Top 10 Entri September 2013

Top 10 Entri September 2013

Kini datang lagi dengan statistik bagi bulan September 2013 dengan pilihan 10 Entri popular yang menjadi idaman carian engine secara organik hampir setiap hari di bulan September lalu. Namun ada beberapa entri masih lagi gagah dan setanding dengan statistik entri popular  Ogos 2013 yang lepas.

Sepanjang September menyaksikan saya tidak terputus untuk update blog setiap hari dengan fokus menambahkan lagi kandungan blog secara sederhana dan seimbang setiap hari.

Hasilnya juga boleh tersenyum sedikit berikutan penambahan trafik daripada September dan sehingga kini ia masih lagi bertambah – Alhamdulillah.

Top 10 Entri September 2013

Top 10 Entri September 2013

Jom lihat beberapa Entri Popular sepanjang September ini:

Kompas Kiblat

Sebuah entri info yang sekadar bercerita tentang pengalaman membeli kompas kiblat dan cara menggunakannya mengikut lokasi bagi setiap negeri di Malaysia. Entri ini mendapat carian organik secara tetap hampir setiap hari, malah mendahului pageview setiap hari juga.

10 Cara Melupakan Sahabat Yang Jahat

Entri yang dimuat naik berikutan ada carian kata kunci yang menyelinap masuk ke blog ini pada awal dahulu. Dengan itu wujudlah entri ini dan tidak sangka ia terus mengungguli kedudukan ke-2 entri carian organik secara tetap hampir setiap hari juga.

Revolusi Syria dan Perang Akhir Zaman

Pada mulanya melihat sebuah video yang seorang rakan siarkan di laman FB nya, jadi terasa ingin kongsikan juga kepada umum agar ramai yang mendapat tahu tentang kejadian ini. Buat yang belum menyaksikan videonya bolehlah pinjamkan masa anda seketika untuk melihat video ini.

Tukar Sim Card Kepada Micro Sim

Sebuah lagi entri dimana berkisarkan tentang pengalaman mencari tempat dan cara untuk menukarkan sim card biasa kepada sim card jenis mikro. Entri santai sekadar mencoretkan tentang saat kehidupan sendiri.

Graduan UniKL Diburu Majikan

Sebuah enti santai sekadar teruja dengan paparan akhbar mengenai graduan UniKL yang bakal mendapat pekerjaan tidak kurang 3 bulan selepas tamat pengajian mereka.

Segmen – Saya Mahu Ditegur

Sebuah segmen santai diantara blogger untuk saling menegur tentang rupa dan keadaan blog masing-masing secara blogwalking. Segmen ini mampu memperkenalkan antara muka blogger yang tidak pernah datang ke blog kita.

Sure White Beauty Plus Kolagen

Sebuah entri berbayar yang hampir setiap hari mendapat trafik daripada carian enjin secara organik, walaupun tidak mendapat tempat pertama Google namun cukup sekadar berada di muka pertama Google.com.

Solat Sunat Istikharah

Sebuah entri perkongsian hasil daripada pengalaman diri sendiri dan disokong dengan beberapa ulasan ringkas mengenai petanda selepas solat Sunah Istikharah ini. Entri ini juga turut mendapat carian Google di muka pertama hampir setiap hari. – Alhamdulillah 🙂

Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog

Sebuah entri yang bernilai yang berada dalam kategori kontes. Entri ini juga mendapat perhatian ramai blogger dengan komen serta pendapat mereka tersendiri. Alhamdulillah saya menang kontes ini tempat ke-2.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

30 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!