Wordpress - I Was Here

WordPress – I Was Here

Hai rakan blogger, jumpa lagi bagi penulisan seterusnya.  Sedar atau tidak saya kini sudah beralih ke WordPress yang baru sahaja dengan usaha sendiri dan pertolongan beberapa orang rakan seperti Datin Tyka, Akma Omar dan Yusuf Ultraman telah membantu saya dalam proses penukaran ini.

Blog Sebelum WordPress

Wordpress - I was here

Sebelum ini saya hanya menggunakan blogspot sahaja yang kini telah masuk tahun ke-3 dengan menggunakan domain sendiri. Walau sudah 3 tahun berada dalam bidang blogspot saya tidaklah hebat dalam SEO seperti blogger lain cuma kalau bab edit atau ubah template dan script itu saya memang boleh buat.

WordPress Janjikan Yang Terbaik

Ini merupakan pengalaman saya dalam customize wordpress blog  ini sendiri iaitu install apa-apa saja plugin semuanya sudah tersedia, tidak perlu pening kepala ubah kod seperti blog dahulu. Install theme wordpress juga amat mudah malah plugin semua saya install sendiri tapi kalau tak faham tanya saja Rakan Blogger saja pasti ada yang akan jawab, terima kasih diucapkan dan juga pakej hosting ini juga di beli setelah mendapat link dan membaca entri penulisan di Denaihati mengenai pakej yang ditawarkan.

WordPress umpama sebuah rumah kepunyaan diri sendiri.

Modal Beli Hosting

Bercakap tentang modal memang dengan cara apa sekali pun kita boleh dapatkan. Saya tidak popular dan tidak sehebat rakan-rakan yang lain tapi alhamdulillah keuntungan pengiklanan di blog saya bulan lepas berjaya dijadikan modal atau bajet untuk membeli pakej hosting di wordpress ini. Saya memang betul-betul minat berblog tapi tidak terlalu mengejar jadi tidak kisahlah sama ada saya masih ingin jadikan blog ini sebagai personal lagi.

Terima kasih buat rakan-rakan yang sentiasa membantu dan memberi sokongan sama ada moral, pendapat komen atau juga hanya pandangan pada blog terdahulu dan wordpress ini.

 Apa pendapat rakan-rakan?

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

33 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!