malaysia best blog 2015 main banner

Malaysia Best Blog 2015

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, tirai 2015 kini dibuka dengan bermulanya penyertaan dalam kontes Malaysia Best Blog 2015. Tajuk artikel ini sudah cukup memukau dan mempamerkan kemegahan tersendiri. Saya percaya penjenamaan sebegini sangat bagus.

Penyertaan dalam pertandingan atau kontes sebegini mengingatkan saya semasa menyertai Kontes Teknik Pengucapan Awam Yang Berkesan dan sehingga kini walaupun kontes telah berakhir saya masih mendapat sesuatu kebaikan daripada artikel tersebut.

Jadi percayalah selagi penulisan anda memberikan manfaat buat pembaca, anda pasti akan mendapat sesuatu daripadanya. Penyertaan dalam kontes Best Blog 2015 di kalangan blogger Malaysia sebenarnya bukan semata-mata sebuah kontes.

10 Senarai Malaysia Best Blog 2015

Setiap orang mempunyai pilihan dan pandangan yang berbeza-beza. Namun bagi saya pemilihan kesemua Malaysia Best Blog 2015 ini berdasarkan pandangan saya sendiri. Blog-blog ini telah lama saya kunjungi sama ada secara diam-diam atau turut meninggalkan beberapa komen di artikel mereka.

Dibawah ini ada lebih kurang 10 Top Malaysia Blog terbaik bagi tahun 2015 yang saya rasakan layak mendapat perhatian dan menjadi laman rujukan dan bacaan semua.

malaysia-best-blog-2015-denaihati-com

Denaihati.com | Malaysia Best Blog 2015

Denaihati.com merupakan sebuah laman atau blog yang penuh dengan informasi dan perkongsian ilmu buat pembaca. Sebuah blog yang sangat aktif sama ada dari segi trafik serta juga mempunyai sebuah network yang besar. Sebuah blog yang sentiasa bergerak seiring dengan slogannya Hidupkan Untuk Memberi, memberi impak besar kepada dunia blogging.

malaysia-best-blog-2015

Multees | Malaysia Best Blog 2015

Multees secara am nya dapat ditafsirkan dengan pelbagai. Bermula dari blog yang kecil-kecil sehinggalah menjadi blog business pada hari ini. Daripada seorang yang lama mendiamkan diri dan mula melonjakkan diri antara Top Affiliate. Saya juga pernah diberikan peluang menulis di blog beliau. Bak kata mudah blog sifu penuh ilmu yang pelbagai seperti tips, info kerja, exam dan SEO.

malaysia best blog 2015

Hasrul Hassan | Malaysia Best Blog 2015

HasrulHassan.com merupakan sebuah blog berplatformkan blogspot. Sejak dari dahulu HH masih setia dengan blogspot ini. Apa intipati yang paling menarik dalam blog beliau adalah ilmu. Tulis blog dengan berkonsepkan sebaran ilmu pasti menjadi sumber rujukan dan panduan buat mereka yang memerlukan. Banyak perkongsian yang boleh kita aplikasikan dari penulisan beliau yang hebat.

malaysia best blog 2015

Eizil.com | Malaysia Best Blog 2015

Eizil.com jikalau bagi mereka yang telah kenal siapa beliau pasti akui kebolehannya. Secara amnnya boleh dikategorikan sebagai antara sifu wordpress pada masa kini. Beliau banyak mengadakan kelas-kelas mengenai ilmu membina blog dan termasuk juga penulisan blog. Eizil juga merupakan salah satu orang kuat Denaihati dan giat menjalankan aktiviti di kalangan blogger.

malaysia best blog 2015

AbangEnsem.com | Malaysia Best Blog 2015

AbangEnsem.com atau Abang Ensem cukup popular dengan perkongsian ilmu hartanah. Layak digelar sebagai pakai hartanah Malaysia kerana giat mengadakan seminar berkaitan hartanah dan seumpamanya seluruh negara. Jika mengikuti setiap perkembangan dari beliau, InsyaAllah anda akan dapat kutip pelbagai ilmu hartanah, juga ada E-book bagi membantu mereka yang memerlukan.

malaysia-best-blog-2015-akma-omar-com

AkmaOmar.com | Malaysia Best Blog 2015

AkmaOmar.com merupakan sebuah blog yang bertag-line kan Lifestyle Blogging, Business, Travel and Opinion Blog. Bagi saya beliau merupakan seorang independent writer tapi penulisan penuh tatatertib serta etika. Pelbagai tips dan info turut dikongsikan dan merupakan antara blogger wanita yang berjaya. Saya sentiasa mengikut update dari penulisan di blog beliau.

malaysia best blog 2015

Kujie2.com | Malaysia Best Blog 2015

Kujie2.com merupakan sebuah blog yang sempoi sahaja menceritakan jalan hidup dengan gayanya sendiri. Penggayaan penulisan Kak Kujie berjaya merungkai perkara yang diperlukan oleh pembaca walaupun hanya berkisar pada kisah hidup sendiri. Saya juga minat kucing dan beliau juga ada menulis tentang kucing dalam blog beliau. Ini menjadikan salah satu daya tarik kepada saya.

