• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Terbang Bercuti ke Soul Dengan Mudah

Terbang Bercuti ke Soul Dengan Mudah

Setiap dari kita ada minat dan kecenderungan masing-masing. Selagi mana ia tidak memberikan keburukan kepada kita tidak menjadi kesalahan untuk meminati sesuatu perkara. Bercuti, melancong dan melawat ke negara lain juga boleh dijadikan sebagai hobi atau minat yang unik.

Budaya Kpop sekarang makin berleluasa dari kalangan peminat yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Jadi bayangkan kalau kita dapat pergi bercuti ke tempat asalnya Kpop ni mesti syok kan? Bukan dari Malaysia sahaja orang nak pergi Korea ni, tapi juga dari Indonesia, Singapore. Malah dari Thailand pun ada dan mereka akan cuba cari Thai Airways booking untuk dapat flight yang murah. Samalah dengan kita yang nak cari Flights to Seoul yang murah. Jangan risau, kali ni saya akan ceritakan serba sedikit pasal bercuti ke Seoul ni.

 

Jom Terbang ke Seoul

Tips Terbang ke Soul Dengan Mudah

Setiap kemudahan perjalanan akan di datangi dengan kesulitan, terutamanya bagi korang yang baru pertama kali untuk ke sana dan tidak tahu cara yang betul. Namun, kalau korang sudah membuat persediaan, ianya akan menjadi lebih mudah. Bagi memastikan perjalanan korang berjalan lancar, korang perlu mengambil perhatian tentang tips yang disenaraikan di bawah sebelum merancang dan menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang akan korang lakukan di sana nanti.

Seperti negara lain juga, makanan halal di Korea amat susah untuk didapati. Kalau korang berada di kawasan seperti Itaewon, ianya mudah untuk mendapatkan makanan halal. Tapi tak bermakna korang tak boleh menikmati makanan yang dijual di gerai-gerai jalanan.

 

Cara Memilih Makanan di Korea

Hanya perlu bertanya beberapa soalan seperti, Dweji gogi issoyo? iaitu bermaksud “Ada daging khinzir ke?” Gogi issoyo? bermaksud “Ada daging ke?” Soju / wain issoyo? bermaksud Ada soju /  wine ke?

Kalau penjaja tu jawab, “Yae”, ataupun, “Issoyo”, maknanya ada dicampur dalam makanan yang disediakan. Kalau dia jawab, “Opsoyo”, maksudnya bahan tersebut tidak dicampur atau dijual. Korang juga boleh melawat pasar malam Myeondong, Seoul atau khemah di tepi jalan yang dikenali sebagai ‘pojangmacha’ untuk dapatkan makanan jalanan dengan mudah.

Dweji gogi issoyo? bermaksud “Ada daging khinzir ke?”
Gogi issoyo? bermaksud “Ada daging ke?”
Soju / wain issoyo? bermaksud “Ada soju/wine ke?”

Kalau penjaja tu jawab, “Yae”, ataupun, “Issoyo”, maknanya ada dicampur dalam makanan yang disediakan. Kalau dia jawab, “Opsoyo”, maksudnya bahan tersebut tidak dicampur atau dijual. Korang juga boleh melawat pasar malam Myeondong, Seoul atau khemah ditepi jalan yang dikenali sebagai ‘pojangmacha’ untuk dapatkan makanan jalanan dengan mudah.

Terbang ke Soul Dengan Mudah

Kalau korang yang tak tahan masakan pedas, korang mungkin perlu berhati-hati dengan apa yang korang ingin cuba di Korea. Biasanya, kalau makanan berwarna oren atau merah, ianya pedas. Namun terdapat banyak lagi makanan Korea yang tidak pedas yang korang boleh dapati ketika di Seoul seperti pajeon, bulgogi, gimbap, jjajangmyun dan juga ayam goreng Korea tanpa sos pedas. Tapi, korang perlu mencuba makanan yang disediakan sendiri oleh orang Korea kerana ia akan memberikan satu pengalaman baru kepada korang dan membandingkan dengan makanan Korea yang pernah korang rasai di Malaysia.

 

Macam Mana Duit dan Budaya Di Sana?

Korea mengunakan matawang Won dan bagi setiap 1000 won bernilai lebih kurang RM 3.59. Terdapat sebanyak 1000, 5000, 10,000 dan 50,000 duit kertas dan duit syiling 500, 100, 50 dan 10. Jadi pastikan korang membuat pengiraan secukupnya untuk perbelanjaan yang efektif agar korang tidak terlebih bajet. Terdapat juga kemudahan mesin ATM yang korang boleh dapati di kedai serbaneka yang menggunakan kad luar negara.

Berbeza dengan Malaysia yang menyediakan paip di setiap tandas, Korea hanya menggunakan tisu. Namun, tandas diorang sangat bersih dan korang boleh menggunakannya dengan selesa. Jangan lupa untuk mengambil dispenser kertas tandas sebelum masuk ke tandas kerana ada sesetengah tempat yang menyediakannya di luar pintu tandas, jadi pastikan korang mengambilnya. Tapi ada satu perkara yang korang perlu ingat, agak sukar untuk jumpa tong sampah. Korang mungkin perlu simpan kertas tandas sehingga menjumpai tong sampah yang disediakan.

Terbang ke Soul Dengan Mudah

Selain itu, buat sedikit pembacaan tentang sejarah negara Korea dan beberapa lokasi yang menarik yang terdapat disana. Korang mungkin akan lebih menikmati dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan tempat bersejarah yang mungkin korang lawati seperti di Namsangol Hanok Village. Untuk pengetahuan korang, Korea kaya dengan adat dan budaya. Korang juga boleh merasai pengalaman memakai baju tradisional Korea dengan menyewa untuk beberapa jam dan mengambil gambar. Jangan tak tahu, korang juga berpeluang merasai memakai Hanbok sambil bersiar-siar di Insadong-gil Street.

 

Pengangkutan dan Musim di Korea

Sistem pengangkutan di Korea sangat mudah dan murah untuk membantu perjalanan korang. Apabila tiba di Korea, pastikan korang dapatkan kad T-Money. Kad ini digunakan untuk menaiki bas dan kereta api bawah tanah di beberapa bandar metropolitan. Ia juga sangat memudahkan korang dan tidak perlu membeli tiket setiap kali korang ingin menaiki public transport. Kad ini juga menyediakan diskaun bagi setiap perjalanan. Taxi juga mudah didapati dan tambang bergantung kepada masa dan jarak. Namun, elakkan menaiki teksi berwarna hitam kerana ianya lebih mahal dengan caj harga premium.

Memandangkan Korea merupakan negara yang mempunyai 4 musim. Jadi pastikan korang tahu cuaca yang akan korang hadapi semasa melancong ke Korea. Ada yang berpendapat musim paling terbaik untuk melancong ke Republik Korea ialah pada musim luruh dan spring. Pada musim ini, korang boleh menikmati keindahan semulajadi dan korang boleh kemana sahaja yang korang mau. Namun, kalau korang teringin merasa musim sejuk, korang boleh pergi pada musim salji namun ianya tidak terlalu digalakkan kerana akan mengganggu perjalanan aktiviti seharian korang begitu juga pada musim panas. Cuaca yang terlalu lembap membuatkan korang tidak mahu meninggalkan bilik.  

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

One Comment

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!