Apa kata blogger tentang trafik blog? Terasa kerdil pula diri ini untuk mengaku seorang blogger kerana tidak sehebat mereka yang lain di luar sana.
Ada ramai yang bergelar blogger di luar sana, ada yang baru lahir dalam dunia blog dan ada yang telah lama berkecinpung dalam dunia blog malah sudah berjaya meraih pendapatan daripada blog.
Bagaimana mereka mampu berjaya sedemikian, adakah melalui penjenamaan semata-mata dengan tanpa sebarang usaha atau juga melalui raihan traffik yang tinggi?
Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog?
Jadi apa kata blogger tentang trafik blog, adakah ia penting atau tidak?
Kebanyakkan blogger mementing isu trafik blog kerana bagi saya sendiri trafik blog itu umpama nyawa kepada blog kita sendiri.
Kewujudan sesebuah blog itu terdiri kepada ciri-ciri berikut:
- Pemilik blog yang betul-betul ingin menulis
- Penulis entri dan yang terbaik daripada blogger itu sendiri
- Etika dan tatasusila blogger
- Haruslah ada blog (Hehe)
- Kemasukan traffik harian, mingguan, bulanan dan tahunan blog
- Komentar dan interaksi antara penulis blog dan pembaca atau komentar
Dari mana wujudnya pembaca dan komentator di blog kita jika kita sendiri tidak cuba ‘menjual’ nama dan blog kita?
Sebahagian trafik blog adalah penentu kepada mereka yang masuk ke blog kita dengan beberapa ciri:
- Masuk sekilas lalu
- Masuk sekadar melihat tajuk entri
- Masuk sekadar membaca
- Masuk sekadar komen tanpa baca
- Masuk membaca dan komen
- Tersalah masuk ke blog kita
- Tertarik untuk masuk hasil carian kata kunci di Google
Hasil kemasukan pengunjung ke blog kita yang masuk secara tidak langsung mampu kita pengaruh mereka dengan tajuk atau entri penulisan kita di blog.
Ini boleh dikira memanipulasikan pengunjung secara tidak langsung untuk berhenti seketika di blog kita membaca penuliasan yang menjadi pilihan ramai – mungkin berguna jika meletakkan senarai entri popular mingguan atau sepanjang masa.
Nilai Trafik Kepada Blogger dan Blog?
Trafik bukan sekadar memberi makna pengunjung datang membaca dan tinggalkan komen.
Kadang kala buat blogger yang menggunakan servis pengiklanan atau ada ikatan janji dengan mana-mana syarikat pengiklanan traffik adalah menjadi isu yang amat penting.
Selain itu, bagi yang menyertai program affiliate, trafik juga penting sebagai melariskan lagi program yang mereka promosikan.
Tanpa trafik mungkin tiada komisen, bayaran, serta duit dari blog sebagai pendapatan bagi seorang blogger.
Jadi nilai trafik kepada blog kita adalah tergantung kepada diri kita sendiri bagaimana dan dimanakah kita meletakkan nilai blog kita kepada diri kita sendiri.
Jika ia sebagai medium pencarian rezeki atau wang sampingan anda harus lakukan sesuatu bukan sekadar terus menulis dan menunggu bulan jatuh ke riba.
Ada orang kata trafik blog itu umpama nilai dan kekuatan sesebuah blog itu sendiri yang mampu menaikkan semangat kita untuk terus menulis blog.
Kita sendiri yang menentukan bagaimana trafik blog kita dengan usaha kita sendiri dan yang penting dengan penulisan yang bermanfaat bukannya dengan cara kata kunci lucah semata-mata bagi meraih trafik yang tinggi.
Kontes Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog…
Entri ini adalah Kontes Blogger – Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog anjuran SantaiKata.
Jika anda seorang blogger dan punyai idea tersendiri, jom sertai dan luahkan sendiri apa kata anda mengenai trafik kepada sesebuah blog.
