Tukar Sim Card Kepada Micro Sim

Tukar Sim Card Kepada Micro Sim

Tukar Sim Card kepada Micro Sim menjadi sedikit igauan kepada mereka yang sudah lama atau memiliki sim kad lama yang mana cipnya adalah besar berbanding yang terkini.

Sim Card yang lama jika dibanding dengan Sim Card yang terkini agak berbeza saiz cipnya yang berwarna keemasan tersebut.

Sim Card keluaran terkini sudah didatangkan dengan cip yang bersaiz kecil dan memudahkan kita untuk memotongnya kepada saiz yang kecil.

Tukar Sim Card Kepada Micro Sim

Saya adalah seorang pengguna tegar Celcom dan telah bertahun lamanya bersama Celcom. Pilihan telco selepas Celcom adalah Umobile kerana mempunyai ciri-ciri yang diinginkan oleh pengguna masa kini.

Hampir 10 tahun sudah bersama Celcom, saya memiliki nombor telefon Celcom berpakejkan UOX atau lebih dikenali dengan University Pax.

Saya memiliki UOX fasa pertama iaitu had limit umur 25 tahun tak seperti sekarang sudah dikurangkan kepada 23 tahun jika tidak salah saya.

Jadi sim card yang salah miliki ini adalah sim card jenis lama jadi apabila beralih kepada telefon pintar perlulah menukarkan sim card jenis lama ini kepada sim card baru.

Ianya tidak menjadi masalah jika cip sim yang kita miliki tersebut adalah rekaan terkini dan kecil jadi senang untuk ke kedai dan potong.

Dengan keadaan sekarang, saya sedang praktikal agar kekurangan masa  untuk ke Celcom Centre yang berdekatan.

Ada juga melihat di internet beberapa cara menukar sim card lama kepada micro iaitu dengan hanya pergi ke Celcom Centre iaitu ikut sim card jenis apa anda guna kalau Maxis silalah ke Maxis Centre.

Ada yang mengatakan bahawa bayaran adalah percuma jika kita lakukan penukaran Sim Card ini di Celcom Center namun ianya menjadi satu omongan kosong saja apabila saya melangkah masuk ke Celcom Centre kawasan Seremban ini.

Penukaran sim card ini juga dipanggil sebagai renew simcard dengan mengenakan bayaran sebanyak RM10 setiap sim.

Saya ada dua sim celcom tapi tukar satu sudah cukuplah satu lagi simpan dulu guna dekat telefon lama.

Huhu selesai penukaran ini maka saya kembali aktif berInstagram selepas ini 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

57 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!