• Home
  • /
  • Islam
  • /
  • Zakat Fitrah Menyempurnakan Pahala Puasa Ramadhan
Zakat Fitrah Menyempurnakan Pahala Puasa Ramadhan

Zakat Fitrah Menyempurnakan Pahala Puasa Ramadhan

Zakat Fitrah adalah diwajibkan dikeluarkan oleh umat Islam yang telah selesai mengerjakan ibadat puasa sebulan dalam bulan Ramadhan atau lebih baik disegerakan dan selewat-lewatnya adalah sebelum menunai Solat Sunat AidulFitri.

Zakat Fitrah mula disyariatkan pada bulan Sya’aban pada tahun ke-2 Hijrah dan kemudiannya difardhukan ke atas umat Islam pada setiap bulan Ramadhan.

Dalam rukun Islam sendiri terdapat tuntutan dalam menunaikan zakat kepada mereka yang memerlukannya, malah kedudukan menunaikan zakat ini adalah tempat ke-3 sebelum berpuasa di bulan Ramadhan menunjukkan bahawa penting dan wajibnya menunaikan zakat.

Sabda Rasulullah SAW: “Pahala puasa Ramadhan itu tergantung antara langit dan bumi. Zakat Fitrah lah yang akan menyampaikannya….” – Riwayat Abu Hafs Ibnu Shahin

 

Hukum Menunaikan Zakat Fitrah

Menunaikan Zakat Fitrah ini adalah wajib ke atas Umat Islam, adapun beberapa keadaan menerangkan pelaksanaan dan keadaan menunaikan Zakat Fitrah ini seperti berikut:

Wajib – Apabila jatuh matahari akhir bulan Ramadhan
Sunat – Selepas solat Subuh sehinggalah Imam mendirikan solat Sunat Hari Raya
Harus – Bermula dari awal bulan Ramadhan
Makruh – Selepas solat Sunat Hari Raya sehinggalah jatuhnya matahari pada Hari Raya
Haram – Selepas jatuhnya matahari pada Hari Raya

 

Kelebihan Menunaikan Zakat Fitrah

zakat fitrah

Menunaikan zakat membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk turut sama-sama meraikan Hari Raya nanti dengan gembira juga, kita sendiri mengetahui bahawa  tak semua orang senang dan berkemampuan ada yang kaya, sederhana dan miskin.

Dengan pemberian zakat sebeginilah akan mampu membantu mereka juga menyiapkan persiapan menjelang hari raya bagi keluarga mereka nanti.

Antara kelebihan yang ringkas menunaikan Zakat Fitrah ini:

  • Menyucikan amalan puasa seseorang daripada perbuatan yang merosakkan pahala.
  • Menyempurna dan melengkapkan amalan ibadat puasa di bulan Ramadhan.
  • Mengukuh dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama saudara seIslam.
  • Membersihkan jiwa umat Islam dari sifat-sifat keji seperti kedekut, bakhil, terlalu sayangkan harta dan tamak.
  • Menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT atas pemberian rezeki kepada kita.
Rasulullah SAW mewajibkan setiap Muslim mengeluarkan zakat Fitrah, kerana ia membersihkan orang berpuasa daripada kata-kata yang tidak bermanfaat dan keji serta makanan bagi orang miskin. Sesiapa yang mengeluarkannya sebelum sembahyang Hari Raya, maka ia adalah zakat yang diterima Allah SWT. Manakala sesiapa yang mengeluarkannya selepas sembahyang, maka ia adalah sedekah.”
Riwayat Abu Daud,Ibnu Majah dan al Hakim.

Gandakan Amalan Sedekah di Bulan Ramadhan

Bersedekah di bulan Ramadhan juga dijanjikan pahala yang berlipat ganda daripada bersedekah pada bulan yang lain.

Antaranya melakukan amalan sunat di bulan Ramadhan adalah dikira dengan  pahala menunaikan amalan wajib apatah lagi jika kita melakukan perkara sunat yang sangat besar manfaatnya seperti sedekah.

Terkini Program Aqiqah Bulan Ramadhan di Kemboja yang akan dilaksanakan pada 20 Julai sehingga 24 Julai 2013. Berminat untuk menyumbangkan sumbangan anda bolehlah segera ke laman ini untuk membuat tempahan dan bayaran pada pakej mana anda berminat untuk menyumbang atau sedekahkan.

Semoga amalan kita pada bulan Ramadhan Al-Mubarak ini diberkati dan diterima Allah S.W.T.

Wassalam

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

29 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!