• Home
  • /
  • Info
  • /
  • 6 Sebab Utama Anda Perlukan Agen Kapal Layar

6 Sebab Utama Anda Perlukan Agen Kapal Layar

Kapal Layar adalah menjadi dambaan dan idaman buat sesetengah golongan hari ini. Memiliki Kapal Layar boleh dikategorikan satu kepuasan dan kenikmatan dalam kehidupan. Boleh dikatakan juga sebagai reward kepada diri sendiri untuk memilikinya.

Kapal Layar atau dikenali juga dalam Bahasa Inggeris sebagai Sailboat. Hari ini dengan adanya portal di internet, kapal layar kini mendapat lebih banyak pendedahan kepada prospek yang sedang mencarinya. Bukan sekadar melihat atau survey, malah kapal layar boleh ditempah terus dengan serta-merta. Walau bagaimanapun, keputusan yang silap dalam memilih kapal layar bakal memberi kesan yang buruk terutama wang dan juga emosi anda.

 

6 Sebab Utama Anda Perlukan Agen Kapal Layar

6 Sebab Utama Anda Perlukan Agen Kapal Layar

Oleh itu cadangan serta nasihat daripada ejen atau broker kapal adalah penting. Berikut adalah 6 sebab utama anda perlukan agen kapal layar dalam memilih serta mendapatkan kapal layar idaman anda hari ini.

 

  • Ejen kapal layar lebih komited untuk membantu anda. Bayangkan anda menerima panggilan telefon dari seseorang, menjawab soalan dan menetapkan temu janji. Ianya merupakan tugas yang memerlukan komitmen penuh kerana prospek akan beredar sekiranya ejen tidak dapat memberikan kerjasama yang pantas. Namun, jika anda berhubung dengan ejen kapal layar yang komited, anda akan dapat menjimatkan banyak masa dan tidak berdepan dengan banyak masalah.

 

  • Bukan mudah untuk berunding. Setiap individu berharap dapat menjalankan urusan jual beli dengan proses yang mudah dan cepat. Ada sesetengah individu juga tidak berminat untuk mendapatkan nasihat ejen kerana mereka lebih gemar berurusan terus dengan penjual kapal layar yang dianggap lebih telus.Malangnya proses ini bukanlah sesuatu yang mudah. Mungkin anda sebagai pembeli meminati sesebuah kapal layar, tetapi penjual kapal layar tidak menunjukkan minat untuk melayan anda.Oleh itu, ejen kapal layar adalah merupakan orang tengah yang tepat untuk membantu menyampaikan mesej anda. Biarkan urusan rundingan yang rumit diselesaikan oleh pihak yang profesional.

 

  • Bukan semua orang minat akan kertas kerja. Ejen kapal layar yang berpengalaman berurusan dengan kontrak yang ditetapkan oleh penjual kapal layar. Anda sebagai pembeli pasti perlukan kontrak jualan/belian yang melindungi dan memastikan anda mendapat jaminan serta kepuasan semasa membeli kapal layar yang diimpikan. Ejen kapal layar yang berpengalaman tahu bagaimana untuk menggunakan kontrak tersebut dalam membantu anda.

 

  • Ejen kapal layar ternama juga tidak berbohong. Ini adalah reputasi ejen kapal layar. Mereka tidak akan buat sesuatu yang boleh menjatuhkan reputasi kerana urusuniaga jual beli kapal layar ini bergantung pada rujukan dan belian dari pelanggan sedia ada. Ejen kapal layar ini akan sentiasa memberikan servis yang terbaik kepada pelanggan untuk mendapatkan maklum balas yang positif.Jika prospek atau pelanggan berasa curiga, sudah pasti mereka akan menceritakan hal tersebut kepada orang lain. Berita buruk yang tular dengan cepat pasti akan menjejaskan periuk nasi ejen tersebut.

