Cara delete akaun facebook orang yang telah meninggal dunia – itulah pertanyaan salah seorang daripada pembaca blog ini semalam. Pada mulanya sekadar melihat saja dan terdiam seketika kerana tidak pernah terfikir dan pula hanya ada masa yang singkat sekarang tapi bila terfikir kelak jika diri ini tiada siapa akan tolong deletekan?
Mati atau meninggal dunia tidak akan menunggu sesaat dan waktu yang sesuai sekalipun. Apabila telah tiba masanya kita tetap akan pergi jua walaupun urusan dunia kita sangat banyak tidak selesai lagi kerana ini satu ketentuanNya.
Saya doakan diri ini dan pembaca entri dan blog ini semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki – jangan takut bicara tentang kematian.
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan…” – al-Anbiya’ 35
Cara Delete Akaun Facebook Orang Telah Meninggal Dunia
Facebook seperti entri dua tiga hari yang lalu saya telah kongsikan bagaimana ia membina sebuah timeline atau lebih mudah bahasanya ialah perjalanan kehidupan kita yang kita kongsikan di laman Facebook dengan memuat naikkan status, foto dan video serta banyak lagi.
Tertanya-tanya juga bilakah kali hari-hari terakhir kita update Facebook?
Bukan bercakap seumpama diri ini sangat sempurna, tapi sebagai manusia kita harus ambil pemikiran dan pentafsiran kita dari sudut positif kenapa ada penulisan sedemikian.
Facebook telah menawarkan 2 pilihan kepada akaun mereka yang telah meninggal dunia iaitu:
- Pilihan untuk mengekalkan akaun tersebut sebagai peringatan kepada si mati
- Pilihan untuk memadamkan terus akaun si mati tersebut
Namun adalah sangat mustahil untuk Facebook memberikan kepada kita kata laluan dan emel akaun si mati walaupun kita sebagai keluarga paling dekat dengan si mati. Itu polisi mereka, kita tak mampu berbuat demikian.
Ramai yang ingin mengekalkan akaun si mati untuk peringatan namun kita juga harus fikir keadaan beliau di alam sana, apakah yang ada timeline arwah itu membantu, menyenangkan atau mengganggu ketenteraman arwah?
Delete Akaun Facebook
Saya ringkaskan dengan cara yang mudah agar membantu anda memahami secara jelas.
#Awas ini hanya contoh cara delete akaun – gambar adalah bukan contoh akaun si mati.
Pergi ke laman akaun si mati (profile).
Pergi ke bahagian > Setting > Report / Block
Pilih bahagian > Submit a Report dan tick Report *Nama Pemilik Akaun*
Pilih bahagian bawah sekali > Get help with other issues
Klik pada bahagian > How do I report a deceased person or an account that needs to be memorialized?
Teruskan klik pada bahagian > request the removal
Perhatian berikut adalah 3 perkara yang perlu anda sediakan dalam proses memadamkan akaun Facebook arwah.
Setelah sudah bersedia klik bahagian > contact us
Dan ini adalah borang untuk anda isi dalam proses terakhir bagi memadamkan akaun si mati ini dengan bersertakan 3 bukti yang telah dinyatakan dalam gambar di atas.
Untuk terus ke bahagian borang permohonan ini bolehlah klik di sini.
Semoga cara ini mampu membantu anda yang telah bertanyakan soalan ini dilaman ini dan juga buat panduan di masa-masa akan datang.
#Update Terkini 31 Ogos 2016 Dari Penulis
Segala cara-cara di atas sudah tidak praktikal atau tidak terdapat dalam Facebook lagi. Kini ada dua cara sahaja untuk menyelesaikan masalah ini:
Jika anda berhajat ingin menutup atau delete Facebook kenalan anda yang telah meninggal dunia sila klik pada pautan atau link Special Request for Deceased Person’s Account untuk memohon pihak Facebook tutup akaun tersebut.
Wassalam.
