• Home
  • /
  • Info
  • /
  • Komen Kualiti Di Blog Anda
Komen Kualiti Di Blog Anda

Komen Kualiti Di Blog Anda

Komen kualiti atau kualiti komen menjadi salah satu keperluan dalam menulis blog. Ia mungkin juga datang bersama dengan kuantiti komen, tapi kadang-kadang ada kualiti tak ada kuantiti dan ada kuantiti tapi tak ada kualiti.

Banyak kelebihan dengan memiliki komen kualiti ini dan begitu juga bagi kuantiti komen yang menjadi makna berbeza-beza bagi setiap blogger.

Malah tidak ketinggalan juga, sesetengah langsung tidak mementingkan soal komen sama ada komen kualiti atau komen kuantiti. Kali ini saya ingin kongsikan sedikit secara ringkas mengenai komen kualiti yang mungkin anda boleh tambah lagi di ruang komen.

 

Komen Kualiti

Apa itu komen kualiti?

Komen kualiti adalah merupakan komen yang ada nilainya kepada pemilik blog, pembaca dan komentator sendiri. Komen yang kita tulis itu merupakan salah satu melambangkan bagaimana diri kita di laman atau blog orang lain.

Komen yang kita tulis itu tidak hanya dibaca oleh pemilik blog tersebut tapi turut dibaca oleh pengunjung lain atau lebih dikenali “silent reader”.

Dari susunatur ayat, penyampaian, gurau senda atau persoalan kita tulis di ruang komen juga mungkin ada kualitinya.

Kualiti komen juga mungkin dinilai dari tulisan kita iaitu sama ada menggunakan singkatan keterlaluan sehingga tidak difahami, ayat tidak jelas hingga tidak memberi maksud dan kefahaman kepada pemilik blog dan pembaca yang lain.

Impak komen kualiti

Komen kualiti sudah tentunya memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak iaitu pemilik blog dan komentator sendiri.

Mengapa? Punyai komen kualiti merupakan salah satu bonus kepada hasil penulisan kita kerana kita dilihat berjaya membina fungsi dua-hala dalam penulisan.

Manakala komentator yang meninggalkan komen kualiti dilihat sebagai seorang yang betul-betul membaca entri penulisan dan mempunyai jiwa besar, mungkin juga anda dilihat sebagai bijak dalam mengulas penulisan orang lain dan ini boleh membawa beberapa pengunjung ke blog anda semula. Betul?

Cara Bina Komen Kualiti

Bagaimana cara bina komen kualiti itu sebenarnya umpama tiada skrip rasmi, kerana setiap komen yang kita lontarkan adalah perlu bergantung kepada penulisan di blog tersebut.

Sebelum tinggalkan komen pastikan anda membaca dahulu entri penulisan tersebut.

Komen perlulah berkisarkan akan isi penyampaian dan tidak lari dari tajuk.

Ulas entri, tambah pendapat, cadang idea adalah merupakan teknik bina komen kualiti yang senang berbanding hanya meninggalkan komen “Info baik”, “Terima kasih”, “Nice Entry”.

Tinggalkan link blog di ruang  yang sepatutnya, ini memudahkan anda mendapat pengunjung dari blog orang lain.

Ini juga merupakan di antara penyebab kenapa saya berpindah kepada WordPress ini, Comment form sangat memudahkan kita di terjah kembali oleh pengunjung lain.

Ciri-ciri Komen Kualiti

Saya mungkin tidak sehebat blogger ini dalam menulis tentang SEO, namun bagi membina komen kualiti anda tidak perlu menjadi seorang yang hebat dahulu baru ingin tulis komen kualiti, tapi siapa pun anda, anda tetap boleh bina komen kualiti itu dengan peribadi anda sendiri.

Mungkin setiap daripada anda ada pendapat mengenai komen kualiti ini, boleh dikongsikan di ruang komen. Semoga bermanfaat kepada pembaca yang lain.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

32 Comments

Leave a Reply to Khairul Zamri Cancel reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!