Resepi Popia Carbonara Yang Mudah

Minum petang dengan hidangan ringan sangat best, perkongsian resepi Popia Carbonara boleh cuba untuk minum petang anda. Minum petang adalah satu aktiviti yang bagus terutamanya yang baru balik dari kerja.

Sambil mendapat sambutan dari isteri dan anak-anak hidangan ringan seperti Popia Carbonara ini menambahkan keceriaan. Minum petang adalah menjadi rutin saya sebagai hidangan sambil berehat-rehat sebelum mandi dan makan malam. Malah waktu ini juga saya jadikan salah satu waktu untuk menulis blog secara santai.

Selain itu resepi popia carbonara ini juga boleh dijadikan sebagai hidangan sarapan, makan malam dan serta berbuka puasa dan sahur semasa di bulan Ramadhan. Kadang-kadang rasa tak lalu nak menjamah nasi, hidangan seperti ini boleh dijadikan pilihan kedua anda.

 

Bahan Untuk Popia Carbonara

Berikut adalah bahan-bahan yang digunakan untuk menyediakan Popia Carbonara ini. Namun anda boleh pilih untuk tidak meletakkan kesemua bahan ini dalam hidangan anda jika tak suka. Mungkin juga boleh digantikan dengan bahan lain dalam hidangan anda jika perlu.

 

  • Tepung gandum atau tepung jagung
  • Isi ayam yang dipotong kecil
  • Cendawan butang yang dicincang
  • Crab stick perlu dihiris bulat
  • Black pepper
  • Sayur seperti Carrot dan Baby corn
  • Susu fullcream atau mana-mana susu
  • Capsicum perlu dipotong kecil seperti dadu
  • Chicken stock
  • Cheese
  • Bawang putih dan bawang merah
  • Halia perlu dicincang halus
  • Butter
  • Garam

Baca juga: Cara menjana pendapatan dengan Bisnes Burger

Resepi Popia Carbonara Yang Mudah

 

Cara Menyediakan Popia Carbonara

Untuk menyediakan popia ini adalah tidak sukar, amat mudah sekali. Pastikan anda telah menyediakan bahan-bahan yang diperlukan. Khususnya bahan-bahan yang perlu dipotong, dihiris dan dicincang adalah harus sediakan sebelum proses memasak.

 

  • Sediakan kuali yang bersih, saiz kuali sebaiknya sesuai dengan berapa jumlah popia yang anda ingin sediakan. Barulah senang ingin menguruskan masakan anda, tidak perlu 2 atau 3 round.
  • Panaskan minyak dan butter, pastikan anda tidak meletakkan terlalu banyak minyak untuk mengelakkan butter anda cepat hangus.
  • Apabila minyak sudah panas, masukkan dan tumis halia beserta bawang putih dan bawang merah.
  • Tidak perlu tumis terlalu lama. Kemudian masukkan isi ayam dan cedawan yang sudah dipotong dan hiris tadi. Seterusnya masukkan juga chicken stock anda.
  • Tunggu sekejap dan masukkan pula 3 hingga 4 sudu tepung anda untuk memekatkan kuah.
  • Kemudian boleh masukkan susu dan tambah air masak sedikit dalam sukatan setengah cawan.
  • Selepas itu, perlu tunggu sekejap sehingga kuah sudah mula kelihatan pekat. Barulah boleh masukkan sayuran yang anda pilih berserta capsicum.
  • Masakkan campuran tadi sekejap dan boleh masukkan pula black pepper dan garam. Jika anda rasakan masakan anda ini perlukan perasa anda boleh letakkan sedikit.
  • Akhir sekali barulah masukkan crab stick. Pastikan selepas memasukkan crab stick ini anda tidak perlu memasak dengan lama. Ini bagi mengelakkan ianya menjadi hancur.
  • Sesudah itu boleh menutup api dapur anda.

Resepi Popia Carbonara Yang Mudah

 

Gulung, Goreng dan Sedia Dimakan

Jadi itulah caranya anda menyediakan inti bagi popia anda. Sekarang tibanya untuk menjadikannya Popia Carbonara yang sedap di petang hari anda.

  • Boleh pilih sama ada ingin menggunakan kuali yang sama atau tidak.
  • Boleh mula menggulung popia anda dengan memasukkan inti yang telah siap dimasak.
  • Setelah siap gulung, anda boleh teruskan aktiviti menggoreng popia tersebut.
  • Pastikan api tidak terlalu kecil kerana boleh menyebabkan kulit popia tersebut terkoyak.

Setelah siap anda dah boleh mula hidangkan Popia anda untuk dimakan bersama. Pastikan sediakan secukupnya untuk dimakan pada hari yang sama. Jika bercadang ingin makan pada hari berikutnya jangan gulung terlebih dahulu. Inti yang sudah siap dimasak boleh disimpan dalam peti ais. Apabila ingin goreng barulah gulung dahulu dan goreng.

Makan dan minum bersama kopi memang ngam. Selamat mencuba.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

18 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!