• Home
  • /
  • Islam
  • /
  • Kelebihan Ibadah Korban di Aidil Adha

Kelebihan Ibadah Korban di Aidil Adha

Assalamualaikum menjelang Aidil Adha banyak kelebihan ibadah korban yang perlu kita ketahui sebelum melakukan ibadah korban. Hari Raya Aidil Adha atau juga Hari Raya Haji akan disambut setiap tahun mengikut takwim Hijrah pada 10 Zulhijjah.

Begitu juga saudara kita yang menunaikan rukun Islam kelima iaitu Haji. Kita doakan mereka agar mendapat haji yang mabrur. Semoga suatu hari nanti kita pula yang akan menunaikan rukun Islam yang kelima ini, InsyaAllah. Musim ini cukup terkenal dengan musim Haji dan juga musim ibadah korban di Hari Raya Korban.

 

Hukum Ibadah Korban

Perkara yang perlu kita ketahui ialah hukum dalam menunaikan ibadah korban ini. Lazimnya ibadah korban ini dilakukan pada pagi Hari Raya Aidil Adha setelah tamatnya Solat Sunat Hari Raya Aidiladha. Melakukan ibadah Korban ini hukumnya adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang amat digalakkan oleh agama.

Manakala syarat dalam melaksanakan ibadah ini seseorang itu mestilah seorang yang Muslim, baligh serta berakal, seseorang yang bebas dan merdeka dan ada kemampuan dalam melaksanakan ibadah korban ini. Berkemampuan di sini bermaksud seseorang itu mempunyai lebihan belanja setelah ditolak dalam bajetnya itu nafkah sendiri dan nafkah orang-orang dibawah tanggungannya. Ini termasuklah makanan, pakaian dan tempat tinggal sepanjang Hari Raya dan hari-hari Tasyriq.

Kelebihan Ibadah Korban Di Aidil Adha

 

Fadhilat dan Kelebihan Ibadah Korban

Banyak fadhilat ibadah korban ini sebenarnya, namun semuanya perlulah bersandarkan pada dalil al-Quran dan hadits yang sahih. Antara yang popular dalam ibadah korban ialah sebagai memperingati kisah Nabi Ibrahim a.s yang diperintahkan untuk menyembelih puteranya Nabi Ismail a.s. Namun kerana kasih dan sayang Baginda tidak sanggup meneruskan korban tersebut lalu digantikan dengan seekor binatang kibas.

Selain itu, ibadah korban ini bertujuan melatih kaum Muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian dari rezeki. Maksudnya orang yang ingin menunaikan ibadah korban sanggup mengeluarkan sebahagian wangnya. Seterusnya daging korban nanti akan dibahagikan kepada fakir miskin lantas menjadikan situasi ini satu amalan sedekah secara tak langsung.

Baca juga: Cara Lafaz Takbir Raya Aidiladha

 

Rasulullah S.A.W bersabda:

“Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) Qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosa yang telah lalu.”

Hadis Riwayat al-Hakim

 

Hikmah Ibadah Korban Yang Tak Ternilai

Terlalu banyak kelebihan ibadah korban ini walaupun tak nampak dari mata kasar kita. Pahala dan ganjarannya sangat besar sama ada semasa hidup di dunia mahupun akhirat kelak. InsyaAllah ibadah korban ini bukan sekadar korban sembelihan lembu dan kambing sahaja. Ia satu amalan sedekah jariah yang besar maknanya buat golongan fakir dan miskin.

Kebajikan dan kebaikan di dunia seperti diterangkan dalam hadis seperti kesihatan, keselamatan, kebaikan tempat tinggal, pasangan dan isteri yang baik serta rezeki yang melimpah atau tidak putus. Menurut al-Qadhi al-‘Iyadh rahimullah, hasanah juga bermaksud nikmat sama ada limpahan kurnia di dunia atau akhirat.

Berikut adalah hadis mengenai kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang melakukan ibadah korban.

Jangan ketinggalan: Tempah Korban dan Akikah di Kemboja dengan eQurban

 

Zaid bin Arqam r.a meriwayatkan:

Sahabat Rasulullah bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada korban itu?”. Rasulullah lalu menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim”. Mereka berkata: “Apa yang kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”. Rasulullah S.A.W menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan”. Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?”. Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”

Hadis riwayat Ibnu Majah

 

Kelebihan Ibadah Korban di Kemboja

Setiap tahun antara tempat popular untuk melakukan ibadah korban ialah Kemboja. Kemboja antara negara yang masih ramai golongan fakir dan miskin, ini termasuklah saudara se-Islam. Jadi bagi menyeru sunnah ibadah korban ini sempena Hari Raya Haji bakal tiba nanti pihak eQurban Ihsan Sdn Bhd akan mengadakan ibadah Quran diluar negara dan juga dalam negara.

Sempena musim Haji korban bagi binatang seperti kambing akan diadakan di Indonesia, Filipina, Bangladesh, Afrika Selatan, Zambia, Somalia, Senagal, Kazakhstan, Tajikistan, China dan Mekah. Manakala harga untuk ibadah Korban ini adalah seperti berikut:

  • RM650 seekor di Indonesia
  • RM800 seekor di Malaysia
  • RM500 seekor di Mekah

 

Kelebihan Ibadah Korban di Aidil Adha

Bagi ibadah korban Lembu pula akan diadakan di Kemboja, Bangladesh, Kazakhstan, Filipina, Turkmenistan, Tajikistan, Kyrgystan, Mongolia, Thailand, Afrika Selatan, Mozambique dan Somalia. Harga untuk ibadah korban ini adalah seperti berikut:

  • RM400 satu bahagia di Kemboja
  • RM570 satu bahagian di Malaysia

Haiwan seperti kambing dan lembu ini diternak di kawasan setempat dengang kerjasama koperasi setempat. Organisasi pengurusan ternakan dan sembelihan adalah Cambodian Muslim Cooperative (CMC) dan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS). Haiwan ini diternak  untuk eQurban bagi tujuan ibadah korban dan akikah oleh umat Islam seluruh dunia. Jadi kita anda berniat untuk menunaikan ibadah korban pada tahun ini, boleh buat tempahan korban ini segera.

Tempahan yang dibuat akan disahkan oleh pihak eQurban dalam masa 24 hingga 48 jam. Anda boleh semak kembali status tempahan anda di bahagian panel arkib tempahan. Kebiasaannya tempahan seperti akikah akan diselesaikan dalam masa 60 hari. Manakala bagi tempahan korban lembu akan diselesaikan pada musim Raya haji.

 

Pembayaran Untuk Tempahan Korban

Pada bulan Julai yang lalu pihak eQurban telah melancarkan pembayaran untuk tempahan korban ini secara atas talian atau online. Tak perlu lagi terkejar-kejar pergi bank atau cari mesin ATM untuk membuat bayaran. Hanya dengan menggunakan sistem Senangpay anda boleh membuat terus pembayaran secara online sama ada melalui smartphone, tab, ipad dan mahupun komputer serta laptop.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Aidil Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan seungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerna itu bahagiakan dirimu dengannya.”

Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim

 

Pembayaran ini juga termasuklah boleh dilakukan sama ada dengan menggunakan kad Debit mahupun kad Kredit. Sama-samalah kita mengejar amal ibadah ini betapa banyak kelebihan ibadah korban di Hari Raya Korban yang menjelang tiba nanti. Wassalam.

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

20 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!