Cara Delete Account Facebook yang sudah lupa password dan emel adalah satu soalan yang saya terima melalui emel blog saya sendiri. Soalan dihantar dengan menggunakan bahagian contact di laman blog ini. Ya, ini menyakinkan bahawa yang bertanya ini adalah manusia bukannya ‘robot’.
Cuma saya kurang yakin dengan persoalan yang ditimbukan di sini iaitu Cara Delete Account Facebook Yang Sudah Lupa Password dan Emel. Bagaimana perkara ini boleh timbul? Bagaimana anda lupa emel anda sendiri?
Jika password mungkin boleh diterima pakai lagi tapi ini adalah emel akaun anda. Berapa banyak emel yang anda ada atau anda sedang cuba mencari jalan memasuki atau hack akaun seseorang? Tak mengapa, kita berprasangka baik kerana tak semua orang adalah pengguna tegar Facebook seperti sesetengah yang lain. Mereka jarang memasuki profil mereka membuatkan terjadinya lupa password dan emel ini.
Mustahil Dapatkan Info Secara Mudah
Seperti yang saya katakan pada artikel Cara Delete Akaun Facebook Orang Telah Meninggal Dunia, pihak Facebook menyatakan bahawa sangat mustahil untuk anda menerima maklumat sesebuah akaun tersebut melainkan anda yang mempunyai:
- Emel dan password emel akaun anda.
- Menjawab soalan keselamatan dalam proses reset akaun anda.
Cara Delete Account Facebook Yang Sudah Lupa Password dan Emel
Di sini saya kurang yakin dengan pertanyaan emel ini maaf saya katakan namun ada beberapa kemungkinan untuk anda delete account Facebook anda jika lupa password dan emel.
Berikut antara pilihan yang boleh anda gunakan dalam proses memadamkan akaun lama anda:
- Repot akaun yang palsu
- Repot akaun yang telah digodam
- Repot hak cipta anda
Jadi untuk cara ini anda boleh menggunakan pilihan repot akaun palsu atau akaun yang telah digodam.
Dengan menggunakan akaun rakan-rakan anda atau akaun baru anda.
Pergi ke laman profil anda dan klik > Setting > Report/Block
Dan apabila keluar tab ini, ada perlulah pilih untuk tick pada salah satu bahagian
- Using fake name
- Pretending to be me or someone I know
- Face account
- Represents a business or organization
Ingat pilih salah satu saja dan anda perlukan bantuan rakan-rakan anda untuk berbuat perkara yang sama juga untuk mendapatkan tindak balas daripada pihak Facebook secara cepat.
Namun jika anda tidak mempunyai akaun Facebook yang baru.
Anda boleh menggunakan borang ini untuk teruskan membuat repot akaun lama anda.
Hasil dan Keputusan?
Hasil dan keputusan cara ini biasanya akaun tersebut akan dipadamkan oleh pihak Facebook namun saya selaku penulis dan tidak bekerja dengan Facebook tidak memberi apa-apa jamin dalam proses pemadaman akaun anda melalui cara ini.
Jika ada cara yang lebih berkesan sila gunakan, semoga membantu buat yang telah emelkan soalan ini kepada saya.
Terima kasih.
66 Comments
Ezad Skytech
11 October, 2013 at 9:06 PMTwitter: ezadSkytech
mungkin pernah buat banyak2 akaun kot…tu yang boleh lupa emel untuk akaun tu….
