• Home
  • /
  • Info
  • /
  • Beli Xiaomi Mi Band 2 Online

Beli Xiaomi Mi Band 2 Online

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca. Artikel Xiaomi Mi Band 2 kali ini adalah sedikit review dari saya secara ringkas. Jika penulisan ini sedikit panjang mohon maaf awal-awal. Setelah selesainya hutang kad kredit memberikan satu rasa yang amat bersyukur dan lega.

Alhamdulillah setelah muhasabah dan kenalpasti Matlamat 2017jadi bolehlah kita bezakan sesuatu kehendak dan keperluan untuk diri kita. Tak semua perkara yang orang lain ada kita perlu juga ada. Mungkin apa yang kawan miliki adalah keperluan bagi dia tapi bukan keperluan bagi kita.

 

Xiaomi Mi Band 2 Pilihan

Xiaomi Mi Band 2

Sikap saya senang sebelum saya beli apa-apa barang atau produk saya akan buat survey banyak sumber dan tempat. Sama juga untuk buat perbandingan antara beberapa produk serta tujuan untuk guna. Memilih Xiaomi Mi Band 2 ini sebenarnya kerana bajet yang ada tidaklah besar.

Tambahan juga untuk penggunaan, saya hanya bercadang untuk guna gajet yang boleh tracking healthy. Apple juga ada produknya sendiri iaitu Apple Watch, jika lihat pada harga memang tak sanggup nak keluarkan duit sebanyak itu semata-mata membeli gajet seperti ini.

Begitu juga jika nak bandingkan Xiaomi Mi Band 2 ini dengan Apple Watch adalah satu perbandingan yang tidak tepat sekali. Tapi jika difokuskan kepada tujuan dan keperluan untuk kegunaan bagi saya Xiaomi Mi Band 2 sudah memadai sama sekali. Tak perlu modal yang besar. Jom baca review ringkas ini.

 

Kelebihan Xiaomi Mi Band 2

Salah satu antara sebab saya memilih Xiaomi Mi Band ini boleh sync dengan applikasi Health di iPhone saya sendiri. Sebelum ini saya memakai jam berjenama Adidas yang bertali besi dan berjarum. Hari ini jam tersebut hampir 12 tahun dan masih berfungsi dengan baik. Jam ini hadiah daripada Abah hasil keputusan straight A dalam peperiksaan SMU dahulu. Alhamdulillah.

 

Harga Mi Band 2

Xiaomi Mi Band 2

Harga untuk fitness tracker ini lebih kurang RM90 sehingga RM120. Ia bergantung kepada seller mana yang anda pilih untuk membeli. Xiaomi Mi Band 2 ini saya beli dari Lazada sahaja.

Jika kita tak ada bajet yang besar amat disarankan untuk memiliki Mi Band ini. Dari segi fungsi sangatlah memuaskan dengan harga yang kita bayar atau duit yang kita keluarkan. Jadi sebelum membeli kita boleh lihat dan bandingkan iklan daripada setiap seller serta review yang ada.

 

Baca review pembeli yang telah membeli daripada seller memudahkan kita untuk menilai sendiri dan menyakinkan pembeli untuk membeli produk daripadanya. Kebanyakan review yang saya baca daripada seller Mi Band 2 ini amat berpuas hati. Barang ini pun cepat sampai dalam masa 2-3 hari sahaja.

Jadi untuk membeli atau memiliki Fitness Tracker seperti ini bagi saya adalah tidak perlulah beli yang terlalu mahal. Pastikan fungsi dan tahap penggunaan adalah sama dengan nilai yang kita keluarkan.

 

Klik terus ke laman web Lazada untuk beli Xiaomi Mi Band 2 ini.

 

Ciri Mi Band 2

Xiaomi Mi Band 2

Spesifikasi Mi Band 2 ini juga menarik perhatian saya sendiri iaitu lebih ringan. Kadang-kadang tangan tak rasa macam pakai jam. Seperti yang menunggang motosikal pergi dan balik kerja, dengan sistem Vibration untuk alert incoming call semasa ride motor adalah penting. Apa je contact nama yang kita tulis di handphone kita akan turut terpapar di skrin Mi Band ini jika ada panggilan masuk.

Jadi kalau rasa panggilan itu daripada orang terpenting dan tersayang bolehlah berhenti di tepi jalan atau tempat selamat sekejap untuk jawap panggilan telefon. Tak adalah orang tersebut telefon kita berkali-kali sedangkan kita tengah ride motor tapi tak angkat telefon atau jawab panggilan. Tambahan juga ianya ringan dan tak membebankan tangan yang memakai. Bolehlah beli satu kalau minat!

Manakala dari segi penggunaan bateri jam ini sangat menjimatkan. Bagi saya sebagai pengguna hampir 3 bulan sudah menggunakannya hanya cas bateri sebulan sekali sahaja. Cas bateri dengan menggunakan usb cable yang diberikan semasa beli Mi Band ini.

 

Ringkas dan Mudah

Xiaomi Mi Band 2

Bagi saya yang dapat dititipkan ialah gajet ini mudah dan ringkas. Malah ia boleh dikategorikan sebagai value for money iaitu sangat berbaloi membeli dan memilikinya dengan harga yang sangat murah. Murah dan berbaloi satu kepuasan yang tak ternilai sebenarnya.

Jika dilihat dari jauh ramai juga yang bertanya benda apa yang saya pakai. Disebabkan skrinnya gelap dan tidak menampakan sebarang perkataan ramai beranggapan ianya seperti satu gelang hitam. Jangan salah sangka ini bukan tangkal tuah dari bomoh!

Dengan sambungan Bluetooth dari telefon pintar anda kepada Mi Band ini segala setting pada jam ini boleh dibuat pada App Mi Fit. Dalam setting aplikasi ini anda boleh set alert untuk Incoming Call, Alarm untuk bangun pagi, mesej masuk, emel masuk dan banyak lagi. Tidak ketinggalan juga aplikasi ini sentiasa mempunyai update dari pihak developer untuk menyesuaikan dan memastikan ianya selari dengan update sistem IOS khasnya.

Sekian setakat ini dahulu secara ringkasnya mengenai Xiaomi Mi Band 2 ini. Artikel ini secara berkongi pengalaman dan bukan sebuah artikel yang ditaja oleh pihak tertentu. Jika berminat dan ingin mencuba memiki Mi Band 2 ini boleh terus pilih dan beli di Lazada.

Wassalam.

 Lazada Malaysia

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

31 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!