• Home
  • /
  • Info
  • /
  • Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u ke Tabung Haji

Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u ke Tabung Haji

Assalamulaikum kali ini kongsi sedikit cara mudah transfer duit dari maybank2u ke tabung haji dengan cepat. Selepas raya ini jangan lupa pula untuk kita menyimpan duit kerana menyimpan duit itu sangat penting untuk masa akan datang.

Hari ini kita banyak didedahkan dengan pelbagai formula untuk menyimpan duit sebagai simpanan masa depan kita. Adalah kita sesuai jika kita hanya menyimpan dalam akaun simpanan bank kita semata-mata. Bagi saya, akaun bank itu adalah untuk duit keluar dan masuk hampir setiap masa atau waktu-waktunya.

Bagi menjadikan akaun itu adalah akaun simpanan, kita perlu pastikan hanya duit yang masuk dan amat jarang sekali duit perlu keluar. Barulah dividen dan bonus boleh berganda dengan sebaiknya hasil daripada simpanan kita nanti.

 

Transfer Duit Dari Maybank2u Ke Tabung Haji

Sebaik sahaja kita menerima gaji bulanan atau pendapatan penuh perniagaan kita, lebih baik kita asingkannya untuk simpanan kita terlebih dahulu. Ini memastikan bahawa tidak ada kes tersilap guna duit untuk simpanan atau belanja lebih bulan ini.

Cara ini amat mudah namun sukar untuk betul-betul amalkan. Kebiasaanya orang melihat jumlah duit untuk simpanan itu dalam nilai yang besar. Jadi ini menjadikan kita rasa berat untuk asingkan duit kita untuk menyimpan setiap bulan.

Bagi saya sendiri sepanjang tahun 2018, alhamdulillah saya banyak berjaya menyelesaikan hutang secara full settlement. Kalau nak fikirkan sayangnya duit memang sayang tapi lebih rasa tenang dan puas hati bila hutang dapat diselesaikan. Jadi pejamkan saja mata dan bayar hutang kita secepat mungkin, banyak lagi boleh buat kalau dah tak ada hutang yang menyakitkan ini.

 

Paparan Lama Maybank2u

Kini laman web Maybank2u telah mempunyai paparan baru untuk urusan online banking. Oleh itu kita mulakan dengan paparan lama web Maybank2u terlebih dahulu. Sebelum itu pastikan anda mempunyai akaun atau akses masuk ke web Maybank2u untuk membuat transfer duit  dari Maybank2u ke Tabung Haji ini.

Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u ke Tabung Haji

Log in terus ke akaun Maybank2u anda dan klik pada bahagian atau menu Account & Banking.

 

Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u ke Tabung Haji

Seterusnya klik terus pada menu transfer yang berada di sebelah kiri laman web Maybank2u ini.

 

Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u ke Tabung Haji

Untuk paparan seterusnya, anda perlu klik terus ke bahagian yang bertulis Tabung Haji.

 

Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u ke Tabung Haji

Klik pula pada bahagian “Maybank to TH Own Account Transfer“. Manakala jika kita nak lihat berapa baki terkini dalam akaun Tabung Haji kita, klik sahaja pada bahagian “Balance Inquiry“. Senang dan mudah sahaja boleh semak baki akaun Tabung Haji anda walaupun berada kat mana sahaja.

 

Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u ke Tabung Haji

Pada bahagian ini, anda perlu mengisi berapa jumlah wang yang anda ingin masukkan ke akaun Tabung Haji. Contoh seperti yang saya tulis itu RM1,000. Seterusnya pilih dari akaun mana anda ingin transfer duit tersebut, contohnya sama ada akaun Semasa atau akaun Simpanan anda. Dan pilih nombor akaun Tabung Haji anda pada kotak terakhir, selepas itu klik continue.

 

Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u ke Tabung Haji

Untuk bahagian ini pula, mudah sahaja tick terus pada SMS TAC verification dan klik Request for TAC. Tunggu sehingga nombor TAC dihantar ke telefon bimbit anda dan isi pada kotak kuning tersebut. Seterusnya klik confirm.

 

Cara Mudah Transfer Duit Dari Maybank2u ke Tabung Haji

Dan akhirnya anda telah berjaya melakukan transaksi transfer duit dari maybank2u ke tabung haji anda dengan cepat. Walaupun dengan transfer duit dari maybank2u ini dicaj sebanyak RM1, tetapi ia boleh dikira sebagai menjimatkan masa tanpa perlu ke mana-mana mesin ATM atau cawangan Tabung Haji yang terdekat.

Jangan lupa untuk teruskan menyimpan duit demi masa depan anda kelak. Asingkan dan simpan ke tempat yang memberikan keuntungan hasil daripada simpanan kita tadi. Semoga istiqomah dalam usahan menyimpan duit atau wang yang kita ada hari ini walaupun dalam jumlah yang sedikit.

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

20 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!