• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Tips Untuk Anak Bijak dan Mendengar Kata

Tips Untuk Anak Bijak dan Mendengar Kata

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera artikel tips untuk anak bijak dan mendengar kata khas untuk golongan ibu bapa. Tidak juga ketinggalan buat bakal bergelar sebagai ayah dan ibu tidak lama lagi. Memiliki anak hasil daripada perkahwinan dengan pasangan kita adalah impian semua orang.

Anak yang lahir daripada hasil perkahwinan atas cinta dan kasih sayang sesama pasangan adalah anugerahNya. Tidak kira sama ada bercinta sebelum berkahwin atau cinta selepas kahwin sekali pun, kebahagiaan amat penting dalam keluarga.

Pasangan hidup adalah pasangan yang berkongsi segalanya bersama sepanjang hayat. Anak yang lahir daripada hubungan yang berkat, suci dan saling mencintai satu sama lain juga rezeki bersama. Bukan setakat impian memiliki anak, malah ramai yang inginkan anak yang comel, soleh solehah dan juga bijak. Paling penting juga adalah memiliki anak yang mendengar kata dan nasihat ibut bapa.

 

6 Tips Untuk Anak Bijak

Amalan tips untuk anak bijak dan mendengar kata ini sebenarnya perlu diamalkan semenjak hamil lagi. Ini penting bukan setakat memastikan kandungan kita sihat, tapi perlu bermulanya dari dalam perut dengan perkara-perkara baik.

Dahulu kala kita sentiasa disajikan oleh orang tua atau ibu bapa kita untuk mengamalan beberapa perkara semasa mengandung. Tidak ketinggalan juga dengan pantang larang dan petua semasa mengandung begitu banyak sekali. Tips dan panduan daripada mereka, bukan sekadar kata-kata di bibir sahaja. Semuanya demi anak yang dikandungkan dan juga ibu yang mengandung.

 

Amalkan Pemakanan Yang Sihat

Amat penting untuk ibu yang mengandung mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Makan bukan makan segalanya yang rasa ingin dimakan. Perlu lihat terlebih dahulu khasiat dan kebaikan makanan tersebut sebelum makan. Apa yang sahaja dimakan oleh ibu mengandung pasti dirasai oleh anak didalam kandungan.

Makanan yang berkhasiat amat penting untuk pembinaan otak bayi dalam kandungan. Karbohidrat, vitamin, mineral dan protein adalah penting dalam pengambilan makanan ibu yang mengandung. Banyak sumber dan panduan daripada pakar kesihatan hari ini mensyorkan pemakanan yang sihat untuk ibu yang hamil.

Perkembangan bayi yang sihat juga memerlukan kandungan makanan seperti EPA dan DHA. Begitu juga dengan pengambilan suplemen tambahan atau vitamin semasa mengandung sangat penting. Biasanya untuk vitamin telah dibekalkan oleh Klinik Kesihatan di tempat ibu yang mengandung buat check up. Pastikan makan setiap hari mengikut jadual yang diberikan.

 

Banyakkan Amal Ibadah

Memiliki anak yang soleh dan solehah serta mendengar kata adalah bermula daripada ibubapa sendiri. Sebagai ayah dan ibu perlulah banyakkan amal ibadah kepada Allah SWT. Penuhi tuntutanNya dan tinggalkan segala laranganNya. Perbanyakkan juga amalan sunat.

Banyak surah yang boleh diamalkan semasa mengandung seperti surah:

  • Yusuf untuk anak yang cantik dan baik akhlaknya
  • Lukman untuk anak yang bijak dan cerdik
  • Maryam untuk mudah bersalin dan anak yang taat serta sabar
  • al-Hujurat untuk memperbanyakkan susu ibu
  • as-Sajadah untuk anak yang soleh dan solehah

Semuanya perlu diamalkan sepanjang waktu kehamilan 9 bulan. Si ayah juga berperanan penting boleh memperdengarkan bacaan ayat Quran kepada isteri yang mengandung. Jadi sama-samalah amalkan, bukannya meletakkan segala-galanya kepada ibu yang mengandung.

