Terima Kasih ServerFreak

Assalamualaikum dan salam sejahtera sebesar-besar terima kasih kepada pengelola hosting blog ini iaitu ServerFreak. Kini menjelang tahun 2015 maka blog ini akan melangkah ke tahun ke-5 dalam bidang blog.

Dan saya tidak pasti pada tahun 2015 ini sudah berapa lama saya bersama ServerFreak. Mungkin kalau tidak silap saya menjangkaui masuk tahun ke-2 atau tahun ke-3.

 

Terima Kasih ServerFreak

Terima Kasih ServerFreak

Sepanjang tahun ini aktiviti berblogging sebenarnya saya telah kurangkan. Bukan kerana ketandusan idea namun dek kerana kesingkatan masa yang terluang.

Sehari tidak lebih 3 jam masa yang saya ada sebelum membaring diri ke tempat tidur. Tambah tolak 3 jam pada malam hari berapa minit sangatlah yang ada.

Jadi ingin online itu menjadi terbatas dan kekurangan masa lantas menyebabkan tahap fokus sangat kurang. Itulah adakalanya saya timbul dan adakalanya saya tenggelam.

Jadi sejak kebelakangan ini beberapa kontes juga saya tidak sertai. Yang berkesempatan sertai sekarang ialah Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan.

Terima kasih kepada ServerFreak kerana menghubungi saya melalui telefon tentang invois blog yang sudah overdue. Terkejut juga bila diberitahu akaun sudah suspended dan tidak sampai 5 minit lepas membuat bayaran blog aktif kembali.

Terima kasih kini bersedia untuk tahun ke-5.

Dapatkan pakej hosting ServerFreak dengan harga berpatutan!

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

23 Comments

Leave a Reply to adarain Cancel reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!