• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Tips Menjual Air Balang di Bulan Ramadhan

Tips Menjual Air Balang di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan hampir tiba dan ia antara bulan yang dinantikan oleh semua umat Islam. Dibawakan tips menjual air balang di bulan ramadhan kali ini khas untuk peniaga-peniaga. Bazar Ramadhan sangat popular dengan gerai-gerai air balang, bukan satu. Bahkan hampir berpuluh-puluh gerai juga jual air. Adakah anda salah seorang atau bakal menjual air balang di bulan Ramadhan kali ini?

Tahun-tahun terdahulu ada saya kongsikan tentang bisnes Putu Bambu dan Cara Berniaga Air di bulan Ramadhan. Mungkin boleh buat sedikit rujukan dan panduan untuk tahun ini lagi.

 

Tips #1: Pastikan Anda Mempunyai Lesen Perniagaan

Tips Menjual Air Balang di Bulan Ramadhan

Mempunyai lesen perniagaan adalah satu kewajipan untuk berniaga pada hari ini. Jadi ini juga ibarat seperti lesen memandu yang perlu kita miliki secara sah sebelum memandu di jalan raya. Mudah saja pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mendaftarkan perniagaan kita.

Kalau dah ada lesen jadi tak adalah kes kena angkut dengan Majlis Perbandaran sewaktu berniaga. Tambahan juga antara syarat untuk memiliki tapak perniagaan Bazar Ramadhan kita kena ada lesen berniaga. Bukan setakat nak berniaga dalam bulan Ramadhan saja lepas ni kalau ada apa-apa urusan bank ke pinjaman ke boleh jadi mudah sebab mempunyai bisnes yang berdaftar. Biarpun berniaga kecil-kecil tapi kita ada nama perniagaan kita sendiri.

Sesetengah negeri juga meletakkan syarat agar kita mendapatkan lesen perniagaan dengan Majlis Perbandaran Tempatan di kawasan kita nak berniaga nanti. Tak apa ini memang satu urusan yang wajib ditempuhi pada permulaan seorang peniaga.

 

Tips #2: Ketahui Modal dan Kos Menjual Air Balang

Tips Menjual Air Balang di Bulan Ramadhan

Dalam perniagaan atau bisnes modal menjadi pokok utama selepas menjana idea. Idea dan matlamat kena kuat tak boleh sekadar atas kertas semata-mata sahaja. Jadi untuk berniaga di bazar Ramadhan modal tidaklah sebesar membuka sebuah restoran tetap.

Apa yang kita perlukan pertamanya tentukan berapa jenis air balang yang kita nak jual. Berapa banyak balang yang perlu kita beli, saiznya kecil sederhana atau besar kita perlu tentukan sendiri. Meja untuk gerai kita semasa berniaga nanti, payung gerai besarnya mestilah sebaik-baiknya menutupi meja dan alat-alat berniaga kita. Bukan setakat nampak kemas pelanggan pun rasa tertarik nak ke gerai kita.

Kita digalakkan buat sedikit buku kira-kira bagi mencatit kos-kos atau modal yang kita keluarkan untuk berniaga air ini. Contohnya kalau berniaga air buah, berapa kilogram kah sehari kita perlu sediakan buah dan berapa hasil jualan air buah tersebut.

Kita tak semestinya perlukan sistem yang betul-betul perfect. Tapi kita reka sendiri sistem yang memudahkan kita untuk mengira kembali modal yang kita keluarkan berapa lama kita dapat kembali. Modal ini termasuklah juga lesen berniaga, meja kerusi, lampu, balang, mesin air, blender dan sebagainya.

Perkara pertama disini anda harus ingat ialah anda harus mula mencatat setiap sen dan setiap ringgit yang anda keluarkan untuk sediakan bisnes air balang anda. Seterusnya anda juga harus mencatat setiap sen dan setiap ringgit hasil jualan anda setiap hari. Jangan lupa!

 

Tips #3: Ketahui Cara Tarik Pelanggan

Tips Menjual Air Balang di Bulan Ramadhan

Bagaimana ingin memastikan gerai jualan air anda mendapat perhatian dan tarikan pengunjung bazar? Selain menyediakan pilihan berbagai jenis air balang kita juga perlu kreatif. Biasanya kalau kita ke bazar Ramadhan ramai peniaga yang menjerit-jerit mempromosikan gerai jualan mereka. Ada juga peniaga tidak turut menjerit-jerit tapi tetap ramai pelanggan membeli.

