Komen kualiti atau kualiti komen menjadi salah satu keperluan dalam menulis blog. Ia mungkin juga datang bersama dengan kuantiti komen, tapi kadang-kadang ada kualiti tak ada kuantiti dan ada kuantiti tapi tak ada kualiti.
Banyak kelebihan dengan memiliki komen kualiti ini dan begitu juga bagi kuantiti komen yang menjadi makna berbeza-beza bagi setiap blogger.
Malah tidak ketinggalan juga, sesetengah langsung tidak mementingkan soal komen sama ada komen kualiti atau komen kuantiti. Kali ini saya ingin kongsikan sedikit secara ringkas mengenai komen kualiti yang mungkin anda boleh tambah lagi di ruang komen.
Apa itu komen kualiti?
Komen kualiti adalah merupakan komen yang ada nilainya kepada pemilik blog, pembaca dan komentator sendiri. Komen yang kita tulis itu merupakan salah satu melambangkan bagaimana diri kita di laman atau blog orang lain.
Komen yang kita tulis itu tidak hanya dibaca oleh pemilik blog tersebut tapi turut dibaca oleh pengunjung lain atau lebih dikenali “silent reader”.
Dari susunatur ayat, penyampaian, gurau senda atau persoalan kita tulis di ruang komen juga mungkin ada kualitinya.
Kualiti komen juga mungkin dinilai dari tulisan kita iaitu sama ada menggunakan singkatan keterlaluan sehingga tidak difahami, ayat tidak jelas hingga tidak memberi maksud dan kefahaman kepada pemilik blog dan pembaca yang lain.
Impak komen kualiti
Komen kualiti sudah tentunya memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak iaitu pemilik blog dan komentator sendiri.
Mengapa? Punyai komen kualiti merupakan salah satu bonus kepada hasil penulisan kita kerana kita dilihat berjaya membina fungsi dua-hala dalam penulisan.
Manakala komentator yang meninggalkan komen kualiti dilihat sebagai seorang yang betul-betul membaca entri penulisan dan mempunyai jiwa besar, mungkin juga anda dilihat sebagai bijak dalam mengulas penulisan orang lain dan ini boleh membawa beberapa pengunjung ke blog anda semula. Betul?
Cara Bina Komen Kualiti
Bagaimana cara bina komen kualiti itu sebenarnya umpama tiada skrip rasmi, kerana setiap komen yang kita lontarkan adalah perlu bergantung kepada penulisan di blog tersebut.
Sebelum tinggalkan komen pastikan anda membaca dahulu entri penulisan tersebut.
Komen perlulah berkisarkan akan isi penyampaian dan tidak lari dari tajuk.
Ulas entri, tambah pendapat, cadang idea adalah merupakan teknik bina komen kualiti yang senang berbanding hanya meninggalkan komen “Info baik”, “Terima kasih”, “Nice Entry”.
Tinggalkan link blog di ruang yang sepatutnya, ini memudahkan anda mendapat pengunjung dari blog orang lain.
Ini juga merupakan di antara penyebab kenapa saya berpindah kepada WordPress ini, Comment form sangat memudahkan kita di terjah kembali oleh pengunjung lain.
Ciri-ciri Komen Kualiti
Saya mungkin tidak sehebat blogger ini dalam menulis tentang SEO, namun bagi membina komen kualiti anda tidak perlu menjadi seorang yang hebat dahulu baru ingin tulis komen kualiti, tapi siapa pun anda, anda tetap boleh bina komen kualiti itu dengan peribadi anda sendiri.
Mungkin setiap daripada anda ada pendapat mengenai komen kualiti ini, boleh dikongsikan di ruang komen. Semoga bermanfaat kepada pembaca yang lain.
32 Comments
titan
27 April, 2013 at 4:04 AMmencapai tujuan. itu dah cukup. panjang lebar pun tak guna kalau merapu.
titan recently posted…Nak cari website download anime?