Ezad Skytech recently posted…GSC Horror Fest 2013 – Ada Berani ?
mohd asri
2 July, 2014 at 9:07 PMkhairul saya satu permintaan iaitu,minta khairul terangkan kalau saya punya facebook kena blok dan pihak admin minta mengesahkan 5 keping gambar dan satu saja yang saya kenal yang lain tu saya tak ingat tlg berikan langkah2 untuk plihkan semula saya punya akaun facebook t,kasih
ain
14 February, 2017 at 12:14 AMtlng saya close akaun fb ,,lupa pswd email
blogger lelaki
11 October, 2013 at 9:42 PMada juga yg lupa e-mel yer…
blogger lelaki recently posted…Edisi Jumaat : Ubat Hati Yang Sakit
Khairul Zamri
12 October, 2013 at 11:49 PMitulah lupa emel
Khairul Zamri recently posted…Kebas Kaki Dua Hari
Eyda Ismail
8 September, 2016 at 3:10 PMTwitter: eydaxmail
dah reset password to code verification tak dapat kt emel . mcm mana ye ?
ahmadyani
11 October, 2013 at 9:50 PMNama emelnya unik sedikit, sebab itu terlupa.
ahmadyani recently posted…Pahala Dalam Pahala
Khairul Zamri
12 October, 2013 at 11:52 PMbanyak akaun emel kot
Khairul Zamri recently posted…Selawat Syifa
Boruto
29 March, 2017 at 9:02 PMAssalmualaikum..sy nk tnya mcm mna klu nk delete akaun lama..tapi sy gna akaun bru skarang..dn jga sy gna fb lite..
Hafiszan Kamarudin
11 October, 2013 at 11:21 PMLepas ini boleh padam akaun yang sudah lupa password.
Hafiszan Kamarudin recently posted…Khasiat dan Kebaikan Madu.
pahan
12 October, 2013 at 12:49 AMooo. mungkin gak boleh gunakan cara ni. kalau la boleh call facebook trus kan.hehe
pahan recently posted…Bagaimana Mengurus Lawatan Tahun Enam Ke Kuching, Sarawak
Sop
12 October, 2013 at 1:27 AMsetakat ini belom bercadang hendak padam akaun… hehehe
Sop recently posted…Kenapa anda perlu tawaran internet terbaik?
onlajer
12 October, 2013 at 12:46 PMerr kalau nak padam akaun orang pun boleh nih
Khairul Zamri
13 October, 2013 at 12:16 AMbelum tentu boleh selagi akaun tu aktif xleh padam
Khairul Zamri recently posted…Wordless Wednesday 90 : Control Room Of A Nuclear Power Plant
Ibrahim
29 September, 2016 at 9:24 PMHye boleh tk tolong delete kn akaun tuk sue
tempoyak
12 October, 2013 at 1:21 PMmaksudnya sini orang kena report reramai ke apa..?
tempoyak recently posted…Sakit Baru Nak Sedar
titan
13 October, 2013 at 4:48 AMserius, aku tak tahu menda ni. haha..
titan recently posted…Panduan Terkini Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 – 19 Oktober 2013.
Rizkyzone.com
13 October, 2013 at 9:58 PMTwitter: blogrizkyzone
akun facebook saya yang pertama malah di hack orang sob, tp saya punya satu lagi yang saya dah lupa email dan paswordnya yang sudah tidak saya gunakan, layak buat saya cuba ini
Rizkyzone.com recently posted…Sulitnya Daftar Di IdBlogNetwork
Rina
15 October, 2013 at 6:46 AMkalau akun kita di hack dan sekiranya tidak dapat diselamatkan bagusnya memang harus di delete
terima kasih tutorialnya, pasti nanti amat bermanfaat ni
Rina recently posted…Create MySQLi & PHP To Insert, Select, Update, Delete In MySQL Database Table
lynndAmya
29 October, 2013 at 3:41 PMSalam, nak tanya mcm mana ye nak buat ruangan komen mcm dlm blog awak ni?
maksud saya, bila ade orang yg komen, automatik keluar link update entry diorang yg terbaru.