Surah al-Insyiqaq juga boleh memudahkan urusan untuk ibu mengandung melahirkan anak. Boleh diamalkan semasa mengandung lagi agar dimudahkan untuk proses bersalin nanti, InsyaAllah.

8 Tips Untuk Anak Bijak dan Mendengar Kata

 

Amalan Sentuhan Kasih

Sangat digalakkan buat ibu yang mengandung untuk mengusap bayi yang dalam kandungan. Usaplah lembut perut semasa mengandung sama ada isteri atau suami. Lahirkan rasa rindu atau ternanti-nanti akan kelahiran anak tersebut. Ini melahirkan rasa prihatin dan kasih sayang awal kepada bayi dalam kandungan.

Ada yang berpendapat, usapan dan komunikasi seperti bercakap-cakap dengan bayi akan melahirkan bayi lebih baik. Ini memberikan gambaran kepada bayi tersebut ibu bapa sangat ternanti akan kelahirannya. Serta mendapat perhatian yang baik dari dalam kandungan boleh menjadikan bayi yang kurang meragam.

Samalah juga, apa sahaja yang kita ucapakan, lakukan semasa waktu kehamilan bayi kita juga pasti dapat merasakan sebagaimana ibunya rasa. InsyaAllah jika kita berusaha dengan terbaik akan dikurniakan yang baik-baik.

 

Mengawal Emosi Semasa Kehamilan

Antara perkara yang penting juga adalah mengawal emosi sewaktu kehamilan anda. Mempunyai emosi yang tenang boleh menjadikan anak yang bakal lahir nanti riang dan juga tidak mudah meragam. Selain itu, boleh meransangkan perkembangan otak yang sihat dan janin yang seimbang.

Segala tingkah laku sewaktu kehamilan adalah sangat penting. Banyakkan bersabar dan juga bersikap lebih positif dalam segala hal. Segalanya akan mempengaruhi sikap anak di masa akan datang. InsyaAllah anak yang lahir juga akan menjadi pintar dan cerdas kerana perkembangan otak yang baik.

 

Pengenalan Pengetahuan Asas

Ini adalah komunikasi yang baik antara ibu bapa dan bayi dalam kandungan. Amalkan juga ucapakan selamat pagi baby, selamat malam, apa khabar. Alunkan juga nyanyian ringkas seperti ABC atau 123 boleh memberikan interaksi yang baik kepada bayi.

Isyarat ringkas seperi menggosok persekitaran perut dan mengetuk secara lembut serta mengusapnya. Perlakuan ini umpama bergurau senda dengan bayi secara tidak langsung. Ada juga beberapa panduan yang mengesyorkan untuk merakam suara ahli keluarga dan perdengarkannya ke perut.

 

Amalan Mengira dan Buat Matematik

Sebagaimana yang kita ketahui, apa sahaja yang si ibu buat semasa mengandung memberi refleks kepada bayi. Secara tidak langsung kita boleh tanya pengalaman mereka yang mengandung sebelum ini. Mungkin ada kisah-kisah menarik aktiviti semasa mengandung dan memberikan kesan langsung kepada bayi yang lahir.

Sewaktu kehamilan ada ibu mengandung yang suka berjaga malam, ini membuatkan bayinya juga sentiasa terjaga di waktu tengah malam. Sekarang boleh buat kelainan, tips untu anak bijak adalah dengan membuat lahiran mengira dan matematik.

Latihan ini senang sahaja, boleh jadikan mengira secara ringkas. Aktiviti ini bukan sahaja menjadikan otak kita berjalan dan aktif berfikir, insyaAllah akan mempengaruhi juga bayi dalam kandungan. Sama juga dengan amalan doa dan surah yang kita amalkan sewaktu hamil. Ia secara terus memberikan kesan yang baik kepada bayi kita nanti.

 

Panduan dan Tips Untuk Anak Bijak

Masih banyak lagi panduan dan tips untuk anak bijak serta mendengar kata di luar sana. Mungkin anda ada pendapat, pengetahuan dan pengalaman anda sendiri semasa mengandung. Jika ada boleh kongsikan di ruangan komen di bawah semoga dapat membantu dan kongsikan kepada yang membaca.

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

12 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!