• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Tips Sebelum Membeli Telefon Pintar
Tips Sebelum Membeli Telefon Pintar

Tips Sebelum Membeli Telefon Pintar

Tips sebelum membeli telefon pintar adalah antara tips yang anda perlu ketahui sebelum anda berkunjung ke mana-mana kedai telefon untuk membuat pembelian berikutan kebanjiran kehadiran telefon pintar di pasaran.

Dengan kehadiran Pakej Komunikasi Belia juga ramai yang berminat untuk memiliki telefon pintar peribadi masing-masing walaupun dengan hanya Rebat bernilai RM200 sahaja ia tetap menjadi rebutan ramai.

Pakej Komunikasi Belia kini sudah tamat dengan mencukupi kuotanya mencecah sebanyak 1.5 juta sepertimana yang diumumkan pada awal pelancaran terdahulu.

Namun Pakej Komunikasi Belia ini tidak akan menghampakan kerana bakal dilancarkan semula pada 3 September 2013 ini dengan syarat setelah lulus memohon pakej ini anda mempunyai masa 3 minggu sahaja untuk menebus di kedai telefon yang dilantik.

Tips Sebelum Membeli Telefon Pintar


Tips sebelum membeli telefon pintar ini adalah hasil daripada idea sendiri setelah mencubanya dan mengalaminya sendiri.

Kebanjiran dan kewujudan telefon pintar ini membuatkan kita rambang mata dalam memilih apakah jenis telefon pintar yang sesuai dengan kita.

#Bajet Sendiri

Adalah menjadi yang terbaik apabila sebelum menentukan bajet kita sendiri berapa dan berapakah had perbelanjaan kita terhadap pembelian telefon pintar ini.

Jangan terlalu banyak membelanjakan wang ringgit kepada telefon pintar terutamanya telefon yang terlalu cepat dan banyak edisinya di pasaran.

Kejatuhan harga telefon pintar yang anda miliki hari ini akan berlaku dalam masa 6 bulan selepas pengeluarannya.

#Jangan Beli Pada Awal Pelancaran

Tidak perlu untuk menunjuk-nunjuk anda mampu memiliki telefon yang baru keluar di pasaran sedangkan anda membelinya pada harga lebih RM2k sedangkan selepas 6 bulan kemudian orang lain mampu membeli telefon yang sama dan original pada harga yang lebih rendah.

#Bezakan Spesikasi Telefon Pilihan

Ini adalah antara perkara yang penting anda memilih telefon pintar bukan berdasarkan luaran semata-mata.

Setiap edisi yang dikeluarkan mempunyai pro dan kontranya tersendiri.

Bagi peminat telefon pintar mereka akan merasakan sendiri, model terdahulu lebih baik daripada kelajuannya manakala keluaran terkini lebih baik daripada segi storage dan high definition, kamera dan sebagainya.

Selain daripada itu, anda perlu tahu setiap spesifikasi telefon pintar yang anda ingin beli sebelum ke kedai.

Sekurang-kurangnya bila sampai ke kedai anda sudah tahu spesifikasi telefon pintar tersebut walaupun cuba diterangkan kembali oleh promoter kedai tersebut.

#Beli Secara Tunai

Prinsip perbelanjaan yang terbaik adalah beli secara tunai dan selepas pembelian anda tidak mempunyai lagi komitmen terhadap kedai tersebut kecuali waranti pada telefon pintar tersebut.

Pembelian secara tunai dilihat adalah lebih wajar pada telefon pintar sebegini kerana jika anda tidak mampu membeli anda boleh lagi menyimpan dahulu wang untuk cukupkan membeli telefon pilihan anda.

#Survey Banyak Kedai

Antara perkara yang tak suka dibuat orang adalah mencari perbezaan setiap kedai telefon  terhadap target telefon yang ingin di beli.

Perlu diketahui tak semua kedai meletakkan harga yang sama kerana masing-masing ada target tersendiri.

Sebagai pembeli kita haruslah bijak membuat pilihan dengan pergi ke beberapa kedai untuk bandingkan sendiri harga yang mereka tawarkan.

Adakalanya perbezaan harga hampir mencecah RM200 pada satu-satu telefon pintar tersebut.

Selepas Membeli Telefon Pintar?


Selepas membeli telefon tersebut, perkara pertama dengan pembelian tersebut jangan menyesal jika telefon yang anda beli tersebut mempunyai perbezaan harga pada kedai lain.

Guna dengan sebaiknya dan sehabis boleh, elakkan daripada menjual kembali telefon tersebut.

Ini kerana penjualan kembali telefon tersebut terlalu rendah nilainya daripada harga beli lagi-lagi siri terbaru telah keluar.

Jika ingin jual juga, jual kepada rakan-rakan atau lebih senang elakkan daripada jual di kedai.

Jika anda punyai idea dan pendapat tersendiri mengenai Tips Sebelum Membeli Telefon Pintar ini bolehlah kemukakan secara berhemah di ruangan komen.

Sekian 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

36 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!