79 Comments
blogger lelaki
9 October, 2013 at 8:59 PMterbaik bro.. sebab itu kita kena juga selalu beringat..apa yg kita share dkt facebook ni biarlah yg baik2 sahaja..jgn pula ada saham dosa nanti..tutorial terbaik bro
Khairul Zamri
11 October, 2013 at 9:25 PMterima kasih semoga bermanfaat 🙂
Khairul Zamri recently posted…Cara Delete Account Facebook Yang Sudah Lupa Password dan Emel
Abdur
4 November, 2014 at 10:25 PMBetul,takutnya menyisakan dosa walaupun kita dah tiada.
Abdur recently posted…PREMIUM SEO PACK Plugin
Hazmin Hamudin
9 October, 2013 at 10:06 PMMacam rumit pulak prosesnya. Rasanya cara paling mudah kita tulis password dengan email dekat mana2 sebagai panduan untuk merekakan.
Hazmin Hamudin recently posted…Esok Dah Gaji
Khairul Zamri
11 October, 2013 at 9:34 PMsangat setuju bro tapi ajal maut xkenal masa 🙂
Khairul Zamri recently posted…Selawat Syifa
Zuan
9 October, 2013 at 10:34 PMTwitter: unclezuan
den nak tulis dalam wasiat password facebook..hehe
Zuan recently posted…Uncle Zuan Blog
Khairul Zamri
11 October, 2013 at 9:35 PMbagus-bagus wasiat kene tulis hari2 jangan main2
Khairul Zamri recently posted…Teknik Pemasaran Facebook Berkesan
Bahrain
9 October, 2013 at 11:14 PMpening pula tgk step ni, Tapi kita boleh buat langkah awal dengan memberikan password dan e-mail kepada keluarga yang kita boleh dipercayai. Dengan benda ini, kerja mendelete fb menjadi mudah jika sesuatu yang buruk yang akan berlaku pada si owner fb.
Bahrain recently posted…Sikap Manusia Yang Marah Dan Mengambil Berat
Khairul Zamri
11 October, 2013 at 9:37 PMyup betul tu bro. Jangan terlalu berahsia dengan ahli keluarga
Khairul Zamri recently posted…Masa Yang Cepat Berlalu
Sunshine Kelly
9 October, 2013 at 11:20 PMTwitter: kelly2988
thanks for the tips bro 😀
Sunshine Kelly recently posted…Festive Gift Guides: SK-II Coffret Sets To Crystal Clear Skin
Khairul Zamri
11 October, 2013 at 9:39 PMWelcome 🙂
Khairul Zamri recently posted…Wordless Wednesday 90 : Control Room Of A Nuclear Power Plant
wazy
10 October, 2013 at 12:22 AMTwitter: wazy84
Walaupun nampak rumit tetapi ianya berguna untuk kiat semua pada masa akan datang
