Top 10 Entri Ogos 2013

Top 10 Entri Ogos 2013

Menulis dan terus menulis setiap hari bagi menambahkan kandungan blog dan menjana trafik secara berterusan. Top 10 Entri Ogos 2013 ini sedikit terlambat update kerana kesibukan memanjang pada minggu ini.

Sepanjang Ogos menulis blog menyaksikan proses kembali saya ke dunia blog setelah berehat seketika semenjak Ramadhan yang lalu, namun pergerakan blog boleh dikatakan alhamdulillah tidak mengecewakan.

Top 10 Entri Ogos 2013

Jom lihat beberapa entri Popular sepanjang Ogos 2013 ini.

  • Kompas Kiblat 

    Sebuah entri yang berada di bawah kategori info, penulisan ini pada mulanya sekadar berkongsikan saya telah membeli kompas kiblat dan kongsikannya dalam bentuk penulisan secara tidak langsung entri ini menjadi “entri nyawa” harian kepada blog ini.

  • 10 Cara Melupakan Sahabat Yang Jahat 

    Seterusnya ramai yang tidak bersetuju dengan tajuk entri ini, sebenarnya entri ini adalah dipaparkan hasil kemasukan kata kunci ke laman blog ini. Pada mula, saja ingin mencuba apakah hasil kita update entri hasil daripada kemasukan kata kunci ke blog ini dan inilah hasilnya menjadi “nyawa” juga kepada blog yang berada di bawah kategori tips.

  • Sure White Beauty Plus  Kolagen 

    Tidak menyangka juga bagi saya seorang penulis, sebuah entri yang berada di bawah kategori Advertorial turut menjadi entri popular. Entri ini sering mendapat organik trafik dan sentiasa juga menjadi entri popular setiap bulan. Buat yang belum baca lagi entri ini, silakan terjah 🙂

  • U Comment Blog I, I Comment Your Blog 

    Entri ini juga antara entri panas yang berada di bawah kategori Blogging. Entri ini dimuatkan naik setelah memerhatikan beberapa blogger berbicara tentang ada sesetengah blogger membezakan antara platform Blogspot dan WordPress dalam meninggalkan komen, membaca dan melawat. Jadi baca lagi untuk ketahui isinya dan lihat juga komentar blogger tegar.

  • Jadual PIKOM PC Fair 2013 Ke-2 

    Entri ini sudah mula dimuat naik ke blog sebelum raya lagi dalam kategori info. Tertarik untuk berkongsikan jadual PIKOM PC Fair ini bagi siri ke-2 selepas melihat jadual PIKOM PC Fair yang pertama mendapat sambutan traffik yang baik.

  • Ada Rasa Aura Merdeka? 

    Ini adalah sebuah entri perkongsian secara tidak langsung yang berada di bawah kategori Lifestyle. Entri ini di tulis sebagaimana yang saya rasa dalam hidup saya hari ini, semangat sambutan kemerdekaan tidak semeriah seperti dahulu. Namun coretan penulisan ini menjadi menarik dengan beberapa pandangan berbeza daripada blogger yang meninggalkan komen pada entri ini.

  • Kalau Aku Kaya 

    Entri kalau aku kaya sebenarnya adalah entri yang berbentuk Kontes anjuran Denaihati dengan ganjaran DuitRaya. Namun tidak menyangka beberapa kata kunci mulai masuk ke entri ini selepas beberapa hari memaparkan entri ini. Alhamdulillah dengan menyertai kontes mudah ini, saya mendapat duit raya daripada Denaihati.

  • Solat Sunat Istikharah 

    Seperti dikatakan yang suka kongsikan apa yang saya alami, yang saya ada dan yang saya telah lakukan. Entri Solat Sunat Istikharah ini saya sendiri lakukan sebelum saya tuliskan kembali ke dalam blog ini dalam kategori Islam. Jika pembaca perasan dalam entri ini saya betul-betul tekankan cara yang betul mengamalkannya dan ia adalah berdasarkan pengalaman yang saya sendiri buat.

  • 4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi 

    Entri ini juga boleh dikatakan entri separa Advertorial walaupun diletakkan dalam kategori Tips. Entri ini diulas kembali daripada pembacaan saya di beberapa laman lain dengan sokongan mendapat tajaan daripada Zalora Malaysia dengan tawaran tertentu.

  • Bagaimana Cara Mencari Sahabat Lama?Entri ini juga adalah entri yang cuba dinaikkan setelah tajuknya saya dapati daripada kata kunci harian yang masuk ke blog ini. Dalam masa yang sama juga yang mempunyai hajat, pengalaman dan cerita kehidupan saya yang sama untuk mencari sahabat yang lama dan ia diletakkkan dalam kategori tips. Jom terjah jika anda ada idea tersendiri.

Sekian ini setakat ini sahaja, terima kasih kepada semua blogger, pembaca dan pelawat blog ini. 🙂

 

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

20 Comments

error: Content is protected !!