Minta tutorial please, hehe..beri feedback di ruang komen blog saya ya. Terima kasih 🙂
lynndAmya recently posted…Tempahan Bantal Kraf Dibuka Semula ! 😀
Khairul Zamri
12 February, 2014 at 12:52 AMGuna WordPress 🙂
Khairul Zamri recently posted…Ilmu Blogspot Blogger Malaysia
azura
24 November, 2013 at 8:03 PMsya xlupa email n password..skali xblh buka dh..bkn fb sya..fb suami..last2 buka fb bru..tq ya.. lwat blog sya
partini
24 December, 2013 at 9:41 AMsalam, saya mmg dlm keadaan macam ni. akaun facebook lama sy kawan sy yg buatkan. sy tak pernah buka email yahoo yg guna utk bukak fb ni. jadi sy mmg tak tau pasword email yahoo sy. dan pasword fb sy telah dihack sb sy nk bukak pasword telah ditukar.. dulu sy tidak bertudung, tp sekarang sy telah pakai tudung. sy nk buang fb lama sy sb itu fb sy tidak bertudung. dah macam2 cara sy mntak tolong kawan2 untuk buang fb tu tapi tetap tak boleh. macam mana ye, sy tak berapa faham cara yg awk ajar tu.. hmm
ema
27 January, 2014 at 12:36 PMmana-aman artis yang kebanyakan ada yang fake akaun bolehlah cuba cara ini kan,
Norazah
8 July, 2014 at 8:18 AMSy ade masalah sikit dgn fb sy..sy xlupe password tp fb sy boleh buka dlm fon saja nk buka dlm ipad xblh dn bile sy cube buka dlm browsez pon x blh..cube trgkn dan bantu sy
Khairul Zamri
7 August, 2014 at 12:19 AMReset password / create new password dan log out dari semua devide dan log in semula dengan password yg baru
Khairul Zamri recently posted…Panduan Peperiksaan MUET
ziana
1 September, 2014 at 7:18 AMTwitter: ziana ipah
Salam. Sya nak tanyala.. fb lama sya xblh buka.. jd sya buat fb baru.. mslhnya mcm mna nak delete fb lama tu? Blh terangkan?
Khairul Zamri
22 October, 2014 at 11:38 AMWaalaikummussalam, nanti lama-lama akan padam sendiri.
Khairul Zamri recently posted…Jadual PIKOM PC Fair 2014 Siri 3
jesham
9 September, 2014 at 7:56 AMsaya mengaku yg saya ada coba2 buka fb baru tapi belumpun ia beroperasi,catatan password nya dah terbuang dan sekarang dah lupa.ini satu ikhtibar kepada saya/seseorang yang buka fb bnyak2,nak buat apa?Mungkin cara Saudara Khairulboleh guna untuk padam fb baru ni ,terima kasih.
Hasrul Hassan
13 October, 2014 at 12:18 AM🙂 jangan ada salah guna dah la.
SentiasaPanas
6 November, 2014 at 9:28 AMInfo yang sangat berguna..
SentiasaPanas recently posted…Adakah Komplot ‘Men In Black’ Benar-benar Wujud?
Ikaa.
12 December, 2014 at 2:44 PMEm agak2 ada tak cara nak hapuskan terus sebab saya dah buat mcm2 cara tapi tak menjadi act ada org dia fake pakai gambar saya then dia tulis mcm2 saya dah mintak org tu padam tp dia bagi alasan kata dia lupa dah passwordnya, btw org yg pakai dp saya ni saya kenal sbb dia ngaku–‘ pelik betul org cemni kannnn…
Khairul Zamri
14 December, 2014 at 10:38 PMCik boleh buat “report abuse” dan minta rakan-rakan cik beramai-ramai report begitu nanti akan di delete
Khairul Zamri recently posted…Kursus Pra Perkahwinan Islam
fiqah
22 February, 2015 at 8:00 PMaskum…sy nk delete acc fb lama suami sy…dlm tu ade gmbr dye dgn xgf dia…sy sgt terluka bila melihtnye,sy pun xnk org lain tau…please tolong sy,sy kurg fhm cara di atas
Khairul Zamri
28 February, 2015 at 6:47 PMBoleh cuba cari artikel di blog ini yang bertajuk Cara Delete Facebook Orang Yang Telah Meninggal Dunia
Khairul Zamri recently posted…Malaysia Best Blog 2015
Elaine
28 February, 2015 at 1:24 AMNak tanya .mcm mn delete Gambar saya dlm org lain timeline sebab mereka tulis benda burukkan saya punya emej
Khairul Zamri
28 February, 2015 at 6:48 PMSaudari mesej dekat orang tu cakap baik-baik dan minta delete gambar tersebut. Atau report sahaja sebagai Abuse.