wazy recently posted…Wordless Wednesday #76
Khairul Zamri
11 October, 2013 at 9:41 PMyup terpaksa prosesnya memang rumit sedikit.
Khairul Zamri recently posted…Teknik Blogwalking Berkesan dan Pantas
Nizam Ijam
10 October, 2013 at 12:23 AMjust boleh r epo rt jer… patut dia kena buat org kedua y punya akaun…
Khairul Zamri
11 October, 2013 at 9:42 PMyup
Khairul Zamri recently posted…Bermula Kerja Hari Selasa
titan
10 October, 2013 at 2:47 AMhoho..mesti ramai yang tak tahu kan..
titan recently posted…Jobdirumah Payment – Kali ke 68
Khairul Zamri
11 October, 2013 at 9:49 PMhehe kureng pasti lak tu 🙂
Khairul Zamri recently posted…Cikgu Lelaki Teruna
encikarman
10 October, 2013 at 8:25 AMTwitter: encikarman
cam tu eh… ok ok
Khairul Zamri
11 October, 2013 at 9:51 PMsemoga bermanfaat 🙂
Khairul Zamri recently posted…Cara Pantas Menurunkan Berat Badan
Denaihati
10 October, 2013 at 10:29 AMpenting maklumat ni, rasanya kita mesti tau, tak sekarang, mungkin akan datang berguna.
Denaihati recently posted…Cara dapat Geran Get Malaysian Business Online
Khairul Zamri
11 October, 2013 at 9:54 PMyup sangat penting 🙂
Khairul Zamri recently posted…Cara Delete Account Facebook Yang Sudah Lupa Password dan Emel
puteri kasih
10 October, 2013 at 11:49 AMNampak agak rumit juga, tapi memang penting. Sebab ada kemungkinan kita akan memerlukannya nanti.
puteri kasih recently posted…Guru Ada Dua
Khairul Zamri
11 October, 2013 at 10:00 PMyup betul rumit sedikit
Khairul Zamri recently posted…Selawat Syifa
ambo
10 October, 2013 at 2:27 PMshare pasword dgn suami & anak.. 😀
Khairul Zamri
11 October, 2013 at 10:19 PMyup betul
Khairul Zamri recently posted…Teknik Pemasaran Facebook Berkesan
norliza
10 October, 2013 at 8:45 PMN3 yg sangat berguna terima kasih.
Khairul Zamri
11 October, 2013 at 11:48 PMsama-sama 🙂
Khairul Zamri recently posted…Masa Yang Cepat Berlalu
suri
10 October, 2013 at 10:36 PMsedihkan nak buang tapi terpaksa
Khairul Zamri
12 October, 2013 at 12:05 AMyup terpaksa 🙂
Khairul Zamri recently posted…Wordless Wednesday 90 : Control Room Of A Nuclear Power Plant
Mak lagenda
11 October, 2013 at 10:36 AMCatatkan atau bgtau isan terdekat psswd kita tu adalah lbh baik rasanya..
Khairul Zamri
12 October, 2013 at 12:39 AMbetul tu 🙂
Khairul Zamri recently posted…Teknik Blogwalking Berkesan dan Pantas
hisyam
12 October, 2013 at 3:20 PMeloklah dipadamkan akaun fb simati.. ada kenalan saya yang sudah meninggal, masih menerima ucapan happy birthday di wallnya walaupun dia sudah meninggal dunia 🙁
Khairul Zamri
12 October, 2013 at 8:52 PMyup betul tu elok padam kan segera 🙂
Khairul Zamri recently posted…Cara Delete Account Facebook Yang Sudah Lupa Password dan Emel
bandung laici
13 October, 2013 at 11:47 AMoh ada cara nk delete fb tu eh. nice enrty
bandung laici recently posted…Makan Yogurt Dengan Buah Segar
Khairul Zamri
13 October, 2013 at 11:53 PM🙂
Khairul Zamri recently posted…Selesai Membersihkan Timeline Facebook
Asyrof Asri
14 October, 2013 at 1:00 PMSangat terbaik. 🙂
Terima kasih atas peringatan.
**Bro Khairul, hadiah nanti-nanti ya. Masih sibuk. **
Khairul Zamri
15 October, 2013 at 11:49 AMokay tak de masalah bro
Khairul Zamri recently posted…Salam Aidil Adha 1434H
faizal
30 October, 2013 at 9:48 AMmemang bagus tutorial ini. jarang orang terfikir untuk buat
faizal recently posted…Amalan Dalam Bulan Muharram
Khairul Zamri
30 October, 2013 at 10:52 PMorang tnya
Pingback:
5 November, 2013 at 11:13 PMazhar
9 November, 2013 at 9:35 PMEntry yang terbaik.. Rasanya ramai yang xtahu lagi.. Mohon share entry ni sebagai panduan mereka yang lain..