70 Comments
TR
5 September, 2013 at 12:39 AMBetul tu, trafik biasanya berkadar terus dengan pendapatan blog.
TR recently posted…Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2014
Khairul Zamri
6 September, 2013 at 8:03 PMkene istiqamah 🙂
Khairul Zamri recently posted…Revolusi Syria dan Perang Akhir Zaman
Joe
5 September, 2013 at 1:39 AMLame jugak aku nk tarik search traffic ke blog aku dulu. Nie sumber traffic yg aku paling suke. Traffic nie la akan menyumbang sales conversion.
Khairul Zamri
6 September, 2013 at 8:06 PMbetul tu buat permulaan sangat sukar sedikit tapi kalau terus berusaha pasti berhasil 🙂
Khairul Zamri recently posted…Revolusi Syria dan Perang Akhir Zaman
Hafizul
5 September, 2013 at 11:03 AMTwitter: pondok_kecil
Traffic..sangat penting dalam blog..tapi bukan satu menda yang mudah dan senang..haha..
Hafizul recently posted…Dua Hari Sahaja Lagi
Khairul Zamri
6 September, 2013 at 8:08 PMyup bukan semudah yang kita lihat 🙂
Khairul Zamri recently posted…Revolusi Syria dan Perang Akhir Zaman
Mohd Shubhi
5 September, 2013 at 11:16 AMKalau sehari orang masuk dalam 500 ribu orang ok jugak ya!!!
Mohd Shubhi recently posted…Siri panduan jadi kaya
Khairul Zamri
6 September, 2013 at 8:11 PMsangat ok bro 🙂
Khairul Zamri recently posted…Revolusi Syria dan Perang Akhir Zaman
Anuar
5 September, 2013 at 11:35 AMTwitter: Alhamdulillah..
Betul tu… Trafik ni umpama nyawa bagi sebuah blog… Tanpa trafik blog akan jadi suram…
Anuar recently posted…Harga Minyak Naik 20 sen, Harga Ayam Goreng Naik 50 sen…
Khairul Zamri
6 September, 2013 at 8:19 PMtraffik dan pembaca memainkan peranan yang penting 🙂
Khairul Zamri recently posted…Revolusi Syria dan Perang Akhir Zaman
puteri kasih
5 September, 2013 at 1:38 PMtanpa trafik..blog ibarat diari peribadi, kita yang tulis dan kita jugalah yang membaca. Good luck 🙂
