• Home
  • /
  • Info
  • /
  • Sumber Pendapatan Selepas Bersara

Sumber Pendapatan Selepas Bersara

Sumber pendapatan selepas bersara pasti menjadi buah fikiran utama bagi mereka yang bakal meneruskan kehidupan selepas bersara tidak lama lagi namun ia menjadi satu kesilapan bila kita membuat percaturan jangka pendek.

Kehidupan selepas bersara sepatutnya kita fikirkan pada saat mula kita bekerja lagi agar kelak kita sudah siap sedia dengan satu pendapatan atau kewangan yang kukuh.

Kesilapan orang kita apabila hampir dengan waktu persaraan barulah kita memikirkan dengan perit dan jerit daripada ingin dapatkan wang atau sumber pendapatan selepas bersara.

 

Sumber Pendapatan Selepas Bersara

Kehidupan selepas bersara sememangnya memerlukan satu sumber pendapatan yang mencukupi walaupun sekali kita mempunyai anak-anak yang sudah bekerjaya.

Fasa kehidupan ini amat mencabar kerana kita mempunyai sumber pendapatan besar lagi sebesar sewaktu kita masih lagi bekerja tempoh masa.

Jika hanya sekadar menanti pasti satu bukan jalan penyelesaian yang terbaik kerana walaupun sudah bersara kita tetap memerlukan sumber kewangan untuk pelbagai perkara seperti makan minum hidup seharian, bayaran bil-bil serta yang paling penting ialah kos perubatan kita sewaktu usia emas sebegini.

Tidak semua orang yang menjadikan persaraan itu sebagai satu keputusan terbaik setelah mencapai ‘masanya’.

Ada sesetengah daripadanya terpaksa bersara dek kerana masalah kesihatan dan manakala sesetengah mereka yang lain pula ingin bekerja dan terus bekerja kerana tanggungjawab yang dipikul serta tanggungan yang banyak.

 

Kehidupan Selepas Bersara

Kesilapan kebanyakan orang kita tidak memikirkan tentang kehidupan selepas bersara paling tidak pun ramai yang berfikir sekadar 10, 20 tahun akan datang.

Jadi ini menyebabkan ramai yang tidak membuat persediaan daripada awal bahkan termasuklah sumber kewangan yang sepatutnya ada selepas bersara.

Ini menyebabkan berlakunya lanjutan umur dalam bekerja atau tempoh untuk bersara semakin panjang, kerana bila hampir pada waktu barulah kita sedar bahawa kita perlukan pendapatan juga selepas bersara.

Bayangkan jika anda terus bekerja pada waktu usia tua sebegini kita bakal mengalami produktiviti dan keberhasilan kualiti dalam melakukan kerja.

Sepatutnya kehidupan selepas bersara perlulah lebih teratur dan tersusun agar anda dapat menikmati ‘tempoh emas’ anda dengan tenang.

Sesetengah mereka yang lain terpaksa mencari pendapatan lain sama ada bekerja di rumah atau membuka perniagaan kecil-kecilan sendiri sebagai inisiatif mendapat pendapatan berterusan semasa kehidupan selepas bersara.

 

Kita Orang Muda

Kita orang muda hari ini seharusnya mengambil langkah awal hari ini juga dengan bersiap sedia dengan perancangan kita sendiri bagaimana menghadapi kehidupan selepas bersara kelak.

Mungkin anda boleh kongsikan apakah perancangan yang anda buat untuk kehidupan selepas bersara?

  • Pekerja atau individu perlu menyimpan RM400,000 hingga RM480,000 untuk hari persaraan.
  • Cukup untuk menampung kehidupan selama 20 tahun.
  • Manakala simpanan RM480,000 dianggarkan mencukupi sehingga umur 80 tahun.
  • Perbelanjaan bulanan dianggarkan RM1,500 hingga RM2,000.
  • Selari dengan statistik 2015 jangka hayat lelaki 75 tahun dan wanita 77 tahun.

Sebagai persediaan bagi orang muda, sangat digalakkan untuk kita mencari pendapatan sampingan jika merasakan pendapatan tetap kita tidak mencukupi. Contohnya seperti anda berniaga di plaftorm E-Commerce seperti Shopee, boleh jadikan pendapatan sampingan secara tidak langsung.

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

30 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!