U Comment Blog I, I Comment Your Blog

U Comment Blog I, I Comment Your Blog that was the sentence that should blogger used instead You Follow Me, I Follow You Back.

Maaf tersilap cakap orang putih sekali sekala, dah lama tak masuk kuliah rindu pula zaman-zaman speaking dulu sekarang ini main hentam saja nak cakap apa asalkan orang faham dan kerja jalan.

Interaksi sesama blogger ini juga kadang-kadang mencabar kerana masing-masing ada gaya penulisan tersendiri dan yang penting setiap daripada mereka ramai yang pantas menulis tentang apa saja, tahniah kepada mereka ini.

Lihatlah setiap hari berapa orang blogger yang lahir dalam dunia blog ini dengan berbagai matlamat dan tujuan tersendiri.

U Comment Blog I, I Comment Your Blog

Tempoh hari ada terlihat blogger menulis dan mempertikaikan kenapa perlu ada jurang diantara mereka yang menggunakan Blogspot dan WordPress, malah mempertikaikan mengatakan sesetengah blogger memilih untuk tidak komen pada blog yang berplatform Blogspot.

Bagi saya itu bukan isu baru dan ini sudah lama dan saya tidak meletakkan perkara itu pada diri saya sendiri kerana saya pun lahir daripada Blogspot dalam dunia blog ini.

Satu persatu saya pelajar tentang blogspot perlahan-perlahan selamat 3 tahun dan sejak itulah baru bermula melangkah ke alam WordPress dan masih lagi mempunyai Blogspot dan baru sahaja menang kontes selepas Raya ini, Alhamdulillah.

Dapatkan pakej hosting bagi WordPress bermula RM9 sebulan!

Bagi saya mudah saja:

  • Anda komen di blog saya, saya akan komen di blog anda tidak kira anda guna platform apa selagi tidak menyusahkan orang ingin komen dan baca.
  • Saya akan komen mana-mana blog dan jika blogger itu tidak pernah balas komen ke blog ini dalam jangka masa lama, anggap saja ia tidak berminat masuk ke blog kita.

Kenapa Blogspot Menyusahkan?

Saya pun lahir daripada blogspot, namun pembangunan oleh pihak Google sudah mula ingin memudahkan pembaca dan pengomen di blog kita supaya mudah memberikan komen.

Namun tidak dinafikan segelintir daripada mereka mempunyai masalah seperti:

  • Verification word setiap kali komen – Kalau WordPress klik pada saja kotak tanda bukan spammer
  • Ruangan komen berbeza atau tidak diletakkan di bawah entri terus, pembaca terpaksa membuka kotak baru untuk komen. Ini sangat memakan masa kebanyakan mereka mengejar masa dalam membaca setiap blog, tak percaya cuba tanya pada diri anda berapa blog anda kunjungi setiap hari?
  • Komen sistem yang menggunakan G+ dan Discuss pula tidak mempunyai link terus kepada blogger sebaliknya link akan dipautkan kepada akaun pemilik komen tersebut. Ini menyukarkan pemilik blog yang dikomen tersebut untuk lawat kembali blogger yang komen pada blog mereka, tapi kalau rajin tak ada masalah rasanya.

Namun, bagi saya blogspot tidak menyusahkan dan tidak memberi masalah sedikit pun, ada juga kalangan beberapa pengguna blogspot takut untuk komen di blog berplatformkan WordPress.

Mungkin dia ada alasan tersendiri, namun saya pernah mengeluarkan entri cara komen di WordPress.

Dimana Kunci Semua Ini?

U Comment Blog I and I Comment Your Blog

Bagi saya kuncinya amat mudah sekali, pergilah bertebaran di blog orang lain jangan malas.

Baca dan komen saja pada blog tersebut dan tengok tindak balas pemilik blog tersebut.

Tapi jika anda seorang blogger baru dan tidak popular seperti saya jangan menanti durian runtuh sekalipun tapi perlu bersabar dan teruskan bersabar.

Ingat tinggalkan komen yang berkualiti pada blog orang, baru memukau sedikit.

Pastikan blog kita senang orang membaca, tidak berat untuk loading, tidak menyusahkan orang untuk tinggalkan komen dan yang penting ikhlas.

Siapa pun kita dan di mana platform kita berada saya tidak pandang pada pandangan berbeza, setiap kali anda komen di blog ini saya akan lawat kembali ke blog anda dan tinggalkan komen, melainkan saya bercuti seketika ataupun sibuk.

Maaf jika terkasar bahasa, yang penting kita baca entri dan komen pada blog rakan-rakan kita barulah kita boleh kenal dunia blog sebenarnya, hehe.

Ada idea sila tambah di ruangan komen.

#Jadi apa tunggu lagi? – Tinggalkan komen segera 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

76 Comments

Leave a Reply to Azah Cancel reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!