9 Tips komposisi fotografi ini adalah antara tips asas dalam mengendali foto anda secara natural dan menarik. Ketika zaman fotografi mula-mula muncul dahulu ramai yang suka kongsikan hasil-hasil mereka ke Facebook.
Hari ini kewujudan pelbagai jenis kamera digital dan juga kecanggihan telefon pintar memeriahkan lagi dunia fotografi. Bahkan kita tidak lagi memerlukan kamera digital harga beribu-ribu untuk hasilkan gambar momen harian kita.
Dengan telefon yang canggih tambahan inovasi sistem kamera yang menepati kehendak terkini membuatkan kita mudah mengambil saat-saat bermakna. iPhone atau Android sekalipun menawarkan hasil kamera yang menarik dan memuaskan.
9 Tips Komposisi Fotografi Untuk Gambar Menarik
Tak semua gambar atau foto yang kita ambil dan rakam perlu di print kan. Kita lebih suka simpan gambar-gambar tersebut dalam komputer atau laptop serta telefon kita. Tambahan lagi trend pada hari ini suka kongsikan gambar di Instagram.
Rules of Third
Ini adalah perkara asas untuk mengambil gambar momen yang terbaik. Sistem ini memfokuskan untuk anda letakkan bahagian yang ingin anda cuba terjemahkan dalam fotografi anda. Dengan 4 titik fokus utama boleh menjadikan gambar anda cukup sifat fotografi terbaik.
Leading Lines
Menggunakan garisan semula jadi untuk menarik perhatian fokus hasil gambar yang diambil. Garisan yang semula jadi ini biasanya objek-objek yang lurus pada saat dan ketika mahu mengambil gambar. Posisikan kamera sebaiknya dengan garisan semula jadi ini menjadikan gambar kelihatan menarik dan berkualiti hasilnya.
Diagonals
Konsep ini juga hampir sama dengan Natural Lines di atas. Kebiasaanya berguna untuk gambar-gambar yang berkonsepkan pergerakan. Sama ada objek tersebut adalah bernyawa atau tidak garisan ini membantu menunjukkan objek di dalam gambar tersebut adalah sedang bergerak sebenarnya.
Frames
Pembinaan gambar yang mempunyai bingkai sangat unik sebenarnya. Jika anda kreatif penggunaan atau teknik mengambil gambar berasaskan bingkai secara semula jadi menjadikan foto anda lebih unik. Tingkap atau pintu juga boleh dijadikan bingkai secara tidak langsung.
Figure to Ground
Teknik ini adalah yang paling mudah untuk fotografi. Anda hanya perlu cari perbezaan kontra warna antara objek dan latar belakang bagi menonjolkan fotografi anda. Bernyawa atau tidak objek tersebut tidak menjadi masalah yang penting adalah perbezaan warna.
Fill The Frame
Kebanyakkan orang menggunakan teknik ini adalah untuk gambar atau photo jenis potrait. Dekat kamera atau fokus lens anda dengan subjek untuk dapatkan gambar yang lebih details. Terpulang sama ada untuk objek, manusia atau juga haiwan. Penggunaan Rules of Third masih terguna pakai ketika ini.
Patterns and Repetition
Ini juga senang untuk gambar fotografi yang menarik tapi tak semua tempat mempunyai konsep ini. Gunakan situasi semasa seperti pattern atau corak yang bentuk dan warna yang sama untuk fotografi yang menarik.
Symmetry
Penggunaan satu garis simetri dalam fotografi memberikan hasil gambar yang simple dan tenang. Gunakan sama ada semula jadi dari keadaan semasa atau letakkan sebaiknya dari kamera anda sendiri.
9 Comments
Uncle Zuan
7 June, 2015 at 4:08 PMTwitter: unclezuan
nice. practice make perfect. aku suka amek gambar, tapi tak pernah la blaja teknik tekni ni. semua main gedah je ikut cita rasa mata 😀
Uncle Zuan recently posted…Yeoâs Sitkom Blog Kontes – Berbuka Puasa Dengan Yeo’s Yogurt
mamaa
16 June, 2015 at 2:34 AMcantiknya gambarrrrr.. kena target cekup satu DLSR nih… wajib best nk snap gambar pape
mamaa recently posted…4 Masjid Yang Sesuai Untuk Ibu-ibu Membawa Anak Mereka Semasa Tarawikh
Shaima
13 July, 2015 at 11:51 AMSymmetry, figure to ground, dan patterns antara teknik favorite 😀
Shaima recently posted…[Update Mingguan] Review Set Cantik Kulit Pulih Dan Putih Yuhuu!
FARA
7 August, 2015 at 1:25 PMLove these tips..dah lama tak buat hobby amik2 gambar ni..semangat nk start balik..camera owh camera..come to mama 🙂
FARA recently posted…KEBAIKAN & KHASIAT OMEGAGUARD
Belang Tarung
7 August, 2015 at 4:34 PM3 benda penting lg kene tahu haha… aperture , shutter speed, dan iso…tiga bende ni je dalam fotografi kene mahir
Belang Tarung recently posted…Moy Publications sdn bhd Tutup Operasi Disahkan Kartunis Ubi
Belang Tarung
14 August, 2015 at 4:52 PMISO…aperture…Shutter speed..creative.. itu sifu gua pernah ajarkan hahaha
Belang Tarung recently posted…Kelahiran Semula Majalah Ujang bersama Bekas Kartunis Moy Publication dalam Majalah Gila-Gila
Mohd Shubhi Abdul
23 August, 2015 at 7:37 PMKamera dah mula berhabuk. Lama sangat tak luangkan masa rakam gambar dengan kamera tu, hanya guna smartphone. Bila baca tips ni gian ambil gambar datang semula.. tq for sharing bro !
Mohd Shubhi Abdul recently posted…Nak selamat ! perlu tahu 4 jenis pelanggan ini
donny
24 August, 2015 at 9:13 AMnice article! semakin semangat mempelajari fotografi 😀
Hasrul
26 August, 2016 at 10:28 PMTwitter: bukutravel
Masih belajar untuk memahami ‘term’ komposisi dan cara penggunaanya. 😀