• Home
  • /
  • Info
  • /
  • 7 Jenis Sukan Yang Digemari Kita Hari Ini

7 Jenis Sukan Yang Digemari Kita Hari Ini

Kehangatan Sukan Asia di Jakarta-Palembang belum lagi reda dari kehangatannya oleh peminat sukan tanah air dan antarabangsa. Sukan yang memang menjadi minat kita sejak dari bangku sekolah lagi. Hampir semua orang suka akan aktiviti sukan sama ada indoor atau outdoor.

Kebanyakan generasi hari ini gemar akan aktiviti sukan secara indoor, namun masih ada juga masih lagi betul-betul berminat dengan sukan secara outdoor. Sukan yang berkonsepkan outdoor biasanya lebih mencabar serta perlukan bilangan ahli yang ramai dalam satu pasukan. Berbanding dengan sukan yang berkonsepkan indoor kebiasaannya tidak memerlukan ahli kumpulan yang ramai.

Sukan tidak semestinya aktiviti perlawanan yang melibatkan penglibatan yang ramai. Jika untuk meningkatkan kesihatan diri kita sendiri, aktiviti yang ringkas dan mudah juga boleh jadikan sukan. Jom lihat sukan apa yang menjadi kegemaran kita hari ini.

 

7 Jenis Sukan Yang Digemari Kita Hari Ini

7 Jenis Sukan Yang Digemari Kita Hari Ini

Bola Sepak antara sukan yang perlu tidak lagi perlu dinafikan pendedahannya dalam kalangan masyarakat hari ini. Dari kecil hinggalah dewasa ramai yang minat bola sepak. Tak pandai main bola sepak sekalipun minat terhadap bola sepak mendorong sukan ini menjadi lebih popular. Bola sepak amat popular di seluruh dunia dan tidak kurangnya juga bola sepak malaysia kita sendiri bermulanya dengan Liga Malaysia hinggalah ke peringkat antarabangsa. Setiap kali perlawanan bola sepak ini puluhan ribu orang atau penyokong akan membanjiri stadium bagi menyaksikan pasukan pilihan masing-masing berentap dengan pasukan lawan.

Dengan sebelas orang pemain setiap pasukan dan berentap hampir 90 minit setiap kali perlawanan sudah tentu menjadi tumpuan peminat dan penyokong setia pasukan masing-masing. Promosi sukan bola sepak hari ini yang menjadi liputan meluas memberikan ‘mind-awareness’ kepada kita hari seumpamanya inilah sukan utama antara sukan-sukan yang lain.

 

Badminton adalah merupakan aktiviti sukan secara indoor yang kini mendapat perhatian utama peminat sukan. Boleh dikatakan setiap kali ada perlawanan pasti ramai yang akan menonton secara live. Permainan ini kebiasaannya dimainkan secara single atau juga double. Dengan kehebatan hero atau jaguh badminton negara kita seperti Datuk Lee Chong Wei boleh dinobatkan sebagai seorang yang profesional dalam kategori sukan badminton ini, menaikkan semangat kesukanan kita untuk memberi sokongan.

Segala ketangkasan, kepantasan. kepintaran, skil penggunaan raket dan penguasaan gelanggang serta permainan adalah penting dalam permainan sukan badminton ini. Semua skil ini penting untuk setiap permainan sama ada perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita dan juga beregu campuran.

 

7 jenis sukan yang digemari kita hari ini

Marathon pula kini semakin mendapat tempat pilihan sukan untuk golongan pada hari ini. Sukan jenis ini secara jelasnya tidak memerlukan stadium atau tempat khas sekalipun. Kebiasaannya marathon hanya menggunakan jalan raya sepanjang beberapa kilometer dengan kawalan pihak berkuasa. Namun aktiviti ini tidak boleh sewenang-wenangnya disertai begitu sahaja. Ianya memerlukan latihan yang baik untuk meningkatkan stamina dan mutu kesihatan badan sepanjang aktiviti ini berjalan dengan lancar. Berapa kilometer anda berapa untuk lakukan marathon jika tanpa sebarang latihan?

