Cara melupakan sahabat yang jahat antara perkara tidak patut berlaku kerana ramai yang tercari-cari sahabat sejati dan sahabat sehati sejiwa khususnya mereka yang di kalangan mahasiswa/mahasiswi di IPT.
Tidak juga ketinggalan adik-adik yang masih berada di bangku persekolahan. Penulisan ini saya ilhamkan sendiri hasil daripada carian kata kunci ke blog ini, jadi jangan salahkan saya.
Trend Kekecewaan Yang Berlaku
Isu kecewa dengan sahabat atau kawan boleh dikatakan isu kedua yang mungkin besar selepas isu kecewa dengan cinta. Betul kata orang juga “tak ada awek cari kawan, dah ada awek lupa kawan” betul? Ada betulnya buat mereka yang pernah alaminya dan buat yang tak pernah alami sila diam, haha semoga anda tidak terus melupakan hati kawan anda.
Defisinasi kawan dan sahabat berbeza dari sudut rasa, perasaan dan juga kekuatan. Kebanyakan kita lebih mudah dan sensitif untuk kecewa dengan sahabat berbanding dengan kawan, jadi sebelum anda kecewa nilai dulu siapa kawan dan siapa sahabat anda supaya tidak kecewa sia-sia sahaja.
Cara Melupakan Sahabat Yang Jahat
Antara cara-cara melupakan sahabat yang kita tidak suka atau tidak sebulu dengan kita senang saja:
- Keluar ambil angin dulu ketika hati masih panas atau membara.
- Tengok keindahan alam jika jiwa dalam keserabutan.
- Jangan pusatkan pemikiran kita terhadap permasalahan atau pertelingkahan yang sedang berlaku.
- Cari keseronokan yang bisa melupakan permasalahan kita pada waktu itu seperti bermain game, sukan, tengok cerita dan banyak lagi.
- Elakkan sebarang pergaduhan sesama kita, kita semakin matang demi hari jauhkan sikap negatif ini.
- Cari kawan yang baru atau yang lain dan cuba-cuba rapat dengannya mana tahu dia lebih baik?
- Pastikan kita sudah meminta maaf dan memaafkan kesalahan antara kita dan dia kerana ini lebih memudahkan kita melupakan sesuatu yang menyakiti hati kita.
- Mendekatkan diri kepada Allah S.W.T ini bisa membuatkan jiwa dan hati kita lebih tenang.
- Rancang kehidupan kita yang baru tanpa sahabat yang lama atau yang sudah melukakan kita.
- Pasakkan minda dan matlamat kita bahawa tanpa dia kita boleh dan lebih berjaya dengan maju, malah hidup kita lebih baik daripada sebelumnya.
Macam mana? Kuncinya jangan terlalu fikirkan, perjalanan hidup masih jauh, datang dan pergi itu fitrah kehidupan. Ramai lagi yang boleh menjadi sahabat yang terbaik dalam hidup kita. Tapi ingat memutuskan silaturrahim itu tidak digalakkan dalam Islam. Apa pun cara melupakan sahabat yang jahat itu perlulah kita fikirkan kembali, sekali yang bersahabat selamanya kita sahabat kan?
Kesimpulannya
Renung-renungkan kata Luqman al-Hakim kepada anaknya:
“Jika ingin mencari teman, ujilah dia dengan membuatnya marah, jika dia tidak sabar dengan sikapmu itu, maka jauhilah dia…”
25 Comments
Datin Tyka
15 April, 2013 at 1:57 AMSebenarnya, memang susah nak melupakan. Kerana yang “jahat” tu sering teringat ingat
Oneblogsocial
15 April, 2013 at 6:35 AMTerimakasih,sangat membantu.
tengkubutang
15 April, 2013 at 10:17 AMTwitter: tengkubutang
he2.. tp teman lak selalu difikirkan jahat sebab meleupakan kawan2 selepas kehidupan dh berubah.. tp yg sebenarnya teman bukan lg mcm dulu.. teman dh ada komitmen, tp sahabat pula fikir teman dh lupakan diorg.. sedih pun ada..
tengkubutang recently posted…JOM MAIN KELIK2 NAK.. U KELIK I.. I KELIK U? BOLE? =)
onlajer
15 April, 2013 at 2:38 PMAlhamdulilah kawan aku baik – baik
Denaihati
15 April, 2013 at 5:03 PMnama sahabat ni baik ke jahat ke memang susah nak lupa.
Denaihati recently posted…Pondokkecil.com di sini Impian Bermula
Amirul Aslam
15 April, 2013 at 5:43 PMHuhuhu. Mengapo nak lupakan sahabat?
Seharusnya lupakan pertengkaran serta perselisihan faham antara kita dan sahabat kemudian teruslah bersahabat. Alang lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama manusia. 😉
titan
15 April, 2013 at 5:45 PMkasi makan cendol lahh..lagi bagus.
titan recently posted…Masih popular di Melaka dan Johor Bahru
Hazmin Hamudin
15 April, 2013 at 8:30 PMHarap takda la sampai belasah2 macam itu budak sekolah…
Hazmin Hamudin recently posted…Pesanan Ikhlas Dari Perdana Menteri Malaysia
anif
15 April, 2013 at 8:40 PMSibuk-sibukan diri atau cari hobi baru tentu boleh lupa! 😀
anif recently posted…F1 – Mark Webber – Ada Sahaja Yang Tidak Kena!
cik siti
15 April, 2013 at 9:08 PMfirst dgr tips utk lupakan sahabat yg jahat…slalu dok dgr tips nak mlupakan kekasih..huhu
cik siti recently posted…cik siti da kurus?
