Top 10 Entri Oktober 2013

Melihat kepada pergerakan pada bulan Oktober  yang baru sahaja kita tinggalkan, saya telah berjaya mengubah sedikit kedudukan entri popular bag menghalang sedikit persamaan entri pilihan buat pembaca. Bulan Oktober juga melihat perubahan mendadak dari segi trafik masuk ke blog ini dan boleh dikatakan paling tinggi diantara bulan-bulan lain.

Boleh juga tersenyum indah lagi hasil bulan lalu dengan beberapa eksprimen yang terjawab selama ini.

Saya sarankan blogger lain juga boleh cuba tingkatkan dan buat kelainan statistik bagi setiap bulan dari segi entri popular sebegini.

Top 10 Entri Oktober 2013

Jom lihat beberapa entri popular sepanjang Oktober ini: (Klik pada tajuk untuk baca entri)

 

Cara Delete Akaun Facebook Orang Yang Telah Meninggal Dunia

Entri ini sudah berjaya mengatasi entri Kompas Kiblat yang sudah menjadi top entri selama beberapa bulan sebelum ini. Entri ini ditulis hasil daripada pertanyaan di kotak komen oleh seseorang pembaca bukan seorang blogger.

Kompas Kiblat

Seperti yang dijangkakan entri ini tetap lagi popular walaupun sudah berjaya diubah sedikit dengan kehadiran entri baru. Namun entri info ini juga masih setanding dengan entri pertama, mendapat bacaan tertinggi setiap hari.

6 Cara Hack Password Facebook & Twitter

Perubahan mendadak selepas entri delete akaun Facebook dinaikkan, entri ini sudah lama berada dalam blog ini tapi sentiasa juga mendapat kata kunci yang hebat setiap hari. Ramai juga sakit hati baca entri ini.

Tukar Sim Card Kepada Micro Sim

Boleh tahan juga eksperimen ini, tulis sekadar menceritakan saat pergi menukarkan sim card di kedai namun mendapat bacaan yang tinggi juga setiap hari.

Solat Sunat Istikharah

Sama juga entri ini yang berada di carta dan tempat yang sama seperti bulan September yang lalu. Penulisan hasil daripada pengalaman sendiri bagaimana mempraktikkan cara mengerjakan solat Sunat Istikharah dengan penuh tatatertib.

Cara Delete Account Facebook Yang Sudah Lupa Password dan Emel

Entri ini juga boleh dikatakan sakit hati tapi tak mengapa hasil pertanyaan oleh seorang pembaca melalui emel. Bagus juga pertanyaan beliau tapi rasa sangsi juga macam mana boleh lupa.

Sure White Beauty Plus Kolagen

Sebuah entri yang berada di kategori Advertorial yang sudah lama berada di blog ini, boleh cuba cari di Google untuk kepastian. Menarik juga entri lama baru naik populariti bacaan mungkin ramai yang ingin beli produk ini.

Teknik Pengucapan Awam Yang Berkesan

Sebuah entri yang berada di kategori Kontes di blog ini, entri ini lebih berbentuk kepada tips dan info hasil ulasan daripada pengalaman yang dihadapi sendiri.

10 Cara melupakan sahabat yang jahat

Entri ini ramai yang tidak setuju, tapi jangan salah sangka ini juga antara pertanyaan emel kepada saya oleh seorang pembaca. Entri ini sudah lama berada di blog ini dan semakin mendapat bacaan setiap hari.

Cara Pantas Menurunkan Berat Badan

Entri ini berada di kategori tips dan menarik juga kerana walaupun baru sahaja dituliskan dan terus mendapat beberapa carian organik setiap hari. Jom baca kalau nak betul-betul nak kurus.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

24 Comments

error: Content is protected !!