Khairul Zamri
6 September, 2013 at 8:21 PMterima kasih 🙂
Khairul Zamri recently posted…Revolusi Syria dan Perang Akhir Zaman
Faizal Fredley
5 September, 2013 at 1:40 PMaku pun segan kalau nak komen pasal trafik ni..kdg2 pening kpala gak nak fikir pasal trafik…
Faizal Fredley recently posted…Kembali Ke UniMAP
Khairul Zamri
6 September, 2013 at 8:22 PMjanga fikir bro teruskan usaha hehe
Khairul Zamri recently posted…Revolusi Syria dan Perang Akhir Zaman
Bahrain
5 September, 2013 at 5:50 PMterima kasih atas perkongsian.. trafiik memang penting dalam blog nie..
Bahrain recently posted…Suasana di Kg Telok Rimba, Muar, Johor
Khairul Zamri
6 September, 2013 at 8:24 PMsama-sama bro 🙂
Khairul Zamri recently posted…Revolusi Syria dan Perang Akhir Zaman
sohoque
5 September, 2013 at 5:51 PMTwitter: sohoque
tak der trafik = tak der org masuk blog = syok sendiri!!!! hahahaha
sohoque recently posted…Milo Dan MOM Menjana Tenaga Atlet Malaysia Di Sukan SEA Ke-27
Khairul Zamri
6 September, 2013 at 8:27 PMhahaha terbaiklaa ayat 🙂
Khairul Zamri recently posted…Revolusi Syria dan Perang Akhir Zaman
Bro sam
5 September, 2013 at 5:53 PMTq atas info … saya meminati bidang blog ni tidak berpeluang utk belajar hanya membaca info mcm ni boleh dapat pengetahuan
Khairul Zamri
6 September, 2013 at 8:31 PMsama-sama bro, membaca juga bererti belajar bro 🙂
Khairul Zamri recently posted…Revolusi Syria dan Perang Akhir Zaman
hafizrahim
5 September, 2013 at 6:01 PMTwitter: hafizmdrahim
Trafik..emm..satu je dalam fikiran..kalau blogger tegar..walaupun trafik tak banyak tetap gak akan menulis..ni orang panggil self satisfaction..hehe
KiD
5 September, 2013 at 9:47 PMselamat menulis dan update hari hari… trafik akan datang selepas itu…
Khairul Zamri
6 September, 2013 at 8:33 PMyup kalau tak menulis mana nak datang traffik 🙂
Khairul Zamri recently posted…Revolusi Syria dan Perang Akhir Zaman
Khairul Zamri
6 September, 2013 at 8:32 PMhuhuhu betul tu sebab kalau tak menulis tak sedap duduk 🙂
Khairul Zamri recently posted…Revolusi Syria dan Perang Akhir Zaman
Adikensem
5 September, 2013 at 6:03 PMOh saya tidak tahu pasal traffik-traffik ni sebab belum belajar lagi (ada ke orang nak ajar?..hehehe) tapi bila fikir logik traffik ni perlu untuk menghidupkan jari jemari ni. Seperti tukang masak yang suka orang makan hidangannya begitulah juga blogger yang suka orang membaca karya-karyanya (Cewah macam orang seni pula ya)..Boleh ajar macam mana nak tingkatkan traffik-traffik ni? 🙂
Adikensem recently posted…Wordless Wednesday : Hantu Saka Mengamuk
Khairul Zamri
6 September, 2013 at 8:36 PMhuhu sedap berkata-kata, macam mana nak tingkatkan traffik? caranya update dan menulis hari2 original dari diri sendiri, “jual” diri dan blog 🙂
Khairul Zamri recently posted…Revolusi Syria dan Perang Akhir Zaman
ViperGoy Blog
5 September, 2013 at 6:32 PMSaya sangat setuju sekali sama admin khairulzamri 🙂
ViperGoy Blog recently posted…Daftar Web Directory Pagerank Terbaru
Khairul Zamri
6 September, 2013 at 8:37 PM🙂
Khairul Zamri recently posted…Revolusi Syria dan Perang Akhir Zaman
Eridy San
5 September, 2013 at 7:31 PMTerima kasih kerana berkongsi dan menyertai contest ini. Benar sekali pndgn tuan,kita kena “menjual” blog untuk dpt “untung”. 🙂
Khairul Zamri
6 September, 2013 at 8:38 PMSama-sama 🙂
Khairul Zamri recently posted…Revolusi Syria dan Perang Akhir Zaman
SentiasaPanas
5 September, 2013 at 7:50 PMTanpa trafik seorang blogger terpaksa membaca artikelnya sendiri..:)
SentiasaPanas recently posted…Lelaki Bosnia Saman Teman Wanita Banyak Kes Jenayah
Khairul Zamri
7 September, 2013 at 9:15 PMyup betul tu 🙂
Khairul Zamri recently posted…Top 10 Entri Ogos 2013
ajumohit
5 September, 2013 at 9:58 PMTwitter: ajumohit
selain menulis, berblog juga menjalinkan ukhwah rakan alam maya, good luck ye bro 😉
ajumohit recently posted…Sarapan Pagi di Lontong Klang
Khairul Zamri
6 September, 2013 at 8:40 PMyup betul tu, terima kasih ya 🙂
Khairul Zamri recently posted…Revolusi Syria dan Perang Akhir Zaman
wazy
5 September, 2013 at 10:49 PMTwitter: wazy84
banyak cara nak dapatkan trafik yang superb ni,antaranya ialah trafik bermusim dan yang peling penting kita kena mesra dengan pelawat blog sendiri,In Shaa Allah trafik akan lebih cantik
wazy recently posted…Sinopsis Filem Tanda Putera
Khairul Zamri
6 September, 2013 at 8:42 PMsetuju dengan bro, mesra dengan pelawat blog 🙂
Khairul Zamri recently posted…Revolusi Syria dan Perang Akhir Zaman
akubiomed
5 September, 2013 at 11:53 PMTrafik dan komen adalah nadi kepada sesebuah blog.
akubiomed recently posted…Blog sunyi tanpa cerita baru.
