• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Cara Buat Duit Dengan Shopee Mudah Dan Berkesan

Cara Buat Duit Dengan Shopee Mudah Dan Berkesan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, kali ini ingin kongsikan cara buat duit dengan Shopee yang mudah malah berkesan. Bisnes online kini semakin mendapat tempat di kalangan belia, suri rumah dan tidak ketinggalan juga student universiti.

 

Selepas beberapa tahun berkecimpung dalam bisnes online ini tidak menjadi kesalahan kepada saya untuk kongsikan sedikit cara dan tips ini. Beberapa tahun dahulu saya pernah ketengahkan juga tentang platform online yang akan menjadi platform tarikan menarik untuk berbisnes.

Kadar penggunaan telefon pintar atau juga dikenali sebagai smartphone juga semakin meningkat. Mungkin zaman saya dulu semasa sekolah hanya mampu memiliki Nokia 3310. Namun remaja hari ini kebanyakkannya memiliki iPhone sebagai basis smartphone mereka.

 

Platform Online Shopping

Cara Buat Duit Dengan Shopee Mudah Dan Berkesan

Jika dilihat pada hari ini banyak platform online yang menjadi medium shopping online kepada pengguna hari ini. Dengan pilihan yang banyak ini pasti ada yang terbaik di antara platform. Sebagai pengguna atau pembeli dengan ada banyaknya medium ini memudahkan kita untuk membuat pilihan.

Namun, bagi penjual atau seorang yang membuat bisnes mereka perlu memilih platform yang terbaik untuk jalankan bisnesnya. Antara yang menjadi perhatian dalam memilih platform bisnes online ini seperti kos atau modal permulaan bisnes.

Mungkin sebagai pemilik bisnes yang besar, isu ini tidak menjadi masalah utamanya. Namun hari ini kehadiran platform bisnes online seperti Shopee ini memberikan peluang dan ruang untuk kita bermula dari kosong!

 

Cara Buat Duit Dengan Shopee

Cara Buat Duit Dengan Shopee Mudah Dan Berkesan

Shopee antara platform yang terkenal pada hari ini. Mungkin hampir setiap hari anda akan melihat atau ternampak iklan Shopee di media sosial. Marketplace yang mesra pengguna kini menyediakan pelbagai jenis barangan mengikut kategori dan keperluan diri serta rumah, pejabat.

 

Cara Buat Duit Dengan Shopee Secara Dropship

Untuk suri rumah sepenuh masa atau juga mereka yang ingin mencari pendapat sampingan boleh cuba cara ini. Bisnes dropship yang tidak memerlukan kos tetapi hanya sedikit kerajinan diperlukan. Ada banyak barangan di Shopee ini yang anda boleh jadikannya sebagai bisnes dropship anda.

Pastikan anda mempunyai akaun shopee, kenal pasti shop anda dan set kan shop anda sebaiknya. Untuk permulaan mencari produk anda perlu hubungi pemilik atau pengendali shop barangan yang anda ingin jadikan dropship anda. Lebih baik juga kalau kita beli dulu barangan tersebut untuk kaji proses pengeposan, kualiti barangan serta proses dari pembelian sehinggalah mendapat barangan yang dibeli.

Untuk menjual anda perlu ada pengalaman membeli secara online sekurang-kurangnya dalam platform online shopping yang sama seperti Shopee ini. Tak perlu untuk beli kesemua produk shop tersebut, boleh cuba untuk beli satu jenis barangan sahaja. Dari ini banyak yang boleh anda kaji dan pelajari seperti interaksi seller dan buyer, informasi proses barangan yang akan diposkan serta maklum balas seller jika anda memerlukan sebarang maklumat selepas pembelian.

 

Cara Buat Duit Dengan Shopee Jual Barang Sendiri

Untuk kategori ini adalah sesuai untuk mereka yang mempunyai modal. Modal tak perlu terlalu besar jika sasaran kedai online anda di Shopee hanya untuk 2 hingga 5 produk. Sebaik-baiknya untuk permulaan anda bagus ada 5 hingga 10 produk untuk dijual.