Terima kasih
Khairul Zamri recently posted…Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
zila
1 March, 2015 at 9:42 PMBagaimana nk delete account..anak saya dah meninggal… byk gambar free hair, sila beri tunjuk ajar
Khairul Zamri
2 March, 2015 at 8:59 PMTakziah kepada saudari atas kematian anak saudara.
Boleh cuba cara pada artikel CARA DELETE AKAUN FACEBOOK ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA.
Cari tajuk tersebut di bahagian search blog ini atau di Google.
Semoga berjaya
Khairul Zamri recently posted…Malaysia Best Blog 2015
AZENI AHMAD
25 March, 2015 at 1:47 PMSaya pun ada kes macam nie.
Tak boleh nak tutup akaun Fb yang lama.
Terpaksa yang buat yang baru je la.
masniah bt bohri
25 April, 2015 at 12:02 AMTerlupa kod e mel
muliani
24 May, 2015 at 9:17 PMTERIMA KASIH ATAS PERKONGSIAN…
nur aqilah bt mohd kamal
12 June, 2015 at 9:59 PMAssalam.. sy ingin meminta permintaan.. sy lupa pwod n email fb to.. sekarng sy nk delete akaun to tp sy tak ingat… boleh mtx tolong cara bgaimana..
nur aqilah binti mohd kamal
4 July, 2015 at 12:50 PMbagaimana cara nak padam akaun yang lupa kata laluan . akaun fb sy ni lama dah x buka dan sekarang lupa paswod n nak padam..boleh tolong konsi info..tq
munira
23 July, 2015 at 12:11 PMnak tanya kalau fb kita dh kne report macam ni memang dh x boleh guna ke ? sy rasa ada orang report fb saya.
ashraf
30 January, 2016 at 12:30 PMAssalamualaikum en.khairul…saya nak delete fb saya yang lama…mohon tunjuk ajar.timakseh
Kazen
11 February, 2016 at 7:03 PMWkmslm w.b.t boleh cuba cara di atas dahulu ya
Kazen recently posted…8 Sebab Rezeki Susah Nak Masuk
Syuhada
7 March, 2016 at 11:55 PMMacam mane ya nk delete acc fb yang tak igat password n email
sabree hussin
15 March, 2016 at 1:26 PMCara ni pernah disalahgunakan untuk attack page orang lain. Ramai-ramai report pastu admin page yang kena attack tu down habis
sabree hussin recently posted…Apa untungnya dengan menjadi ahli Jobdirumah?
saodah binti abd jalil
27 April, 2016 at 4:37 AMtujuan saya untuk delete acc lama fb. yg dh lupa email n pswod… saya tidak mahu aib sy kekal n jd 1dosa .. sy cuma nk hilng gambar² yg xttup aurat..sbb tu masa lalu sy.. sy hral sgt akn dlete smua gmbar dlm acc lma yg sy dh xigt emai n pswod tu hmmmmmmmmm…
nurul huda
30 July, 2016 at 1:50 PMsalam…saya tak lupa password tapi tibe2 x leh bukk and sekarng nak delete fb tu.saya last bukk mase 2014.so kalau saya nak tutup akaun tu saya kene buat mcm kat atas atau lama2 akaun tu padam sendiri.kalau akaun tu pdm sendiri agk agk berapa lama eh?
Kazen
31 August, 2016 at 6:38 PMWkmslm wbt,
Ini jawapan daripada Facebook:
1- Go to the Facebook login page and clik Forgot Your Password? or Can’t Login? in the top right.
2- Fill out the form to identify your account.
3- Select I forgot my password on the next page if prompted.
