Salam Aidilfitri 1439H Lain Dari Dahulu

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, di kesempatan ini saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilifitri Maaf Zahir dan Batin. Kepada semua kenalan, rakan-rakan, sahabat handai, blogger, saudara mara serta kawan-kawan.

Semoga sambutan Hari Raya pada tahun ini sangat bermakna serta dapat meluangkan masa sebaiknya bersama ahli keluarga.

 

Kehidupan Lain Dari Dahulu

Salam Aidilfitri 1439H Lain Dari DahuluAntara perkara yang perlu diakui sekarang, dulu beraya berdua dan alhamdulillah tahun ini beraya bertiga. Syukur atas kurnianNya dengan menghadirkan cahaya mata kepada kami.

Semoga kami semua dilindungi dan diberikan rahmat olehNya di dunia dan di akhirat. Kadar zakat fitrah tahun ini pun dah jadi tiga orang. Semoga dimurahkan rezeki juga kepada semua sahabat kenalan.

 

Mulakan Bisnes Selepas Raya

Antara perkara yang menjadi perhatian selepas hari raya ialah banyak kehabisan duit. Terpulang pada kadar belanja kita bermulanya awal Ramadhan lalu dengan juadah berbuka. Seterusnya pula dengan persiapan hari raya sama ada baju raya serta juga juadah hari raya. Akhirnya pula dengan penyediaan duit raya untuk memeriahkan lagi suasana hari raya.

Kisah seterusnya tidak ketinggalan pula dengan perjalanan hidup selepas hari raya sementara menunggu hari gaji seterusnya. Bagi penjawat awam mereka terpaksa menunggu hari gaji yang lama daripada kebiasaannya kerana pembayaran gaji awal sempena sambutan hari raya aidilfitri ini.

Tidak ketinggalan juga dengan pekerja swasta, ada sesetengah syarikat telah memberikan bayaran separuh, bayaran penuh gaji sebulan lebih awal sebelum hari raya. Jika digunakan berhemah pastinya tidaklah terasa sangat keringnya poket selepas raya.

Jadi inilah masanya yang sesuai untuk mulakan bisnes separuh masa untuk mencari pendapatan sampingan anda!

 

Pilihan Bisnes Mudah Buat Duit

Tidak perlu gusar kerana terlalu banyak pilihan untuk kita buat bisnes pada hari ini. Majoriti hari ini menggunakan smart phone dan pastinya ada langganan talian internet. Kadar pengguna internet pada hari ini juga begitu banyak dari pelbagai peringkat umur. Gunakan peluang ini untuk buat duit dengan segera.

Pilihan di tangan anda, berikut antara pilihan bisnes mudah boleh dijadikan medium untuk berbisnes, pastikan anda mendapatkan panduannya terlebih dahulu:

Masih banyak lagi pilihan yang ada untuk mulakan bisnes pada hari ini. Anda boleh pilih untuk bermula dari sumber yang mana satu. Yang penting pastikan ia berada dibawah kadar kemampuan anda untuk mulakan bisnes anda pada hari ini. Sifu yang paling bagus ialah belajar dari pengalaman kita sendiri. Jom mulakan segera.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

15 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!