Khairul Zamri
1 May, 2013 at 9:40 PMpendek kalau merapu pun sama juga :p
Khairul Zamri recently posted…Wordless Wednesday: Selamat Hari Pekerja 2013
thaqibzaki
27 April, 2013 at 8:48 AMKomen, biar base on entry. Bagi sikit pendapat. Kalau ada post tentang sesuatu isu, jangan terlalu obses dengan perkara tuu sehinggakan kita tak sedar yang kita sedang menghina orang. Selalunya terjadi dekat post-post berkaitan akhlak dan politik laa. hahaha.
Khairul Zamri
1 May, 2013 at 9:44 PMsetuju tu bab menghina harap dapat elakkanlah untuk letak diruangan komen
Khairul Zamri recently posted…Wordless Wednesday: Selamat Hari Pekerja 2013
Lynn
27 April, 2013 at 11:58 AMSaya suka dengan penulisan Khairul yang mengupas banyak perkara yang diutarakan di blog Khairulzamri ini. Kebanyakannya memang padat, ringkas dan menepati maksud. Untuk tajuk ‘ komen yang berkualiti ‘ ini, rasanya kita sependapat. Kadang-kadang kehadiran komen – nice entry, info baik, good post bukannya tidak dihargai tapi jika ditambah pembaikan nilai dalam tugas memberi komen…, biarlah jangan hanya tangkap muat tetapi juga dapat memberikan impak positif kepada blog yang kita lawati. Itu rasanya lebih bagus.
Khairul Zamri
1 May, 2013 at 10:13 PMTerima kasih kak kerana selalu memberi sokongan 🙂
Khairul Zamri recently posted…Wordless Wednesday: Selamat Hari Pekerja 2013
Asyrof Asri
27 April, 2013 at 3:53 PMKomen yang bagus, ialah koemn yang ikut tajuk.
Teruskan komen di blog rakan blogger, kerana dengan komen kita akan dikenali. 😉
Khairul Zamri
1 May, 2013 at 10:15 PMbetul tu, terima kasih kerana tambah lagi komen 🙂
Khairul Zamri recently posted…Wordless Wednesday: Selamat Hari Pekerja 2013
Hanif
27 April, 2013 at 9:18 PMKadangkala komen yang tak berkualiti sebab kejsr target blogwalking..
Atau beliau tiada ilmu dengan tajuk entri tersebut.
Tapi kalau komen tak kena mengena dgn entri…memang panas hati….hihihihi
Hanif recently posted…Al Quran Bahasa Portugal Hadiah Untuk Ronaldo
Khairul Zamri
1 May, 2013 at 10:17 PMhahaha maknanya dia tak baca entri lah tu, memang panas
Khairul Zamri recently posted…Wordless Wednesday: Selamat Hari Pekerja 2013
Aku Penghibur
27 April, 2013 at 11:41 PMhahaha kadang kala itulah orang datang komen setakat letak “hahaha” itupon untung ada… tapi alhmdulilah setakat ini acik berpuas hati dengan pengkomen di blog acik , masih lagi di tahap yang bagus tak merepek 🙂 entry yang buat acik terfikr seketika.. good job 🙂
Khairul Zamri
1 May, 2013 at 10:20 PMTerima kasih, entri achik pun panjang jadi akan membuatkan pengunjung kena baca dulu baru komen 🙂
Khairul Zamri recently posted…Wordless Wednesday: Selamat Hari Pekerja 2013
Joe
28 April, 2013 at 12:02 PMKomen berkualiti nie memang penting sebenarnya. Komen pun boleh impact ranking blog dan PR. Sebab tu kalau nak komen kat blog oversea, memang susah sikit nak approve. Tapi saya tak kisah sangat pun. huhu
Khairul Zamri
1 May, 2013 at 10:24 PMhaha, saya komen kat blog oversea diaorang tak layan sangat tanya pun buat tak tahu. sobss
Khairul Zamri recently posted…Wordless Wednesday: Selamat Hari Pekerja 2013
hanafi abdullah
28 April, 2013 at 6:16 PMantara menulis entri dalam blog dengan meninggalkan komen,saya lebih suka buat komen untuk menyatakan kefahaman saya.Mungkin tidak sebaik mana tapi itulah diri saya
hanafi abdullah recently posted…Kehebatan Pemikiran Sistemik Dalam Kehidupan
Khairul Zamri
1 May, 2013 at 10:45 PMitu cukup baik menyatakan kefahaman juga dikira respons terhadap penulisan 🙂
Hafizul
29 April, 2013 at 10:37 AMTwitter: pondok_kecil
Kadang2 ada yang komen ikut tajuk jer..baca sepintas lalu..saya pun ada jugak masa sibuk memang buat mcm ni..tapi kalau masa free banyak, saya baca dan komen ikut kefahaman saya sendiri..apa boleh buat..komen dan BW ada kaitan dengan kemajuan blog. Nak tak nak, kena komen jugak walaupun sibuk tahap gaban..Tapi komen macam tu kenalah pandai..haha..ini pendapat saya jer..