 

  • Bukan semua perkara dipandang remeh. Ada individu yang berfikir boleh terus beli kapal layar tanpa melalui ejen. Mereka tak nak melibatkan ejen untuk jimatkan kos dan sekadar meletakkan bajet mengikut harga kapal layar di pasaran. Ia nampak seperti perkara yang betul, tapi ia boleh menjadi langkah yang salah.Harus diingat, tanpa pengalaman menjual, proses jual beli kapal layar akan menjadi lebih rumit dan sukar lebih-lebih tanpa ada sebarang pengetahuan dan pengalaman. Oleh itu pilihlah ejen kapal layar supaya mereka boleh membantu dan memberi nasihat yang betul pada anda.

 

  • Pengetahuan kapal layar yang betul. Membeli kapal layar perlukan pengetahuan asas seperti pendaftaran, insurans dan visa. Ejen kapal layar yang berpengalaman akan memastikan anda mendapat maklumat yang tepat untuk anda.Begitu juga, sesetengah kapal layar terpakai memerlukan sedikit sentuhan sebelum ia dijual kepada pelanggan. Ejen kapal layar akan memastikan ianya menepati kepuasan pelanggan sebelum diserahkan kepada pelanggan.

 

6 Sebab Utama Anda Perlukan Agen Kapal Layar

Kesimpulan

Hari ini kewujudan portal di internet memudahkan lagi urusan untuk anda membeli kapal layar yang diidam-idamkan. Namun begitu, ia bukanlah semudah membeli komputer atau telefon bimbit secara online. Anda perlukan ejen profesional yang boleh membantu anda membeli kapal layar yang sudah pastinya memerlukan sejumlah wang yang besar.

Jika anda tercari-cari ejen untuk memiliki kapal layar idaman anda, terus hubungi saya di talian 013-5999828. Saya dan pasukan akan berusaha untuk membantu anda memiliki kapal layar yang anda idamkan dengan sebaik yang mungkin.

 

Kapal Layar Mewah Untuk Dijual

Adakah anda seorang yang sedang mencari kapal layar untuk:

  • Percutian peribadi
  • Mesyuarat persendirian
  • Hiburan
  • Sambutan hari lahir
  • Insentif korporat
  • Percutian keluarga
  • Berbulan madu
  • Aktivit memancing persendirian

 

6 Sebab Utama Anda Perlukan Agen Kapal Layar

Sekarang, kami bawakan anda:

Sebuah hotel terapung yang menawarkan semua kemewahan selesa yang dilengkapi dengan penyaman udara. Didatangkan dengan ruang luas yang boleh memuatkan sehingga 40 orang tetamu bagi sesebuah acara Senireka dalamannya mendapat sentuhan pereka yang menyakinkan dengan rekaan gaya maritim.

Ruang utama kapal layar yang dibina untuk keselesaan yang maksima dan digunakan sepenuhnya Bagus untuk menghiburkan pelanggan semasa waktu rehat di malam hari. Rekaan ruang masuk ke dalam kabin pula yang ringkas.

Banyak ruang dalam setiap kabin serta kemudahan yang moden untuk percutian yang selesa. Ia boleh memuatkan sehingga 10 orang tetamu untuk kabin yang terpilih. Sesuai juga untuk jamuan BBQ di dalam dewan makan yang selesa dan bergaya. Ruang atas kapal yang terbuka khas untuk peminat bintang dan matahari terbenam. Kapal layar ini sempurna untuk menghiburkan sekumpulan komuniti yang besar.

 

6 Sebab Utama Anda Perlukan Agen Kapal Layar

Yatch Spesifikasi

Beam: 17.38ft/5.3m

Buit: 1991

Hull: Wood

Length: 96.12ft/29.0m

Draft: 8.86ft/2.7m

Cabin: 6 cabins

Engie: 2 x Hino 715kW

Cruising speed: 8 knots

Max speed: 10 knots

 

☞Lokasi: Pelabuhan Klang / Port Klang Malaysia

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami:

+6013 5999 828

 

Or other else feel free to email at : polaritiplus@gmail.com

6 Sebab Utama Anda Perlukan Agen Kapal Layar

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

24 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!