Assalamualaikum dan Salam Ramadhan 1439 Hijrah kepada semua pembaca, rakan, sahabat serta kenalan. Masa memang cepat berlalu, tahun demi tahun pantas berlalu menandakan bahawa umur kita semakin singkat. Bagaimana pula dengan amalan kita adakah semakin bertambah, berkurang atau masih sama.
Bulan Rejab dan Sya’aban antara dua bulan persediaan sebenarnya sebelum kita melangkah masuk ke bulan Ramadhan yang mulia. Pelbagai keistimewaan yang dijanjikan oleh Yang Maha Esa sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. Inilah bulan pesta ibadah bukannya bulan pesta makanan dan membeli-belah.
Sama ada kita sedar tentang hakikat dan tujuan sebenar kita hadapi bulan Ramadhan ini atau kita terus dimomokkkan dengan arus duniawi semata-mata. Siapalah kita tanpa kasih sayang dan Rahmat olehNya. Mencari keredhaan dan keberkatan dalam kehidupan adalah amat penting.
Firman Allah S.W.T:
“Dan dirikanlah solat dan tunaikan zakat dan kebaikan apa sahaja yang diusahakan bagi dirimu, tentu kamu akan dapat pahalanya pada sisi Allah, sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan”
(Surah Al-Baqarah: 110)
Kadar Zakat Fitrah Tahun 2018/1439H
Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah 2018 atau juga bersamaan dengan 1439 Hijrah. Zakat Fitrah merupakan zakat diri yang wajib ditunaikan oleh setiap individu lelaki atau perempuan Islam yang berkemampuan dan sesuai dengan syarat yang ditetapkan oleh undang-undang.
Kadar Zakat Fitrah Tahun 2018 Mengikut Negeri:
- Perlis : RM7.00
- Johor : RM7.00
- Pahang : RM7.00
- Terengganu : RM7.00
- Kelantan: RM7.00
- Kedah : RM7.00
- Pulau Pinang : RM7.00
- Perak : RM7.00
- Selangor : RM7.00
- Wilayah Persekutuan : RM7.00
- Sabah : RM7.00
- Sarawak : RM7.00
- Melaka : RM6.70
- Negeri Sembilan : RM6.70
Kadar Zakat Fitrah tahun 2018 ini dipetik dari sumber oleh Jabatan Wakat, Zakat dan Haji (JAWHAR).
Hukum dan Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
Sebagai seorang beragama Islam adalah wajib untuk menunaikan tuntutan Zakat Fitrah ini. Mengeluarkan zakat fitrah untuk diri, keluarga dan tanggungannya adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti mempunyai lebihan makanan atau harta dari keperluan diri serta tanggungannya ada malam dan hari raya Aidilfitri.
Selain ini juga, hidup dalam sebahagian dari kedua-dua bulan Ramadhan dan Syawal. Ia seperti keadaan berikut; anak yang yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadhan dan masih hidup selepas terbenam matahari. Keduanya, seseorang yang memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya. Ketiga pula, seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
Berikut pula definisi waktu dalam mengeluarkan Zakat Fitrah:
- Waktu Sunat – Sepanjang bulan Ramadhan
- Waktu Wajib – Terbenamnya matahari pada akhir bulan Ramadhan sehinggalah terbit matahari
- Waktu Makruh – Selepas sembahyang sunat Aidilfitri sehinggalah terbenam matahari 1 Syawal
- Waktu Haram – Selepas terbenamnya matahari 1 Syawal
- Waktu Afdhal – Selepas terbenamnya matahari pada akhir Ramadhan sehingga sebelum sembahyang sunat hari Raya Aidilfitri.
7 Comments
anuar
31 May, 2018 at 5:35 PMTwitter: Alhamdulillah..
Very nice info.. tqvm..
anuar recently posted…Combo Ebook Kewangan & Hartanah pada harga RM30 sahaja!!
mrhanafi
1 June, 2018 at 7:31 AMjika tiada apa-apa halangan saya akan bayar zakat secepat yang mungkin…
mrhanafi recently posted…Ada Apa Dengan 1 Jun ?
titan
9 June, 2018 at 6:50 AMya.
sama macam tahun lepas rasanya.
hoho
Ikhwan
23 June, 2018 at 5:15 AMTahun ni masih bayar zakat fitrah untuk 4 orang.
Ikhwan
23 June, 2018 at 5:17 AMTahun ni dah selesaikan zakat fitrah untuk 4 orang.
Ksjb
25 June, 2018 at 12:36 AMZakat fitrah tahun ni setel dah. Kalau harta melimpah ruah jangan lupa zakat harta pulak.
Rahimah Majid
3 July, 2018 at 10:49 AMTwitter: rahimahmajid67
Tak banyak pun jumlah yang perlu di keluarkan. Harapnya pihak yang menguruskan zakat ini membahagikan dan menguruskan wang zakat ini dengan lebih saksama.