 

Sepak Takraw merupakan sukan yang amat popular di kalangan kita. Namun kini, sukan seperti sepak takraw bukan taraf sukan yang biasa-biasa lagi. Kategori sukan ini juga turut dipertandingan dalam sukan antarabangsa lebih-lebih lagi dalam kalangan negara Asia ini. Menariknya sukan kategori ini dimainkan secara beregu dengan tiga pemain setiap regu kumpulan.

Nama lain untuk sukan ini di Malaysia dikenali sebagai sepak raga, Thailand dikenali takraw, Filipina dikenali sipa, manakala di Burma dikenali sebagai chinlone dan Laos dikenali sebagai kator. Kategori perlawanan sepak takraw ini mula dipertandingkan di sukan SEAP pada tahun 1965.

 

Rugby juga antara sukan yang menjadi tumpuan dari kalangan anak muda. Pada pandangan mata kasar kita lihat mereka beradu dan bertempur dengan menggunakan kekuatan badan masing-masing. Kebanyakan yang menyertai sukan ini berbadan sasa dan perlukan juga larian yang pantas. Di negara barat sukan ini juga dikenali sebagai Football sangat mendapat perhatian dan liputan meluas dalam perlawanan kejohanannya. Tidak kurang juga mereka mempunyai stadiumnya yang tersendiri khas untuk perlawanan sukan ini.

 

7 Jenis Sukan Yang Digemari Kita Hari Ini

Perlumbaan Moto GP antara sukan yang luas mendapat liputan antarabangsa. Tak semua orang boleh menyertai aktiviti perlumbaan ini kerana ianya melibatkan kos dan skil yang begitu tinggi. Semenjak penglibatan wakil peserta dari Malaysia dalam aktiviti perlumbaan moto GP ini rasanya ramai yang mula pandang akan keseronokan menyaksikan sukan ini. Dari segi persediaan dan latihan untuk menghadapi sesebuah perlumbaan ianya bukan sahaja memerlukan sebuah motosikal berkuasa tinggi. Sebaliknya bagaimana mengawal motor dalam litar semasa perlumbaan dan latihan amat penting. Pastinya setiap sesebuah perlawanan ada peraturannya sendiri lebih-lebih lagi untuk aktiviti yang sebegini.

 

Futsal sukan atau tidak? Bagi saya ianya tetap sebagai satu sukan yang dimainkan secara indoor secara amnya. Kebiasaannya sukan jenis futsal ini biasanya dimainkan secara tidak rasmi dan boleh dijadikan juga sebagai pertandingan sama ada kecil atau besar-besarnya peringkat negara juga. Waktu perlawanan juga singkat jika dibandingkan dengan waktu perlawanan bola sepak.

Pergerakan dan perlawanan dalam futsal ini juga dilihat lebih laju jika dibandingkan dengan perlawanan bola sepak. Sukan jenis ini juga mendapat tarikan dari kalangan wanita juga. Kini banyak pusat sukan persendirian yang mendirikan tempat untuk bermain futsal. Ini memberikan kemudahan kepada golongan muda hari ini mendapat peluang bermain futsal di kawasan masing-masing.

 

Sukan Lain dan Pilihan Kita

Sukan-sukan lain juga dinafikan kehebatan dan kelebihan tersendiri. Banyak lagi jenis sukan yang boleh menjadikan hidup lebih cergas. Keutamaan aktiviti sukan bukan sahaja untuk kecergasan dan kesihatan diri, kini sukan juga menjadi salah satu hiburan utama untuk rakyat. Malah juga menjadikan satu maruah atau imej kepada sesebuah negara.

Mungkin anda mempunyai mempunyai aktiviti sukan anda yang tersendiri. Bagaimana jika kongsikan apakah aktiviti sukan yang anda gemari di ruangan bawah. Akhir kata, selamat bersukan semua!

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

9 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!