Khairul Zamri
1 May, 2013 at 10:52 PMbetul tu mungkin banyak lagi blog yang ingin di baca teknik membaca perlu ada 🙂
Khairul Zamri recently posted…Wordless Wednesday: Selamat Hari Pekerja 2013
luthfi
29 April, 2013 at 2:36 PMsaya baru tahu kalau komen ada pengaruh untuk kemajuan blog,,terima kasih informasinya,,,
luthfi recently posted…Mulut Kering (Xerostomia)
Khairul Zamri
1 May, 2013 at 10:56 PMyup ada pengaruhnya, semoga info bermanfaat
Khairul Zamri recently posted…Wordless Wednesday: Selamat Hari Pekerja 2013
suri
30 April, 2013 at 12:18 PMsy pula akan berikan ikut apa yangs aya faham ada juga tak faham terus akan bgi komen kurnag faham nak bila orang bicara hal bukan bidang saya jadi nak tulis panjang sangat takut pula huhu..
Khairul Zamri
1 May, 2013 at 10:59 PMkurang faham pun kena tanya penulis supaya kita difahamkan 🙂
Khairul Zamri recently posted…Wordless Wednesday: Selamat Hari Pekerja 2013
lyla
18 June, 2013 at 4:17 PM(diam..) stuju.. huhu..
mksudnya, komen yg brkualiti ni bila komen tu btul2 mmberi reaksi yg tpat stelah dh baca kseluruhan entri. ia spontan, mcm kita brbual..
so, kita sbg. pnulis.. klau komen yg kita dpt x brpa mmbrngsngkan.. mybe entri kita x dpt mnimbulkn idea seseorng utk komen lbih pnjng.. mngkin ‘nice info’ dh mmadai..
klau kuantiti bnyk pula lain pula critanya, tpi bnyk gak kbaikn..
(ye2 je, hehe)
Khairul Zamri
1 September, 2013 at 11:55 PMTerima kasih menarik komen 🙂
Khairul Zamri recently posted…September
Ninokie
18 June, 2013 at 11:26 PMBukan senang nak suruh orang baca entry kita, apetah lagi nak suruh orang komen. So setiap komen itu bagi aku bermakna. Hargai orang yg komen dan jangan lupa komen entry org lain juga. Peace 🙂
Ninokie recently posted…jambu
Khairul Zamri
1 September, 2013 at 11:56 PMbetul tu setuju sangat2
Khairul Zamri recently posted…September
Allie
18 September, 2013 at 3:09 PMThanks for sharing your thoughts on bina komen kualiiti.
Regards
Khairul Zamri
7 October, 2013 at 12:53 PMwelcome 🙂
Khairul Zamri recently posted…Cara Pantas Menurunkan Berat Badan
Karrysta
7 October, 2013 at 4:25 AMArtikel bermanfaat buat saya nih Bang
Langsung Praktek dan belajar terapkan di blog
Saya, terima kasih atas ilmu danberbaginya Bang Khoirul
Karrysta recently posted…Cara Memasang Comments Luv Di Blogger
Khairul Zamri
7 October, 2013 at 12:54 PMSama-sama
Khairul Zamri recently posted…Hari-Hari Terakhir Update Facebook
Asyrof Asri
30 November, 2013 at 10:06 PMKomen kualiti itu sangat baik untuk penjenamaan blog dan diri penulis blog. 🙂
Khairul Zamri
4 December, 2013 at 6:53 PMyup betul tu
Khairul Zamri recently posted…Contest SEO Eridy