Khairul Zamri
17 November, 2013 at 3:14 PMsilakan 🙂
Khairul Zamri recently posted…Cara Beli Rumah Lelong
apa nak dikata
10 November, 2013 at 11:03 PMtopik yang menarik perhatian..bagus!
Akmal Aizat
17 November, 2013 at 4:59 AMTerima kasih tuan, baru tahu cara delete akaun fb orang yg dah meninggal dunia. Cuma nak tahu dokumen2 tu kena kurier ke HQ Fb ke? Atau email sahaja?
Akmal Aizat recently posted…Adakah Kanser Boleh Disembuhkan?
Khairul Zamri
17 November, 2013 at 3:16 PMEmail saja dalam borang itu dia ada untuk attach dokumen sila cuba – terima kasih
Khairul Zamri recently posted…Cara Beli Rumah Lelong
rozaiman
20 November, 2013 at 10:49 AMadakah cara ini boleh mendatangkan masalah kepada pemilik FB yang masih ada.. I mean, kalau ada yang tak bertanggungjawab, buat langah2 di atas kepada pemilik akaun yang masih ada….
Khairul Zamri
20 November, 2013 at 6:14 PMkena baca semula step di atas – ad tulis tentang bukti kematian baru lah boleh delete
Khairul Zamri recently posted…Tips Rumah Tangga
mohd faizulakma
21 November, 2013 at 9:06 AMassalam..
tuan, izinkan saya untuk ambil ( copy and paste) satu perenggan daripada website tuan..
“Mati atau meninggal dunia tidak akan menunggu sesaat dan waktu yang sesuai sekalipun. Apabila telah tiba masanya kita tetap akan pergi jua walaupun urusan dunia kita sangat banyak tidak selesai lagi kerana ini satu ketentuan Ilahi”
Saya terkesan dengan ayat ini..harap tuan izinkan untuk saya copy dan paste perkataan ini di wall fb saya.
sekian, terima kasih.
Khairul Zamri
21 November, 2013 at 10:19 PMSilakan – terima kasih 🙂
Khairul Zamri recently posted…Tips Rumah Tangga
Shikin
21 November, 2013 at 8:03 PMsalam.. full name 2 full name y kt fb 2 ke? ke full name mse kte dftr acc fb?
Khairul Zamri
21 November, 2013 at 10:20 PMFull name siapa? – kita ke si mati?
Khairul Zamri recently posted…Villa Nabila, Internet dan Blog
ada
22 November, 2013 at 7:27 AMBgs info ni.mmg ramai yg mencari tips berguna ni.
ada recently posted…Cegah Stretchmark
hafiz
22 November, 2013 at 8:08 AMSalam tuan.mohon share.tq
zaimas
22 November, 2013 at 2:09 PMklu nk delete ac yg kita dh tau e-mail n password cmne plak
haniza
22 November, 2013 at 2:30 PMMohon kongsi ya. Terima kasih:)
Syar
22 November, 2013 at 9:38 PMTerima kasih atas info yang bagus..
ANI
3 December, 2013 at 10:14 AMSalam. Terima kasih banyak2.. Saya berjaya tutup acc fb arwah abah dengan steps ni 🙂
Khairul Zamri
17 March, 2014 at 11:52 PMAlhamdulillah tahniah saya ucapkan. BarakAllah
Khairul Zamri recently posted…Menang Saguhati Contest Kembara Kemboja
weschairs
21 December, 2013 at 6:02 PMMenarik sungguh artikel ini
Siti Zanaria
23 December, 2013 at 12:06 AMManfaat betoi info tu..tq ye
fairul
23 December, 2013 at 4:35 PMtips yg berguna. tak pernah terpikir juga akan hal ni.
tp akan ada masalah nnti jika si mati tidak menggunakan nama sebenar, sebaliknya menggunakan nama2 glamer spt Ahmad Skywalker, Wak Doraemon, Halim Ronaldinho… LeL
Khairul Zamri
26 January, 2014 at 10:58 PMYup sedikit sukar untuk proses ini kalau tidak menggunakan nama sebenar
Khairul Zamri recently posted…Dapat Duit Ke Menulis Blog?
cikmasz
9 September, 2014 at 8:52 PMTerima kasih… sst yg sgt2 sy cari utk delete acc arwah somi sy…
Insyallah akan cuba dgn cara ini….
