10 Artikel Popular Sepanjang 2017

Assalamualaikum warahmatulllahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Tahun 2018 ini saya banyak lebihkan masa dengan kehidupan realiti berbanding dengan tahun sebelum ini fokus pada pemasaran internet. Alhamdulillah hasil usaha dan kerjasama bersama isteri keputusannya memberangsangkan. Mungkin itulah berkat jika lakukan sesuatu bersama-sama dengan pasangan kita.

Bagi tahun 2017 yang lalu tidak banyak artikel yang berjaya dimuatnaik sepanjang tahun. Namun alhamdulillah juga pendapatan daripada blog ini tidak putus-putus. Bermula sejak dari tahun 2010 yang dahulu sehingga mencecah 5 tahun ke atas ada pelbagai kerjasama secara langsung dan tak secara langsung.

 

10 Artikel Popular Sepanjang 2017

Banyak perkongsian yang ingin dimuatnaikkan sebenarnya. Oleh kerana kesuntukan masa untuk menulis sesebuah artikel atau entri jadi telah diletakkan secara draf. Akhirnya artikel tersebut tersimpan kemas dalam kotak draf sehinggalah setahun.

Alhamdulillah 10 artikel ini popular sepanjang 2017 yang mana telah ditulis bertahun lamanya. Ada juga yang baru ditulis sudah menjadi carian popular sepanjang tahun 2017 yang lepas.

 

10 Artikel Popular Sepanjang 2016

Ini adalah benda yang penting untuk dibawa jika anda travel kemana sahaja. Ada juga yang hubungi saya untuk mendapatkan kompas ini walaupun mereka ingin menunaikan umrah sekalipun. Walaupun kecil dan old school tapi sangat penting untuk kita solat mengikut arah kiblat yang betul. Dapatkan Kompas Kiblat harini!

 

10 Artikel Popular Sepanjang 2016

Artikel yang masih menjadi carian ramai orang iaitu cara delete account facebook. Ada yang cuba salah gunakan dan ada juga yang betul-betul memerlukan cara ini. Jika anda sebagai pemilik account Facebook anda sendiri adalah tidak sukar untuk delete atau padamkan akaun anda. Jika bukan ianya sedikit sukar.

 

10 Artikel Popular Sepanjang 2016

Panduan solat sunat hajat penting bagi mereka yang baru mula belajar melaksanakan solat sunat hajat. Cara dikongsikan adalah antara cara pelaksanaan yang muda untuk diamalkan. Kita dianjurkan untuk melakukan solat sunat hajat setiap hari dalam hidup kita, perlulah memohon kepadaNya melalui solat sunat hajat walaupun sekecil mana pun permintaan kita.

 

10 Artikel Popular Sepanjang 2016

Solat yang mengikat hati kita kepadaNya, keajaiban solat sunat istikharah ini boleh dirasai jika kita amalkannya setiap hari dalam hidup kita. Setiap keputusan yang ingin kita buat kita perlu memohon kepadaNya supaya diberikan petunjuk dan jalan yang benar. Semuanya demi perjalanan kehidupan kita sendiri.

 

10 Artikel Popular Sepanjang 2016

Semua benda perlukan ilmu dan tindakan. Begitu juga kalau nak berucap di hadapan orang ramai pun perlukan panduan seperti teknik pengucapan awam ini. Perkara yang perlu diketahui buat mereka yang ingin memasuki pertandingan pidato, syarahan dan juga penting untuk presentation dalam sesuatu organisasi.

 

10 Artikel Popular Sepanjang 2016

Kita sudah tentu tidak tahu bila kita akan meninggal dunia, lebih mengejutkan jika meninggal secara mengejut. Delete akaun facebook bagi orang yang meninggal dunia sangat penting dengan pelbagai sebab. Ada yang memilih untuk tidak delete facebook setelah meninggal dunia. Namun ianya terpulanglah kepada individu masing-masing, jika semuanya baik mungkin tidak perlu delete.

 

10 Artikel Popular Sepanjang 2017

Artikel yang betul kena dengan masa situasi semasa. Ramai yang mencari tips dan panduan mengenai sebab rezeki susah nak masuk. Banyak perkara yang kita perlu ketahui tentang keajaiban dan keunikan rezeki ini. Mencari rezeki perlulah kena pada caranya dan ianya pasti lebih berkat dan rasa mencukupi.

 

10 Artikel Popular Sepanjang 2016

Kalau dulu beli simkad satu jenis saja saiznya, jadi perlu tahu cara tukar simkad kepada micro sim dan juga nano sim. Sekarang lebih senang sebab kalau beli simkad baru dah boleh pilih dan potong kepada micro atau nano sim. Dah tersedia ada pada kepingan kad asal simkad tersebut.

 

10 Artikel Popular Sepanjang 2017

Ramai yang telah mendapatkan Jus Bidara Syifa Premium ini, alhamdulilah ramai juga yang memberikan respon dan kesan yang positif hasil daripada mengamalkan jus bidara syifa ini secara berterusan selama 3 bulan ke atas. Jus yang telah dibacakan dengan bacaan Syifa dan campuran buah-buahan yang bakal membantu merawat masalah gangguan dan juga dalaman.

 

10 Artikel Popular Sepanjang 2017

Iphone memang mahal dan ramai yang mengutuknya. Namun apabila ada sale dan tawaran ramai juga yang berebut-rebut untuk mendapatkan iPhone ini. Tidak kurang juga dengan set import dan set refurbished yang menjadi kegilaan ramai. Kisah iPhone dan nano sim ini menjadi perhatian buat mereka yang mula menggunakan telefon pintar jenama iPhone ini.

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

7 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!