Rahsia lulus temuduga di sektor kerajaan atau lebih popular dikenali sebagai Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjadi bahan penting buat calon atau bakal menduduki temuduga ini. Bekerja di sektor kerajaan semakin mendapat tempat dikalangan golongan yang mencari kerja.
Tempoh hari beribu-ribu menduduki peperiksaan bagi ditempatkan diri di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Setelah dibuat sedikit kajian secara peribadi, didapati bahawa ramai yang mengeluh dan mengalah sebelum mencuba! Ingat dalam penempatan jawatan dalam sektor kerajaan tidak semestinya bergantung kepada nasib semata-mata.
Kejayaan tetap bermula dengan usaha! Tidak bergantung kepada nasib semata-mata.
Masalah Minta Kerja Kerajaan
Saya lebih suka menggantikan perkataan masalah itu kepada ujian. Kerana masalah itu bersifat menguji kita dan menambah lagi tahap kesabaran kita.
Hakikatnya begitulah beberapa ujian dan kesukaran yang dihadapi oleh mereka yang cuba meminta kerja dalam sektor kerajaan. Usahkan ingin rahsia lulus temuduga, pada peringkat awal sekalipun belum cukup lengkap sepenuhnya.
Antara beberapa kategori calon:
- Banyak menghadiri temuduga tapi tidak berjaya
- Banyak kali mengisi borang tapi tidak terpilih
- Fresh graduate pertama kali hadir temuduga
- Tiada tips dan rahsia lulus temuduga yang tepat
- Tidak memberikan jawapan yang tepat pada sesi temuduga
- Lemah penguasaan Bahasa Inggeris bagi menghadapi temuduga
- Tidak tahu soalan lazim pada sesi temuduga
- Tidak tahu bina komunikasi positif semasa temuduga
Kelebihan Kerja Kerajaan
Dahulunya ramai yang tidak celik dan sedar untuk berada di sektor kerajaan. Saat itu jarang orang ambil cakna dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, apa fungsinya dan apa kebaikan serta kelebihannya.
Namun zaman telah berubah, ramai yang telah celik dan sedar akan kelebihan dan kepentingan ini. Malah ramai yang ternanti-nanti akan dipanggil temuduga kerja kerajaan.
Anda pasti salah seorang yang sedang ternanti-nanti akan panggilan ini. Jika sudah mula dipanggil, tahniah dan ambil langkah ini segera kerana mereka yang bermula sekarang lebih baik daripada sejam kemudian!
Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Buka lagi minda dan besarkan jiwa anda. Jiwa yang ingin berjaya akan bermula dengan segera tidak melengah-lengahkan tindakan kerana mereka sedar sesaat mereka melengahkan seratus yang lain telah kedepan meninggalkan kita.
Rahsia lulus temuduga sama ada kerja kerajaan atau mana-mana jawatan seperti tertera di dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) tetap menjadi rahsia sehingga anda sendiri memilikinya.
Miliki dan praktikkan pasti berjaya kerana ada gelombang usaha dari jiwa anda sendiri.
Sebab gagal temuduga kerja kerajaan:
- Calon tidak bersedia yang tidak mempunyai pengetahuan secukupnya
- Terlalu yakin sebelum semasa dan selepas temuduga
- Cara pemakaian yang tidak tepat pada sesi temuduga
- Gagal membina komunikasi tarikan dan positif semasa temuduga
Ebook Panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
Dapatkan panduan ini bagi mencapai cita-cita anda dalam memburu kerja kerajaan. Saya juga telah mendapatkan panduan lulus temuduga dan rahsianya saya simpan untuk hadapi mana-mana temuduga kelak.
Buat anda yang mencari kerja di sektor swasta, panduan lulus temuduga ini juga boleh dijadikan panduan.
Mana-mana syarikat sekali pun anda hadiri temuduga anda tetap perlu siapkan diri sebaiknya untuk berjaya. Perkara yang perlu tahu dan paling penting bagaimana anda mampu menyakinkan penemuduga mengambil anda untuk bekerja!
Ebook ini bersifat ringkas dan mudah difahami serta boleh terus dipraktikkan semasa temuduga. Ia juga adalah sebuah perkongsian yang berdasarkan pengalaman. Nah! inilah keemasan yang bernilai buat mereka pertama kali ingin menghadiri temuduga kerja kerajaan.
Pelajarilah bagaimana anda ingin menonjolkan diri anda serta mempamerkan kelebihan pada diri anda sewaktu temuduga tanpa dicemuh oleh para penemuduga.
Semoga berjaya !
28 Comments
wazy
16 September, 2014 at 8:56 AMTwitter: wazy84
produk laku keras ni,memang berguna untuk mereka yang sedang mencari kerja terutama di dalam sektor awam
wazy recently posted…16 September 2014 Hari Malaysia
Khairul Zamri
16 September, 2014 at 10:16 AMJuga bole digunakan untuk hadiri mana-mana temuduga
Khairul Zamri recently posted…Rahsia Mendidik Anak Soleh
Hero Borneo
18 September, 2014 at 5:07 AMbanyak kelebihan kerja kerajaan..terutama untuk anak muda..orang dah lanjut usia macam saya elok sekali kerja sendiri sahaja..