4- Look at the list of email addresses listed on your account. If you don’t have access to any of these, click No Longer have access to these?
5- Follow the instructions provided to answer your security question or get help from friends, if you see theses options, or contact your email service provider.
Harap membantu. Wassalam
Kazen recently posted…Jus Bidara Syifa
Mimihirah96
1 September, 2016 at 1:08 PMNampak mcm ssah jer,x fhm larh. ?pening kpale bca.
ins
8 October, 2016 at 9:01 PMBoleh tolong delete kan account fb lama saya tak? ?
I am syazril
21 March, 2017 at 7:18 PMTq admin, sgt membantu dan terperinci hehe
Boruto
29 March, 2017 at 9:31 PMAssalamualaikum..sy gna fb lite..mcm mna nk delete akaun lama sedangkan sy gna akaun bru..tlong sy..
eyaamurad
15 May, 2017 at 9:05 AMAssalamualaikum..sy harap sgt saudara khairulzamri dpt membantu myelesaikn masaalah sy .sy ada 2 akaun facebook..yg masaalahny buat sy adalah akaun lama sy..sy lupa kata laluan dan email yg sy gunakn utk facebook ini.sy berharap sgt encik boleh membantu..sbb akaun lama yg sy gunakn tu sy masih belum bertudung..sy harap sgt jika encik dpt membantu sy utk tutup akaun sy.
Terima kasih
Kazen
15 May, 2017 at 9:56 PMWaalaikummussalam wbt, kalau lupa emel susah sikit. Cuba ingat balik.
Kazen recently posted…Beli Xiaomi Mi Band 2 Online
Eija
21 May, 2017 at 11:00 PMSy nak delete acc fb mak sy coz kami adik bradik dpt detect mak skng messenger dgn lelaki y tdk dikenali… y create kn fb akk kami… tp dy lupa password… dan skng mak kami akan sorok handfon dy bila kami adik beradik pulang.. trlalu ramai y messenger dgn mak kami.. dan ada y cuba amek kesempatan spt scammer mngatakan ada pos kn brg2 y brhrga dan mak mmprcayainya.. kami nak delete acc ni krn kami xnak mak trlibat dgn mana2 org y tdk dikenali & scammer
Kazen
23 May, 2017 at 9:55 PMMungkin boleh log out dari Hp mak saudari atau delete terus akaun jika boleh dapatkan hpnya.
Semoga berjaya
Kazen recently posted…Nu Caffee Tongkat Ali Arabica Asli
Yaakob bin Yunos
3 July, 2017 at 10:17 PMAssalamualaikum sdra Kazen,
Saya berusia 60 tahun sudah pencen dan menghidapi penyakit lupa.
Masaalah saya ada banyak akaun Facebook dengan ejaan nama Yakob Yunos. Puas saya cuba delete nama Yaakob Yunos tapi X bolih. Tolong saya
Kazen
6 July, 2017 at 10:03 PMSemuanya perlukan emel dan password tuan.
Kazen recently posted…Nu Caffee Tongkat Ali Arabica Asli
Zaza
24 August, 2017 at 2:43 AMAssalamualaikum, sya nk tnya. Sya lupa pass. Email pulak sya xmasukkn orr sya lupa. Sya memang xingt. Tgk2 dh ter log out sndri. Memang xbole. Guna no phone pun xbole, sbb no phone tu sya dh xguna. Sya sgt2 perlukn bantuan sbb sya online seller. Details customer sya ada dlm fb sya. Please. Sya sgt2 perlukn bantuan.
JMR
30 August, 2017 at 10:56 AMTwitter: jmr_bhr
bijak gak idea ni.
mrhanafi
1 June, 2018 at 7:28 AMsaya memang bercadang untuk memadamkan FB yang tidak aktif..
tunggu adda free time nanti saya buat
mrhanafi recently posted…Ada Apa Dengan 1 Jun ?
Auni
5 August, 2018 at 5:49 AMGood sharing ni..risau jugak kalau terjadi, atlest dah ada rujukan..