2018 Hala Tuju Perjalanan Hidup

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, sedar tak sedar sudah menjangkaui tahun baru lagi 2018. Jika menyingkap tentang usia kita sendiri, usia sebenarnya bertambah setiap kali datangnya hari lahir kita bukan perubahan tahun.

Namun bagi setiap orang ada justifikasi mereka sendiri. Impian, harapan dan matlamat juga ada yang berbeza serta yang ada persamaan. Setiap permulaan tahun baru kita akan setkan kembali matlamat tahun baru kita, sama ada secara bertulis, dalam kepala atau senarai berkala setiap bulan.

 

Saya Bukanlah Sesiapa

Saya bukanlah sesiapa yang femes atau popular dikalangan mereka dan anda semua. Saya suka buat kerja diam-diam dan pastikan hasilnya ada serta perbaiki apa yang termampu. Saya tidak popular seperti mereka yang lain dan mungkin tidak berjaya sama taraf dengan anda atau mereka semua.

Apa yang saya buat ialah untuk kehidupan saya dan keluarga saya. Mungkin tidak sempurna di mata orang lain tak bermakna tak sempurna di mata keluarga kita. Tak semua cerita dan kisah hidup dapat dikongsikan secara umum sama ada gagal atau berjaya kita hadapinya.

Saya tidak pernah sesekali mencuba untuk menjadi popular di kalangan anda semua. Sebagai seorang blogger sejak 2010 lagi saya sekadar menulis sekitar kemahiran yang ada sendiri dan masa yang ada sahaja. Sepanjang tahun 2017 tidak banyak artikel yang dapat ditulis di atas faktor masa yang tidak konsisten dalam seharian.

 

Adakah Matlamat 2017 Kita Tercapai?

Perkara yang selalu kita buat ialah apabila menjejaki tahun baru, pelbagai jenis matlamat mula diimpikan. Hampir setiap tahun ada saja matlamat baru yang sentiasa berbeza. Adakah matlamat kita tahun lepas itu benar-benar realistik dan terus menerus impikan matlamat yang baharu lagi?

Apa matlamat tahun 2017 anda yang lalu? Kita sering lupa akan matlamat dan hala tuju kita apabila menjelang pertengahaan tahun. Bahkan ada juga tak sampai 3 bulan pun dah lupa apa matlamat kita. Untuk memastikan semuanya berjalan lancar dan tercapai ada baiknya kita senaraikan impian dan matlamat kita kepada “vision board”.

2018 Hala Tuju Perjalanan Hidup

Senang kalau ada Vision Board sebenarnya agar kita tidak lupa apa yang ingin kita capai pada tahun ini. Sebaiknya setiap matlamat atau impian itu kita tulis sekali tarikh atau bulan berapa yang ingin kita capainya.

Dah ada vision board ada due date nya maka jangan tunggu dan buang masa lagi. Pastikan anda berusaha ke arah menuju impian dan matlamat anda tersebut, bukan sekadar impian semata-mata. Banyak benda boleh diletakkan di vision board ini seperti matlamat kesihatan, kewangan, harta dan aset, percutian, kejayaan atau pencapaian serta juga keluarga tersayang.

 

Minta Maaf dan Selamat Berjaya!

Setakat ini sahaja penulisan ringkas pembuka tahun 2018. Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf jika ada tersilap kata, terkasar bahasa dan sebarang salah silap di sepanjang tahun 2017 serta sebelumnya. Kemaafan ini saya tujukan juga kepada semua rakan blogger, pembaca, sahabat sandai serta sesiapa sahaja yang pernah mengenali diri ini.

Semoga anda semua menjadikan tahun 2018 ini tahun yang lebih bermakna, tahun yang lebih berjaya dan lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Kejarlah apa yang anda inginkan dalam hidup anda dengan pelbagai cara sekalipun. Bahagiakanlah keluarga dan orang tersayang anda dan syukurklah kerana merekalah kita akan sentiasa kuat untuk berjuang.

Yang menulis teruskan menulis, yang berniaga teruskan berniaga, yang bekerja teruskan bekerja. Putaran hidup seharian tetap berpusing dengan cepat. Pastikan dapat apa yang kita impikan dan buat apa yang kita ingin buat dengan cepat. Bagi saya masa yang saya ada hari ini takkan sama dengan masa yang ada esok hari.

Perjalanan kita masih panjang, perjuangan kita belum selesai lagi, banyak perkara yang perlu kita hadapi dan kita masih belum berjaya.

Wassalam.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

30 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!