Khairul Zamri
21 October, 2014 at 12:00 AMMasih ada juga orang lama bekerja dengan kerajaan 🙂
Khairul Zamri recently posted…Jadual PIKOM PC Fair 2014 Siri 3
Hero Borneo
21 October, 2014 at 6:23 AMsebab nak dapat wang pencen..terpaksa lah kerja sampai habis usia.
Khairul Zamri
22 October, 2014 at 1:56 PMTak mengapa demi masa depan kita perlu berusaha keras
Khairul Zamri recently posted…Jadual PIKOM PC Fair 2014 Siri 3
Hero Borneo
23 October, 2014 at 6:14 AMbegitulah yang sebaik-baiknya bro..kerja keras untuk masa depan
Khairul Zamri
13 November, 2014 at 10:40 PMInsyaAllah 🙂
Khairul Zamri recently posted…Terima Kasih ServerFreak
Laman Kerjaya
18 September, 2014 at 10:10 AMDemam Kastam semakin berleluasa sejak sebulan lepas. Peperiksaan online kemudian diikuti temuduga pula.
Good luck buat semua calon Kastam tahun ini 🙂
Khairul Zamri
21 October, 2014 at 12:01 AMSemakin ramai yang fokus pada exam SPA
Khairul Zamri recently posted…10 Sahabat Perlu Dihargai
jaymiee
18 September, 2014 at 10:36 AMTwitter: ijampm
semoga berjaya buat semua calon…,,,,,,,,,,,,,,,,
Khairul Zamri
21 October, 2014 at 12:02 AM🙂
Khairul Zamri recently posted…Rahsia Mendidik Anak Soleh
puteri kasih
20 September, 2014 at 1:05 AMpeluang untuk lulus temuduga lebih tinggi sekarang ni dengan adanya panduan sebegini 🙂
puteri kasih recently posted…Resipi Asas Buat Doh Roti
Khairul Zamri
21 October, 2014 at 12:03 AMYup setuju tu perlu praktikkan sahaja lagi bila sudah memiliki
Khairul Zamri recently posted…Panduan Peperiksaan MUET
zik
21 September, 2014 at 7:50 PMkepada yang dah lulus exam.. lepas tuh kena interview.. pastikan persediaan betul2 rapi.. jangan lagi berapa hari dah baru nak prepare.. kelam kabut nanti time interview.. kena dapatkan segera nih…
zik recently posted…Keputusan terkini malaysia u23 vs saudi arab u23 21.09.2014 sukan asia incheon
Khairul Zamri
22 October, 2014 at 1:57 PMYup kesilapan orang kita adalah suka menangguh
Khairul Zamri recently posted…Kesabaran Membawa Kesuburan
JAWATAN KOSONG TERKINI
8 October, 2014 at 1:34 AMBuku terbaik tuan..sesiapa blh mencuba untuk seterusnya..InsyaAllah berbaloi…
Khairul Zamri
22 October, 2014 at 1:58 PMTerima kasih
Khairul Zamri recently posted…10 Sahabat Perlu Dihargai
Adam
17 October, 2014 at 9:44 PMTwitter: adamroslan
Dengan rahsia ni, dapatla kita elakkan kesilapan calon terdahulu. Saya mesti pilih.
Khairul Zamri
21 October, 2014 at 12:06 AMInsyaAllah ameennnnn
Khairul Zamri recently posted…Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik 2014
blogger lelaki
18 October, 2014 at 10:22 PMsemakin mudah la orang nak masuk kerja kerajaan..dah siap ada panduan tu
Khairul Zamri
22 October, 2014 at 1:59 PMYang penting praktikkan apa yang dipelajari
Khairul Zamri recently posted…Rahsia Mendidik Anak Soleh
blogger lelaki
22 October, 2014 at 1:16 PMtips yang berguna unutk bakal calon temuduga SPA nie
Khairul Zamri
22 October, 2014 at 9:59 PMPerlu dapatkan segera supaya tidak ketinggalan
Khairul Zamri recently posted…Jadual PIKOM PC Fair 2014 Siri 3
Norhayati Suaib
25 October, 2014 at 11:07 AMtahun nie mesti ramai lagi yang memohon.tahniah kalau yang dipilih.
Norhayati Suaib recently posted…Cara Mengurangkan Rasa Meloya Di Peringkat Awal Kehamilan
Khairul Zamri
13 November, 2014 at 10:45 PMKerja kerajaan semakin mendapat tempat dikalangan pencari kerja hari ini
Khairul Zamri recently posted…Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan
Pingback:
2 April, 2015 at 8:36 PMPingback:
3 April, 2015 at 9:52 PM