Mama I.A
15 April, 2013 at 9:30 PMcari kawan yang lebih sesuai dgn kita..yang ‘ngam gitu’ hihi..
Aku Penghibur
15 April, 2013 at 10:10 PMwahhhhh 🙂 entri yang berguna ..tocey2 ..boleh di aplikasikan
Aku Penghibur recently posted…Jangan Ingat Orang Yang Pendiam Tak Pandai , Jangan Ingat Orang Yang Sabar Takkan Mengamuk , Jangan Ingat Orang Yang Setia Tak Boleh Curang
ajumohit
15 April, 2013 at 10:28 PMTwitter: ajumohit
kata orang parutnya tetap ada ;), apapun tindakan memaafkan kesalahannya adalah yg terbaik
ajumohit recently posted…Finding Nemo @ The Pet Safari, Ikano Power Centre
Bean Moreno
16 April, 2013 at 12:55 PMSahabat susah cari kawan senang cari yang kawan tulah senang buat kita marah hehe
Hafizul
16 April, 2013 at 4:07 PMTwitter: pondok_kecil
Sahabat..tak semudah kata..tak seindah rupa..kata-kata yang penuh hikmah daripada Luqman al-Hakim..
Hafizul recently posted…Jadi Anak Yang Baik
Amirez
17 April, 2013 at 12:28 AMmemang membara hati kalau dapat kawan yang jahat, lagi2 kawan tu dulu adalah kawan baik kita sendiri.
suri
17 April, 2013 at 5:37 PMsaya ada kwn syukur semua baik2 belaka walu ada sakit hti tpi itu semua lumrh berkawan
Melastik Bintang Yang Hensem
24 April, 2013 at 4:18 PMsusah sebenarnya nak lupaka….fuh~~~
Asyrof - Blogger Tanah Arab
2 June, 2013 at 5:32 AMSerius, sepanjang saya bergelar manusia ni.
Ketika kita senang, Si A akan merayu gila-gila minta bantuan.
Bila kita susah sedikit saja, nak minta pertolongan Si A, Ya Allah susahnya, Si A sanggup anggap kita ni bukan keutamaannya.
Ya Allah, sabar je. 🙂
terbaek network
16 June, 2013 at 3:16 AMsahabat yang baik akan bersama rakan yang baik dan sahabat yang jahat akan bersama orang yang jahat2..
zuan
28 July, 2013 at 12:43 AMTwitter: unclezuan
hmm kadang sangat kecewa dengan perangai sahabat.. pada ak, salah satu cara nak lupakan adalah luahkan pada sahabat lain tanpa menyebut nama sahabat yang diceritakan..
zuan recently posted…5 Sebab Kenapa Anda TAK PERLUKAN Kitab Teknik SEO Merah Jambu!
titan
13 September, 2013 at 9:48 AMada juga sahabat yang jahat rupanya..
titan recently posted…Tempahan qurban sempena musim raya haji 2013 – eQurban.com
Alin Marlini
7 February, 2014 at 11:09 AMbiar org buat jahat ngan kita jangan kita wat jahat ngan org…hehhee
Alin Marlini recently posted…1 Litre of Tears
rina
27 February, 2015 at 2:54 PMcari teman yang benar-benar klik sama kita itu susah banyak yang berhianat tidak amanah
Syifa Husin
4 June, 2016 at 5:14 AMAssalamualaikum encik. Sy ada sesuatu yg ingin dikongsikan bersama. Moga perkongsian ni, kita dapat refleks dan renungkan sama2. Sy sering juga mencari jawapan utk, bagaimana utk kita melupakan seseorang. Kenapa susah nak move on dan bermacam2 lagi. Sy akui, byk dr pembacaan sy, semua kisah2 tersebut berkisarkan cinta yg xkesampaian antara lelaki dan perempuan. Tapi, bagaimana pula dengan kisah persahabatan yang diuji tatkala kita tunjukkan yg kita sayang dia kerana Allah Taala. Kita pernah ungkap yg kita sayangkan persahabatan bersamanya kerana Allah Taala. Tapi sahabat kita yang tersebut sering tidak ambil endah dengan kita, malah sering salah tafsir kasih sayang yang cuba di tunjukkan sebagai seorang sahabat. Terkadang selama ini kita menganggap dia umpama sahabat yg kita tanamkan impian utk menjadi sahabat nya hingga ke syurga sebab di niatkan persahabatan itu kerana Allah Taala. Tapi sayang, sering di salah erti dan akibatnya kerap berlaku pertelingkahan walaupun puncanya sgt kecil dan remeh. Dengan mudah persahabatan dilupakan apabila dia lebih suka pd org yg mungkin boleh memenuhi citarasa nya dan gaya hidupnya. Mungkin kita xmampu utk menunjukkan kasih syg melalui harta, melalui pengaruh yg kuat dr org sekeliling. Tapi kita mempunyai punya kasih syg yg kita mampu berikan ikhlas dr hati. Sampai ke hari ini sy masih lagi tercari2. Kenapa kita susah move on dr seseorang yg kita anggap sahabat baik. Walaupun terkadang terasa diri hanya dipergunakan bila perlu, walaupun terkadang hati berasa kecewa dgn sikapnya, tp masih lagi ingin membantu dan menolong dia setiap kali dia mencari kita jika bantuan diperlukan. Dan kita masih tahu impaknya atas perbuatan kita apabila, kita umpama madu sepah dibuang apabila segala hajat dan keinginnya dipenuhi. Lalu kita kembali ditinggalkan.