Pastikan anda setkan limit stok anda atau safe stock sebelum anda membuat restock semula. Kuantiti barangan yang perlu ada dalam shop anda adalah terpulang kepada modal dan keperluan produk ini sendiri. Tak semestikan setiap produk memerlukan 100 stok dalam simpanan anda dalam satu masa.

Apabila stok anda mencapai limit, cepat-cepat membuat restock semula, supaya shop anda tidak penuh dengan senarai barangan di bawah kategori “out of stock”. Pastikan modal yang dapat selepas hasil jualan digunakan semula untuk modal restock barangan seterusnya.

Untuk berniaga mindset dan strategi anda juga perlulah ke arah dunia perniagaan walaupun secara kecil-kecilan. Di Shopee sistem pengeposan barang juga biasanya di subsidi oleh Shopee sendiri. Jadi sebagai peniaga di Shopee anda tidak perlu risau tentang kos pengeposan barang.

 

Kenapa Shopee Menjadi Pilihan?

Bagi saya sendiri setelah mencuba pelbagai medium online Shopping, Shopee sangat memudahkan pembeli dan juga seller di online ini. Shopee mempunyai aplikasinya sendiri untuk yang menggunakan smartphone dan juga website nya untuk pengguna melalui browser atau juga komputer dan laptop.

Sistemnya juga dikategorikan sebagai selamat kerana segala pembayaran akan disahkan oleh pihak Shopee sendiri. Contoh jenis pembayaran di Shopee ialah online banking melalui FPX. Tiada caj perkhidmatan atau cukai yang dikenakan kepada kita. Selalui itu pembayaran melalui Bank Transfer, biasanya pembayaran melalui cara ini mengambil masa 2 hingga 3 hari bekerja untuk disahkan oleh pihak Shopee. Seterusnya barulah seller akan menyediakan order anda untuk diposkan.

Proses pengeposan diperkenalkan iaitu dalam masa 3 hari atau lebih daripada 3 hari bekerja. Ia tidak termasuk hujung minggu seperti hari ahada juga hari pelepasan am seperti hari raya dan lain-lain. Ini bermakna sebagai seller anda perlu proses order dan melakukan pengeposan dalam masa 3 hari dari hari order yang masuk.

 

Transaksi Duit dan Keuntungan Jualan di Shopee

Kalau nak ulas setiap satu fungsi di Shopee pasti tidak cukup ruang. Shopee antara platform juga yang mudah untuk anda mengawal dan melihat update sales anda yang terkini. Anda boleh monitor status sales anda melalui Seller Centre Shopee sendiri.

Segala transaksi duit jualan barangan anda boleh withdrawal ke akaun bank anda sendiri tanpa sebarang caj perkhidmatan. Dari sini anda boleh masuk sehingga beberapa nombor akaun untuk tujuan withdrawal hasil jualan anda. Jangan pula lupa asingkan keuntungan dan modal bisnes anda bila dah dapat duit.

 

Panduan Cara Buat Duit Dengan Shopee

Jadi untuk memastikan anda mempunyai guidelines, tatacara, tips atau cara yang betul untuk buat duit dengan Shopee ini adalah lebih baik untuk mempunyai satu panduan khusus. Untuk bermula berniaga anda harus tahu cara yang betul step by step.

Dalam panduan ini anda akan diajar satu persatu bermula dari membuka akaun di Shopee sebagai seller atau peniaga. Seterusnya anda didedahkan pula dengan cara memuat naik jenis produk jualan. Cara menyusun atur gambar dalam shop anda sehinggalah menjana pendapatan dengan Shopee.

 

Cara Buat Duit Dengan Shopee Mudah Dan Berkesan

Klik disini untuk mendapatkan Panduan Buat Duit dengan Shopee sekarang!

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

30 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!