Tips Rumah Tangga

Tips Rumah Tangga

Tips rumah tangga – saya sendiri sering mencari akan kesempurnaan dalam memahami tips rumah tangga ini. Bagaimana cara kita mencipta sebuah rumah tangga bahagia sedangkan  tanpa panduan sedangkan setiap pelusuk kehidupan kita, kita memerlukan panduan dan nasihat.

Maka bagi saya tips rumah tangga sangatlah menjadi satu kewajipan serta asas utama dalam membina sebuah keluarga bahagia hingga ke akhir hayat.

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula sebuah hubungan suami isteri yang tinggal sebumbung…”

Kehidupan Suami Isteri

Tips Rumah Tangga

Membaca kisah yang menyentuh perasaan dan jiwa sendiri di laman Denaihati membuatkan saya rasa terpanggil untuk menulis sebuah entri mengenai tips rumah tangga.

Kisah tersebut juga mengingatkan saya tentang entri yang saya karangkan bertajuk Jodoh Itu Bukan Milik Kita di laman lain beberapa bulan yang lalu.

Kejatuhan saya dalam membina sebuah hubungan memberikan sebuah impak dalam kehidupan namun Allah itu Maha Kaya dan Pengasih.

Dia tidak mahu hambaNya terus menerus berada dalam kesedihan dan kegusaran setelah siang dan malam berdoa padaNya, jalan untu bangki kembali telah pun Dia tunjukkan. Alhamdulillah.

Kita sedari sendiri siapa pun pasangan cinta, jiwa, kasih dan isteri sekali pun jodoh tetap bukan milik kita 100 peratus…”

Tips Rumah Tangga

Tips Rumah Tangga

Tips rumah tangga ini mungkin berguna untuk siapa yang sedang mencari tips dalam membina sebuah keluarga bahagia dan selesa.

Kita kena fahami dalam kehidupan berumahtangga  bukan mudah seperti kita hidup ketika waktu bujang dahulu.

Sungguhpun penulis sendiri belum berumahtangga namun pandangan ke depan hari sudah terjangkau dan dirangka bermula hari ini.

  • Kenali pasangan secara total
    Pasangan kita tak kira suami atau isteri mempunyai sikap atau sifat yang berubah-ubah. Jadi mengenalinya secara mendalam dan menyeluruh membuatkan kita mampu menjangkakan perubahan bakal berlaku.
    Kenali sikap dan sifat, kelemahan serta kekuatan pasangan akan memberikan kita satu persediaan yang baik, contohnya jika kita mengalami perselisihan faham maka saat ini lah kita mencari kelemahannya untuk memujuk.
  • Lebihkan ruang masa bersama
    Luang lebih banyak masa disini bermakna kita harus menggunakan sebanyak mungkin masa dalam kehidupan seharian kita bersama pasangan. Kemana saja pergi bawalah suami atau isteri bersama.
    Ini amat digalakkan sekurang-kurangnya suami/isteri tahu dan kenali siapa kawan kita yang sentiasa kita bersama.
    Jangan letakkan ‘kongkongan” itu di depan namun sebaliknya letaklah “inilah pasangan saya dan dia berhak tahu siapa kawan dan bagaimana saya dengan kawan saya.”
  • Belajar dan Baca Al-Quran Bersama
    Inilah salah satu keindahan dan kemanisan dalam berumahtangga. Walaupun saya seorang yang masih bujang jauh di sudut hati saya ingin mengajar dan memastikan isteri saya kelak khatam al-Quran dengan saya sepanjang hayat hidup bersama.
    Memastikan pasangan hidup kita memahami ajaran agama merupakan satu tanggungjawab besar seorang suami.
    Ini adalah satu kewajipan yang sebenar-benarnya bagi seorang suami buat isteri.

Suami tidak akan dilihat tidak sempurna jika tidak mampu membawa pasangan anda ke tempat pelancongan, berbelanja mewah, bersuka-ria. Namun suami akan dipertanggungjawab kelak  andai tidak memberikan ajaran agama kepada isteri, tidak memastikan isteri menutup aurat serta mendidiknya sebaik mungkin.

Dari Penulis

Jadikan isteri dan suami tempat kita menyempurnakan amal ibadah kita bersama-sama sangat digalakkan. Bukan sekadar untuk gembira atau seronok, sesungguhnya perkahwinan itu menyempurnakan sebahagian daripada iman kita

Entri ini ditulis selepas membaca entri yang menyentuh jiwa bertajuk Suami Isteri Bukan Untuk Dimiliki di Denaihati.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

23 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!