Khairul Zamri
6 September, 2013 at 8:43 PMyup betul 🙂
Khairul Zamri recently posted…Revolusi Syria dan Perang Akhir Zaman
titan
6 September, 2013 at 4:13 AMnak buat duit dengan blog, mempunyai trafik yang tinggi adalah perkara kritikal.
titan recently posted…Duit Raya dari Jomniaga lagi. Yehh!
Khairul Zamri
6 September, 2013 at 8:46 PMhuhu betul tu bro 🙂
Khairul Zamri recently posted…Revolusi Syria dan Perang Akhir Zaman
suri™
6 September, 2013 at 6:44 AMtrafik, komen serta kemahiran dalam berblog tak blh di pisahkan kalau salah satu tak ada susah juga nak jana rm kan huhu..
suri™ recently posted…Terima Kasih Untuk Semua
Khairul Zamri
6 September, 2013 at 8:49 PMbetul tu kak, apa-apa pun usaha perlu usaha
Khairul Zamri recently posted…Revolusi Syria dan Perang Akhir Zaman
kakiblog
6 September, 2013 at 7:08 AMsemoga berjaya dalam kontes ini..
Khairul Zamri
6 September, 2013 at 8:50 PMterima kasih 🙂
Khairul Zamri recently posted…Revolusi Syria dan Perang Akhir Zaman
Hazmin Hamudin
6 September, 2013 at 6:43 PMSusah kalau nak buat duit, tapi trafik tak tinggi mana. Tu la perkara susah nak buat iaitu dapatkan trafik yang tinggi.
Hazmin Hamudin recently posted…Lulus Taraf Pekerja Berpencen
Khairul Zamri
6 September, 2013 at 8:51 PMyup susah tapi kita sama-sama usaha 🙂
Khairul Zamri recently posted…Revolusi Syria dan Perang Akhir Zaman
TehR
7 September, 2013 at 12:03 AMTwitter: tehramuan
nak dapat trafik susah
nak dapat duit lagi la susah
apa pun berbloglah dengan hati gembira
TehR recently posted…Orang Kata
Khairul Zamri
7 September, 2013 at 6:54 PMyup 🙂
Khairul Zamri recently posted…Top 10 Entri Ogos 2013
sensasi2020
7 September, 2013 at 12:23 AMTwitter: kamil_salleh
Nak dapatkan trafik amatlah susah,
Nak membina pendapatan lagi payah,
Nak buat duit dengan blog tak mudah,
Nak tak nak usaha kena bertambah.
sensasi2020 recently posted…Pantun Seloka Minyak Naik 20 Sen Saja
Khairul Zamri
7 September, 2013 at 9:11 PMsudah pandai berpantun sekarang nampak
Khairul Zamri recently posted…Top 10 Entri Ogos 2013
sensasi2020
7 September, 2013 at 12:25 AMTwitter: kamil_salleh
Kadang-kadanh yang singgah di blog kita hanya sekilas pandang, jarang yang datang baca dan komen dengan lama dan komennya pula dari entri ke entri kecuali saudara Hafizul, itu ramai dah akaui.
sensasi2020 recently posted…Pantun Seloka Minyak Naik 20 Sen Saja
Khairul Zamri
7 September, 2013 at 9:12 PMdia memang rajin, kita tak leh salahkan orang nk baca ke tak mungkin dieorang nak cepat dan kesuntukan waktu.
Khairul Zamri recently posted…Top 10 Entri Ogos 2013
Ohmy !
