Hidup Untuk Bekerja atau Bekerja Untuk Hidup

Assalamualaikum, hidup untuk bekerja atau bekerja untuk hidup sebenarnya tafsiran dari diri kita sendiri. Setiap daripada kita dalam keadaan apa jua sekalipun tetap memerlukan kerja untuk meneruskan hidup.

Kita dikatakan bekerja sama ada kita seorang yang bekerja dengan orang lain. Atau jika kita mempunyai bisnes sendiri tetap dikatakan bekerja. Bekerja untuk menambahkan pendapatan bulanan kita untuk membina kehidupan kita sendiri.

 

Adakah Kita Hidup Untuk Bekerja?

Bak pepatah bukan senang nak senang, bukan susah nak susah. Setiap hari bagi mereka bekerja dengan kerajaan waktu kerja 5 hari seminggu dan 8 jam sehari. Manakala, bagi mereka bekerja di sektor swasta ada yang bekerja 6 hari seminggu dengan melebihi waktu kerja 8 jam sehari.

Selain itu juga, bagi mereka yang bekerja sendiri, bisnes atau perniagaan sendiri waktu kerja mereka boleh dikatakan hampir setiap hari. Waktu jam kerja juga tidak menentu dan sangat fleksibel. Namun pahit manis sesebuah pekerjaan itu pasti ada.

Untuk yang buat bisnes online boleh baca artikel tips bisnes dari rumah untuk panduan supaya gerak kerja anda lebih berkesan.

Dari segi formalnya kitalah mementukan apa kerjaya yang kita mahukan berdasarkan cita-cita kita. Namun semuanya berubah malah ada juga tidak seperti yang dirancangkan. Perjuangan untuk bekerja dalam sektor yang kita idamkan atau sebagaimana bidang pembelajaran mungkin tersasar.

Ingat bukan kita seorang sahaja yang menghadapi perkara sebegini. Ramai lagi diluar sana yang masih tidak jelas dengan kerjaya yang mereka ceburi hari ini. Bekerja untuk diri sendiri atau untuk syarikat semata-mata dan sehingga bilakah ini akan berlarutan?

 

Bekerja Untuk Hidup atau Hidup Untuk Bekerja?

Seketika ini juga ramai yang bekerja di Singapura sebagai mencari sumber pendapatan yang lebih dan lumayan. Sama ada terpaksa atau pilihan kerjaya semata-mata kita perlu meletakkan had limit bagi diri kita untuk bekerja. Had ini penting sebagai kita memastikan matlamat asal membina sebuah kehidupan impian.

Apa itu kehidupan impian kita? Daripada bermulanya kita bekerja sudah terlintas di benak fikiran kita untuk memiliki sesuatu dalam hidup kita. Bagaimana kita ingin dapatkan sesuatu? Sudah pasti dengan pendapatan yang kita jana kita pasti boleh membina kehidupan impian kita. Mungkin boleh diklasifikasikan sebagai bekerja untuk hidup.

Namun nasib dan peluang dalam kehidupan adalah tidak sama antara kita. Sama ada ianya kita pilih atau berlaku secara kebetulan kerja dan hidup tetap perlu diteruskan selagi kita bernyawa dan masih hidup. Kadang-kadang hidup memberikan anda peluang kedua dan ketiga. Terpulang kepada kita bagaimana kita ingin manfaatkannya sebaik mungkin.

Mana satu pun kategori kita hari ini, kita tetap perlu utamakan yang penting daripada yang penting. Tidak mengabaikan tanggungjawab dan keluarga kerana kerja semata-mata. Sebaiknya adalah seimbang dan kecapi apa yang kita impikan pasti menjadikan hidup kita lebih bermakna.

Semestinya ramai yang tak ingin hidup untuk bekerja semata-mata, tapi segelintirnya mereka terpaksa menghadapi perkara sedemikian. Ayuh teruskan perjuangan, walaupun mungkin semalam sudah berjaya tapi kejayaan itu bukan untuk selamanya. Selepas berjaya kita perlu berjuang lagi untuk kejayaan yang seterusnya.

Wassalam.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

34 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!