malaysia best blog 2015

AhmadFaizal.com | Malaysia Best Blog 2015

AhmadFaizal.com merupakan seorang yang terkenal dengan kaki buat duit online. Tidak ketinggalan juga beliau seorang yang cukup popular buat duit dengan affiliate. Teruja melihat artikel terbitan beliau menceritakan tentang pendapatan daripada hasil jualan affiliate. Walau secara bersahaja tapi input penulisan itu tetap ada pada setiap barisnya serta tarikan untuk sama-sama mencuba.

malaysia best blog 2015

AriffShah.com | Malaysia Best Blog 2015

AriffShah.com atau lebih dikenali sebagai Ariff Shah cukup popular orangnya bagi yang mengenalinya. Blog beliau juga merupakan yang sempoi dan ringkas tidak mengenakan theme yang pelik. Namun penulisannya cukup padat khususnya dalam penulisan mengenai kewangan dan hartanah secara tidak langsung. Gaya penyampaian yang digunakan membuat pembaca memahami situasi semasa.

malaysia best blog 2015

HidupRingkas.com | Malaysia Best Blog 2015

HidupRingkas.com satu blog yang banyak berkongsikan tentang perniagaan. Sebuah blog yang bagus untuk sentiasa dibaca bagi menambah ilmu pengetahuan dan idea dalam bidang perniagaan secara tidak langsung. Penulisan yang berbentuk perkongsian dan gaya yang mudah selaras dengan tag line ingin memudahkan pengurusan  perniagaan dan kehidupan orang lain.

Bonus Best Blog Malaysia 2015

malaysia best blog 2015

Oh! Duit | Malaysia Best Blog 2015

Ohduit.com bukanlah sebuah laman atau blog yang gilakan duit semata-mata, namun merupakan sebuah blog yang cukup memberikan beberapa tanya soal kepada saya sendiri.

Blog yang sudah menjangkaui umur lebih 5 tahun ini tidak sepopular mereka yang lain. Namun bagi saya penulis mempunyai skilnya tersendiri dalam menjana duit dari blog.

Sedikit sebanyak perkongsian beliau mengenai Ebay, bisnes online, pelajaran dan kerjaya. Tidak ketinggalan juga mengenai ilmu SEO dan web-web serta pengetahuan mengenai internet.

Saya sudah membaca artikel penulisan beliau, menarik dengan penggayaan bahasa dan susunan perkataan yang mudah difahami. Tahniah buat pemilik blog OhDuit.com ini.

Ciri Ringkas Malaysia Best Blog 2015

Malaysia Best Blog 2015

Dalam setiap pemilihan dan penentuan kriteria atau ciri terdapat skopnya tersendiri. Pada asasnya kita harus tentukan adakah bagi tahun 2016 kelak, blog kita juga tersenarai dalam Malaysia Best Blog seperti 2015 ini?

Sekurang-kurangnya anda letakkan matlamat untuk hala tuju blog yang anda bina dan perlulah berlandaskan usaha dan strategi dari anda yang berpanjangan.

Hari ini kita perlu percaya dan terima kenyataan bahawa mereka yang disenaraikan dalam kategori Malaysia Best Blog 2015 ini adalah antara mereka berjuang dalam merancang, mengambil tindakan serta meningkatkan pencapaian mereka dari semasa kesemasa.

Sentiasa berusaha meningkatkan kebolehan antara ciri terpenting. Anda bulan lalu anda berjaya menang saguhati sebuah kontes kenapa kita bulan akan datang anda berusaha untuk memenangi tempat dalam kontes yang lain pula? Konsepnya ialah matlamat dan berusaha untuk lebih baik dari sebelumnya – jika ingin berjaya.

Untuk menjadi antara Malaysia Best Blog pada tahun 2016 sebagai contoh. Tempoh masa setahun boleh dikatakan singkat jika strategi kurang. Manakala tempoh masa setahun juga boleh dikatakan sangat mencukupi jika segala perancangan dan pelaksanaan itu kemas dan berjalan dengan lancar. Jadi pengurusan masa dalam pengendalian blog itu amat penting.

Antara beberapa ciri popular yang sudah umum diketahui:

  • Kandungan penulisan artikel yang bermanfaat
  • Artikel yang sangat-sangat memberikan manfaat kepada pembaca
  • Trafik yang statik atau semakin meningkat secara logik
  • Kemesraan blog dengan system engine dan tidak tertumpu kepada satu sahaja
  • Kemesraan pengguna sama ada dari komputer, laptop, tablet dan juga telefon pintar
  • Mempunyai kepelbagai dalam blog yang tidak tertumpu kepada terlalu peribadi
  • Fokus terhadap apa yang ingin diterjemahkan dan disampaikan
  • Aktif dan mempunyai aura positif dalam persekitaran dunia blog
  • Banyak lagi

Setiap orang pasti ada pandangan berbeza-beza mengenai kategori dan ciri untuk Malaysia Best Blog 2015 seperti ini. Namun ini hanya sekadar pandangan saya yang tidak seberapa hebat berbanding yang lain.

Contest SEO Malaysia Best Blog 2015

Artikel ini adalah sebahagian daripada artikel kontes tajaan OhDuit.com bagi mengkategorikan kedudukan carian kata kunci Malaysia Best Blog 2015 di enjin carian internet.

“Mari menyertai contest SEO Malaysia Best Blog 2015 dan anda berpeluang memenangi hadiah utama, wang tunai bernilai ribuan ringgit!! Contest SEO ini dianjurkan oleh Ohduit.com.”

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

35 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge