• Home
  • /
  • Info
  • /
  • Cara Mengurus dan Menanam Uri Bayi Baru Lahir

Cara Mengurus dan Menanam Uri Bayi Baru Lahir

Assalamualaikum, artikel cara mengurus dan menanam uri bayi baru lahir ini dikongsikan untuk yang bakal menimang cahaya mata. Ilmu dan pengetahuan tentang urus dan tanam uri bayi adalah sangat penting terumata kepada kaum lelaki.

 

Dalam Islam tidak ada dijelaskan secara khususnya mengenai menguruskan uri ini. Apa yang penting dalam menguruskan ini kita nak pastikan ianya tidak busuk.Elakkan daripada berbagai pandangan mistik sehingga ada yang tanam uri bersama alat-alat tertentu. Sebagai contoh, tanam uri dengan pensil, paku, lada hitam dan banyak lagi.

Begitu itu, ada yang berpendapat mengenai tempat menanam uri. Tanam di atas bukit untuk bercita-cita tinggi, tanam tepi jalan untuk mudah dapat jodoh. Setiap anak yang baru dilahirkan itu bersih dan suci umpama sehelai kain putih. Kitalah ibu bapa yang mendidik dan membentuknya ke arah yang lebih baik, InsyaAllah.

 

Rasullullah S.A.W bersabda:

“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah”

Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

 

Apa Itu Uri Bayi?

Uri atau juga dikenali placenta atau tembuni merupakan teman rapat bayi semasa dalam kandungan. Ia adalah sangat penting kepada bayi dan dalam pada itu terdapat pelbagai pendapat dan petua. Uri ini perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkannya busuk. Selain itu juga jangan buang atau tinggal dihospital begitu sahaja.

Pendapat orang tua, uri tidak elok kalau disimpan sehingga dua tiga hari. Uri perlu diuruskan dengan segera bak kata kalau dapat pagi waktu petang dah selesai tanam. Elakkan daripada mempercayai perkara karut ya. Jika uri ini ditinggalkan di hospital, pihak hospital akan buang dan bakar uri ini. Takkan sanggup kita tengok ‘teman rapat’ bayi kita semasa dalam kandungan dibakar?

Cara Mengurus dan Menanam Uri Bayi

 

Fungi Uri Bayi

Mungkin ada yang akan terkejut apabila melihat rupa uri bayi nanti terutamanya yang pertama kali. Berikut adalah beberapa fungsi uri secara ringkas.Uri berfungsi untuk membekalkan zat yang bermanfaat kepada bayi semasa di dalam kandungan. Pembekalan adalah melalui darah yang mengandungi oksigen, zat dan glukosa.

Ia juga berfungsi untuk pengaliran oksigen dan pembuangan karbon dioksida dari tubuh bayi semasa dalam kandungan. Selain itu merupakan tempat peerkongsian hormon yang penting kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

 

Cara Mengurus dan Menanam Uri Bayi

Uri juga boleh disimpan dalam peti ais andainya tak dibenarkan pulang lebih daripada 24 jam. Ini penting untuk memastikan ianya tidak menjadi busuk, maklumkan pada uri itu ada darah dan dagingnya fresh. Zaman sekarang senang ada dijual set untuk pengurusan uri bayi.

Dalam set pengurusan uri itu sudah tersedia ada kain putih, garam, asam jawa, apron plastik, sabun untuk cuci tangan dan juga mask muka. Jika tidak membeli set pengurusan uri kita perlu membeli sendiri beberapa perkara seperti garam kasar dan limau purut. Limau ini berfungsi untuk menghilangkan bau busuk uri tersebut sahaja, tidak bermaksud mistik.

Baca juga: Tips Untuk Anak Mendengar Kata dan Bijak

 

Cara Basuh Uri

Untuk membasuh uri bayi ini tidaklah begitu sukar sebenarnya. Mulakan membasuh uri bayi ini dengan bismillah dan selawat kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Boleh mula membasuh uri ini dengan membuka plastik yang mengandungi uri di bawah aliran air paip. Proses membasuh ini bermula dengan membasuh uri tersebut dengan air dan garam serta asam limau tersebut sehingga hilangnya darah.

Sesetengah cara yang lain pula dengan asam jawa dan garam kasar. Uri dibasuh dengan air paip dengan menggunakan getah paip secara mengalirkannya sehingga darah habis keluar. Bahagian yang bersih boleh dibasuh dengan asam jawa dan garam untuk menghilangkan bau hanyir.

Pastikan darah betul-betul hilang dan uri tersebut bersih. Elakkan juga menekan dan menggosok uri dengan kuat agar tidak pecah. Boleh tambah lagi bilasan uri bayi tersebut dengan menggunakan garam kasar. Akhir sekali boleh juga lumurkan uri tersebut dengan garam dan asam limau sebelum bungkus.

Cara Mengurus dan Menanam Uri Bayi Baru Lahir

 

Cara Tanam Uri Bayi

Setelah selesainya basuh dengan bersih uri tersebut, maka bolehlah bungkus uri tersebut dengan kemas. Ada yang bungkus uri tersebut dengan plastik asal, plastik baru, ada yang bungkus dengan menggunakan kain putih dan sebagainya. Terpulanglah asalkan kemas dan ketat sudah memadai.

Tempat untuk menanam uri tersebut sebenarnya tiada yang khusus, sebaiknya biar tempat yang elok. Jika dengar pengalaman orang tua, mereka ada yang tanam di kubur, belakang rumah, tepi jalan, di masjid dan ada juga tanam atas bukit.

Tanamlah dan gali tanah biar dalam sedikit supaya bau uri bayi tersebut tidak dihidu oleh binatang buas atau liar. Bagus juga kalau lepas tanam uri tersebut kita letak benda berat supaya tanah tersebut tak digali oleh binatang liar.

Dalam proses menanam uri bayi ini juga tidak ada amalan dan syarat khusus. Amalan seperti menanamnya dengan menghadap kiblat, bacaan mantera, dan doa khusus. Mungkin boleh baca bismillah dan berselawat. Yang penting tujuan cara mengurus dan menanam uri bayi yang baru lahir adalah tidak bau hanyir dan bersih sebelum ditanam.

 

Pendapat Lain Cara Mengurus dan Menanam Uri Bayi

Antara perkara yang tak dapat kita elakkan ialah banyak pendapat cara mengurus dan menanam uri ini. Biasalah kita banyak petua-petua orang dahulu kala. Selagi cara urus dan tanam uri ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam yang hakiki tidak perlulah bertelagah tentang perbezaan pendapat.

Matlamat kita untuk menguruskan uri dari bayi dan isteri kita sendiri dengan cara yang baik. Benda dari darah daging kita kita juga. Uri orang Islam adalah suci dan sebab itulah uri tak boleh dibuang, dibakar dan digunakan untuk tujuan lain.

Diluar sana pelbagai perkara mereka boleh buat dengan menggunakan uri bayi yang baru lahir ini. Ada juga pihak yang menjual uri ini kepada pihak yang lain untuk tujuan ekstrak bagi menghasilkan produk lain.

Semoga penulisan yang dikongsikan ini secara ringkas memberi pengetahuan dan manfaat kepada pembaca. Jika ada komentar atau pandangan serta perkongsian pengalaman anda dalam menguruskan uri boleh kongsikan diruangan komen dibawah.

Terima kasih, wassalam.

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

9 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!