Sebagai peniaga kita harus ada sikap jujur dan iklas dalam berniaga. Adadi kalangan peniaga boleh memberikan harga jualan air murah berbanding dengan gerai lain. Ada juga menjual dengan harga yang sedikit tinggi atau berbeza dengan peniaga lain tapi tetap laris jualannya.

Kalau anda sebelum ini berniaga sebagai peniaga biasa-biasa sahaja. Kini tiba masanya menjadi peniaga luar biasa supaya pulangan bisnes air balang di bazar Ramadhan lebih lumayan dan berkat.

Ini juga termasuk dengan cara layanan kita kepada pelanggan, senyuman. Resipi air balang yang terbaik dan jenis air yang betul-betul kena dengan tekak orang berpuasa. Air yang menepati cita rasa dan boleh hilangkan dahaga berpuasa perlu dititik beratkan.

Contohnya air soya sangat popular di bulan Ramadhan. Kebiasaannya Soya Cincau mungkin boleh tambah lagi keunikan soya selain dari soya cincau.

Menjual air balang ini tak susah sebenarnya. Kerana waktu musim panas sebegini ramai akan mencari air yang tak bersusu dan mampu melegakan tekak yang kehausan.

Jadi pastikan gerai anda lebih unik berbanding dengan yang lain. Tambahan juga akan membuatkan pelanggan akan datang lagi ke gerai anda.

 

Tips #4: Pilih Lokasi Bazar Paling Hot

Tips Menjual Air Balang di Bulan Ramadhan

Sebulan atau dua bulan sebelum menjelang bulan puasa. Peniaga-peniaga bazar sudah mula berebut mendapatkan tapak-tapak lot bazar mereka. Siapa cepat dia dapat. Pemilihan tempat-tempat strategik adalah penting kerana purata pengunjung bazar Ramadhan lebih ramai berbanding tempat-tempat biasa.

Tapak bazar yang dibuka khas semasa bazar Ramadhan mempunyai rating pengunjung yang tinggi. Ini kerana jumlah pengunjung akan lebih ramai ke tempat begini. Tambahan itu juga jumlah gerai atau lot tapak gerai juga lebih besar. Jadi ini akan membuatkan sainga peniaga lebih besar tapi ini tidak menjadi masalah kerana kapasiti jualan akan lebih besar.

Tapak pasar malam yang digunakan sebagai tapak bazar Ramadhan juga adalah kawasan yang bagus. Ini kerana kawasan ini kebiasaannya lebih dekat dengan kawasan perumahan dan sudah dikenali.

Kalau pilih tempat yang besar modal pun kena besar sedikit agar dapat menampung jumlah jualan dari pelanggan yang ramai.

 

Tips #5: Ketahui Jualan Air Popular di Bazar Ramadhan

Tips Menjual Air Balang di Bulan Ramadhan

Konsep menu air balang ini sebenarnya antara kunci terpenting. Pemilihan menu jualan air balang yang tepat bukan sahaja menarik pelanggan membeli digerai kita tetapi ini antaras salah satu langkah mengelakkan pembaziran. Membazir jadinya apabila ada air yang tak terjual dan sangat sedikit jualannya.

Ada baik jual 5 jenis air tapi habis kesemuanya daripada menjual 10 jenis air tapi hanya 7 sahaja yang terjual. Jadi untuk pastikan anda menjual jenis air yang menepati cita rasa penduduk setempat. Lain orang lain tekaknya jadi ambillah yang majoriti menjadi kegemaran pembeli. Caranya mudah kena perhatikan trend pembeli untuk seminggu pertama. Untuk elakkan tidak rugi perlukan perubahan segera dan sentiasa ada perubahan sepanjang berniaga.

Jangan ketinggalan juga buat peniaga diluar sana untuk mendapatkan resepi seperti berikut:

  • Resipi Terbaik Jus Kedondong Asam Boi
  • Resipi Terbaik Coconut Shake
  • Resipi Terbaik Jus Durian Belanda
  • Resipi Terbaik Air Soya

 

Klik sahaja pada Panduan Menjual Air Balang di Bazar Ramadhan ini dan dapatkan secara PERCUMA RESIPI TERBAIK jus air di atas segera!

 
Tips Menjual Air Balang di Bulan Ramadhan

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

19 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!