Ubat Ulser

Ubat Ulser

Tempoh hari ada terbaca cerita mengenai ulser mulut di blog Papa Miz dan tidak menyangka rupanya ia juga hinggap pada saya juga kini.

Situasi sejuk dan panas tidak menentu saat saya intern ini di tambah pula sedikit tekanan dan situasi panas membuatkan dahaga yang amat sangat akhirnya mencetuskan ulser yang berpanjangan hampir seminggu.

Mana tidaknya sakit kena ulser ini sampaikan nak senyum pum terasa bahangnya.

Saya kekurangan air sewaktu berada di tempat kerja saja tapi bila balik rumah pulun air sehabis daya namun ia tidak menjaminkan untuk tidak terkena ulser.

Bila terasa sangat dahaga dan bibir kering saat itu boleh menyebabkan rekahan berlaku pada permukaan bibir kita dan adakalanya sampai pedih-pedih.

Situsinya berbeza bila kita meminum air sewaktu kita dahaga dan sewaktu kita tidak sangat dahaga.

Jadi pada mulanya hanya mencapai sahaja ubat ulser yang berada dalam bekas ubat dek kerana tak tertahan sangat.

Keesokannya bila tengok-tengok semula ubat tersebut sudah tamat tempoh tahun lepas lagi! Haha gelak-gelak lagi dengan kawan tempat kerja.

Ingatkan ok walaupun guna ubat tamat tempoh tapi ternyata ianya tidak memberi apa-apa kesan.

Sakit pun bertambah sehingga tak mampu lagi bercakap.

Nah ubatnya

Silap masuk farmasi laa terkena ubat ulser ini RM16, sakit punya pasal tak fikir dah terus beli.

Senyum tak perlu kata apa-apa ingatkan isinya banyak sekali tapi harapan palsu sangat sedikit isinya.

Cuma ia tak menyakitkan atau pedih semasa sapu ubat ini dekat bahagian ulser.

Sekarang rehat dulu bagi sakit ulser ini sembuh, cuti sampai hari isnin cuti panjang sekali, hehe.

Terima kasih 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

30 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!