4 hari lalu terasa kaki sebelah kanan kejang seluruhnya sehinggakan berjalan pun dalam keadaan menyakitkan. Tidak kurang juga semasa duduk di kerusi tidak dapat memperbetulkan kedudukan kaki seperti biasa namun cuba gagahkan juga pergerakan kaki seperti biasa, kononnya tidak ada apa-apa.
Dan waktu Zohor pada hari yang sama saya cuba tidur cara yang di ajarkan oleh Kak Suri tempoh hari dalam blognya.
Cara memperbetulkan atau elokkan sakit belakang rasanya dengan tidur tanpa beralaskan bantal – bermakna tidur aras kepala sama dengan aras badan.
Mula-mula memang rasa tidak selesa sebab saya amat-amat payah untuk tidur tanpa alas di kepala, namun dengan tidur telentang terasa sedikit kurangnya kepayahan itu.
Alhamdulillah terasa sedikit kelegaan sakit kaki selepas tidur gaya tersebut.
Kebas Kaki Dua Hari
Terperasan pula bahagian pergelangan kaki ini seperti tidak rasa apa-apa!
Mula terasa sewaktu menunaikan solat lagi-lagi sewaktu duduk di antara dua sujud dan tahiyat akhir.
Semalam semasa lepak menonton tv barulah terasa ingin cek kaki sendiri – sibuk punya pasal kaki sendiri lupa cek.
Memang terasa, bahagian pergelangan kaki tiada darah mengalir!
Terasa sengal, kebas dan tidak sakit bahagian itu.
Ada juga cuba menghubungi tukang urut di kawasan perumahan di sini tapi tiada respon, mahu berniaga ke tidak tukang urut ini.
Jadi malas fikir panjang saya fikir saya sendiri boleh jadi tukang urut, cuma terasa kekok dan sedikit payah sebab urut kaki sendiri.
Harap-harap hari ini semakin ok, insyaAllah 🙂
#Takut juga darah tak mengalir bahagian kaki.
16 Comments
pahan
12 October, 2013 at 11:09 AMmungkin bro punya pemakanan plak ada kaitan dengan sakit tu. aku tak leh tido kalau tak da bantal.
pahan recently posted…Cara kau perlu belajar untuk menulis entri
Khairul Zamri
13 October, 2013 at 9:05 PMada kaitan dengan pemakanan jugak eh? thanks bro
Khairul Zamri recently posted…Selesai Membersihkan Timeline Facebook
pahan
13 October, 2013 at 10:11 PMyup.ehe. bro ada makan benda pelik2 tak ari tu?
pahan recently posted…[Terbaik] – APA YANG KAU PERLU TAHU TENTANG PES 2014
Khairul Zamri
15 October, 2013 at 11:18 AMhaha tak pasti lak bro, lupe lak
Khairul Zamri recently posted…Salam Aidil Adha 1434H
blogger lelaki
12 October, 2013 at 11:10 AMada gout ke bro..
blogger lelaki recently posted…Lingkaran Waktu Umur Kita
Khairul Zamri
13 October, 2013 at 9:08 PMehh takde die urat je kot
Khairul Zamri recently posted…Selamat Pulang ke Kampung Halaman
anuar
12 October, 2013 at 11:26 AMTwitter: Alhamdulillah..
Kena banyak berehat tu. . Dan cuba makan makanan yang hangat dan banyakkan minum air suam supaya aliran darah dan oksigen berjalan dengan lancar. .
anuar recently posted…5 Oktober : Sejarah kembali berulang
Khairul Zamri
13 October, 2013 at 9:11 PMterima kasih bro 🙂
Khairul Zamri recently posted…Cara Delete Account Facebook Yang Sudah Lupa Password dan Emel
wazy
12 October, 2013 at 12:07 PMTwitter: wazy84
harap-harap tiada yang teruk la,kena banyak berehat tu,mungkin beridir lama sangat la kot ,semoga cepat sembuh
wazy recently posted…Peperiksaan Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
Khairul Zamri
13 October, 2013 at 9:13 PMhaah bro keje den banyak berdiri skit now 🙂
Khairul Zamri recently posted…Selawat Syifa
Mohd Shubhi
12 October, 2013 at 1:37 PMDah pernah gi check tulang belakang ke?…ada juga kes kebas kaki disebabkan saraf pada tulang belakang tersepit…hati-hati!
Khairul Zamri
13 October, 2013 at 9:16 PMyeke bro aishhh menakutkan lak dengar nie
Khairul Zamri recently posted…Teknik Pemasaran Facebook Berkesan
Nizam Ijam
12 October, 2013 at 5:38 PMbanyakkan minum air masak 😀
Khairul Zamri
13 October, 2013 at 9:38 PMinsyaAllah bro 🙂
Khairul Zamri recently posted…Masa Yang Cepat Berlalu
titan
13 October, 2013 at 4:48 AMhang wat pe sampai kaki kebas ni haa???
titan recently posted…Senarai Pemenang Contest Peraduan Saji.my
Khairul Zamri
13 October, 2013 at 9:42 PMkeje laa bro, pergi sana-sini hari2 huhu
Khairul Zamri recently posted…Cara Delete Akaun Facebook Orang Telah Meninggal Dunia