7 September, 2013 at 6:59 PMSalam sahabat.. saya suka dengan gaya penulisan En.Khairul.. jelas dan terperinci.. adakalanya sukar nak di jelaskan dengan kata-kata kalau sentuh bab trafik ni.. saya sebagai blogger baru ucapkan terima kasih untuk entry encik ni.. ianya sangat membantu saya…
adakalanya saya amat hairan ada juga blog yg tidak mengaktifkan ruangan komen seolah blog berkenaan berada di dalam dunianya sendri.. tapi trafil blognya cukup memberangsangkan…
Ohmy ! recently posted…Ahli Geng Kongsi gelap ditahan Sempadan
Khairul Zamri
7 September, 2013 at 9:14 PMTerima kasih datang berkunjung ke sini ya 🙂
Khairul Zamri recently posted…Top 10 Entri Ogos 2013
Ayu Zan
10 September, 2013 at 11:15 AMhebat entri! saya suka..
Ayu Zan recently posted…Nuffnang Reply Ticket : Macam mana nak tau feedback Poll 2.0
Khairul Zamri
10 September, 2013 at 9:03 PMterima kasih 🙂
Khairul Zamri recently posted…Tips Meningkatkan Penulisan di Blog
Norazizah
10 September, 2013 at 5:40 PMGaya bahasa yang santai, suka nor baca. Dah tahap otai dah ni. Ramai dah kenal. Bagi Nor, trafik penting tak kira apa tujuan. Ada yang naturally dapat trafik, ada yang berhempas pulas dapat trafik termasuklah Nor. 🙂
Khairul Zamri
10 September, 2013 at 9:05 PMhaha saya baru lagi tak de lah otai masih dalam proses belajar 🙂
Khairul Zamri recently posted…Tips Meningkatkan Penulisan di Blog
sabree hussin
14 September, 2013 at 7:44 PMKadang-kadang traffic banyak sangat ni buat habis bandwidth je
Khairul Zamri
14 September, 2013 at 8:15 PMhabiskan bandwith? kene tgok semula matlamat berblog 🙂
Khairul Zamri recently posted…Ubat Ulser
Nor
15 September, 2013 at 8:11 AMGunalah platform blogger.com, support bandwidth besar. Guna hosting sendiri, bandwidth terhad.
Nor recently posted…Senarai blogger wanita/perempuan Malaysia
Khairul Zamri
15 September, 2013 at 9:58 AMmemang bandwith besar tp bukan milik kita 100% bila2 masa Google boleh delete blog.
Hosting sendiri umpama rumah sendiri 🙂
Khairul Zamri recently posted…Ubat Ulser
Nor
15 September, 2013 at 4:14 PMHehe yup hosting sendiri, rasa seperti rumah sendiri :). Saya masih menyewa, walaupun selesa tapi rumah orang. Bila-bila masa orang boleh tendang.
Nor recently posted…4 link feed untuk melihat senarai berkaitan post di blog
Khairul Zamri
16 September, 2013 at 8:26 AMJOm laa pindah ke rumah sendiri huhu
Khairul Zamri recently posted…Nasi Lemak Emak
Nor
16 September, 2013 at 10:33 AMHuhu, rumah sendiri… Saya nak ada tanah dulu, nak rumah ikut citarasa sendiri. Selesa dan selamat :). Hihi
Nor recently posted…10 perkara mengenai header blog
Khairul Zamri
16 September, 2013 at 11:48 PMTanah = Hosting 🙂
Khairul Zamri recently posted…Menang Kontes Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog
cik tom
16 September, 2013 at 1:13 PMmmg layak menang..best entry ni….
trafik yg byk n potential buyers tue best bg yg bt blog utk cr sideincome jgk…hehe
cik tom recently posted…Blogging is Team Sport
Khairul Zamri
16 September, 2013 at 11:49 PMbiasa-biasa je cik tom 🙂
Khairul Zamri recently posted…Menang Kontes Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog
hasrulhassan
17 September, 2013 at 12:19 AMAs-Salam. Tahniah Khairul kerana menang. Lepas ni harapnya akan lebih semangat untuk menulis tajuk2 yang berat tetapi dengan olahan santai yang mantap. Tajuk berat tapi boleh difahami semua .. memang terbaek.
Khairul Zamri
1 October, 2013 at 12:13 AMTerima kasih tuan, insyaAllah 🙂