Mohon share…..
Hasrul Hassan
13 October, 2014 at 12:17 AMHmmm ramai tak tahu cara nie. Sepatutnya FB permudahkan sikit nak delete akaun orang dah meninggal ni .. cam susah je nak buat. Tapi, jalan dah diberi, usaha sahaja.
HASBI
5 December, 2014 at 5:31 PMasslamualaikum, tuan.. lepas dah buat proses ni, langkah seterusnya kena buat ape?
scha aqilah
18 December, 2014 at 1:25 PMtak lepas nak padam facebook tu . .mintak tolong buat boleh tak
klezcar
28 March, 2015 at 6:32 AMyima kasih ats info yg sgt berguna,walaupun caranya agak remeh,tapi tidak rugi umtuk mencuba..
Min
29 November, 2015 at 1:10 PMAssalamualaikum, saya ada account instagram tapi nak delete. Tapi, bukan ada masalah password, masalah email. Macam mana?
Kazen
30 November, 2015 at 9:46 PMKenapa dengan emel tu ya?
Kazen recently posted…Bekerja Untuk Diri Anda
Min
1 December, 2015 at 11:14 PMsebab saya letak email kat setting instagram tu (.co) instead of (.com) jadi saya tak boleh nak buat apa apa. apa yang saya boleh buat untuk delete? boleh bantu tak? tak kisahlah kalau hack ke apa. saya boleh bayar untuk servis, penting.
Kazen
4 December, 2015 at 11:28 PMCuba log in guna emel masa register insta atau reset dulu password
Kazen recently posted…6 Tips Bisnes di Rumah
eyma
14 March, 2016 at 7:38 PMSurat bertulis tu memang kena bertulis tulisan tgn kaa ? Atau kita boleh taip je .
Syafiq
27 August, 2016 at 12:42 PMTwitter: apiqbobyz
Assalamualaikum,harap dapat membantu,saya nak delete account arwah bapa sedara saya,tapi tak tahu caranya,cara yang saya lihat di blog tuan ini adalah step dimana facebook masih belum updated,tetapi untuk tahun 2016 ini semua step tu dah tak ada,mohon bantuan…
Kazen
31 August, 2016 at 6:05 PMWkmslm wbt,
Boleh semak dibahagian update terkini. Klik pada link nombor 2 dan terus request kepada pihak Facebook untuk delete akaun arwah bapa sedara encik.
Semoga membantu.
Wassalam.
Kazen recently posted…Jus Bidara Syifa
Syafiq
1 September, 2016 at 7:42 PMTwitter: apiqbobyz
Assalamualaikum,terima kasih atas jasa baik tuan…semoga dimurahkan rezeki serta dirahmati allah s.w.t,alhamdulillah selesai segala urusan saya dan tanggungjawab kami sekeluarga…
Kazen
2 September, 2016 at 8:47 PMWkmslm wbt,
Sama-sama. Aminnn 🙂
Kazen recently posted…Tiada Duit Boleh Beli Rumah Dengan Modal Yang Minima
ins
9 October, 2016 at 7:52 PMAslm. Nak tanya, kalau kita lupa email lama kita tp kita nk delete acc fb lama tu boleh ke?
Kazen
9 October, 2016 at 11:45 PMWkmslm. wbt.
Boleh. Sila semak di artikel Delete Facebook
Kazen recently posted…Apply Kad Debit Maybank Secara Online
Kak Zila
13 March, 2017 at 2:10 PMAsalam, harap dapat membantu saya utk delete akaun Fb arawah anak saya yg sydah 4 tahun meninggal. saya tidak tau password arwah utk membuat seperti yg di arahkan. Mohon bantuan. terima kaseh.