengan hampir 11 negara yang mengambil bahagian dalam Sukan Sea ini, Malaysia kini masih lagi menduduki tempat pertama.

Traveloka Official Online Travel Partner KL2017

 

 

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

28 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!