• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Tips Meningkatkan Penulisan di Blog
Tips Meningkatkan Penulisan di Blog

Tips Meningkatkan Penulisan di Blog

Tips meningkatkan penulisan di blog menjadi salah satu carian kata kunci ke laman blog ini sejak dua tiga hari ini, jadi saya berbesar hati ingin memuat naikkan dengan ulasan saya tersendiri.

Ramai yang memiliki blog dan ramai yang ingin menjadi blogger yang berjaya dan saya juga masih lagi ada keinginan seperti mereka yang lain.

Hari demi hari kita juga harus tingkatkan kualiti dan pencapaian kita dalam dunia blog bukannya berterusan berada pada tahap yang sama jika tidak bagaimana ingin berjaya dalam dunia blog yang penuh cabaran ini.

Tips Meningkatkan Penulisan di Blog

Tips meningkatkan penulisan di blog ini adalah bukannya dicedok daripada mana-mana laman yang lain, namun saya tulis dan ulas kembali mengikut pendapat dan pengalaman saya sendiri.

Tips ini sudah biasa kita dengar namun ia sukar untuk diamalkan setiap hari oleh kita sebagai blogger dek kerana kita ada semangat yang naik turunnya tidak tentu masa.

Maka terpulang pada diri sendiri apakah kita betul-betul mahu atau sekadar hangat-hangat tahi ayam.

Tips ini hanya mempunyai ringkasan 3M.

Menulis

Ya, anda haruslah menulis dan menulis sekerap yang mungkin namun kekerapan itu bukanlah bermakna setiap selang satu jam.

Cukup sekali sehari saja penulisan anda dan yang lebih terbaik adalah daripada anda sendiri bukannya dicedok daripada mana-mana laman yang lain atau lebih berkonsepkan anda ulas semula isi-isi utama akan sesuatu topik.

Ingat ulas sendiri bukannya salin ayat dan tambah ayat sendiri.

Dengan menulis anda melatih diri dan otak anda untuk bekerja memerah otak untuk menulis dan mengolah penulisan anda dengan gaya tertentu dan juga bagi memastikan penulisan tersebut difahami dan sampai maksudnya.

Membaca

Membaca pula bukan sekadar membaca buku tapi harus kita faham untuk kita menulis kita perlukan penggunaan otak dan pemikiran.

Namun jika kita cuba memerah otak tapi kita tiada input yang berguna perkara ini amat sukar.

Jadi amalkan membaca info-info yang kita perlu untuk mengulas dalam penulisan kita.

Menjadi lebih baik juga jika kita baca penulisan entri rakan-rakan blogger yang lain atau yang lebih menjadi contoh ramai, ini perlu kita dapat belajar bagaimana cara mereka menyampaikan penulisan mereka dan memberikan kefahaman kepada pembaca.

Penulisan sebegini sentiasa mendapat tarikan pembaca dan bonusnya juga menjadi tarikan sang Google.

Jadi jangan merasa malas untuk membaca jika kita rasa kita perlukan ilmu untuk tingkatkan lagi penulisan kita.

Meninggalkan Komentar

Meninggalkan komentar adalah menjadi pilihan diri kita sendiri namun harus difikirkan kembali, jika kita sebagai ‘orang baru’ atau seangkatan dengannya meninggalkan komentar yang berkualiti di entri rakan blogger yang lain memberi impak positif kepada kita sendiri.

Ini adalah satu bonus kepada kita dan blog kita apabila kita meninggalkan komen pada entri rakan blogger yang lain.

Apa erti menulis blog tanpa sebarang komentar daripada pembaca?

Wujudkan suasana dua hal sesama pembaca anda, biasanya penulisan yang lebih kepada persoalan akan membuatkan pembaca ingin menjawab kepada soalan tersebut di ruangan komen.

Anda harus bijak manipulasi ayat penulisan anda agar pembaca terasa ingin tinggalkan komen pada penulisan anda.

Pastikan blog anda mudah di komen oleh pembaca dan tidak terlalu banyak widget atau tampal-tampal perkara yang tidak perlu.

Daripada Sang Kerdil

Daripada 3 Tips Meningkatkan Penulisan di Blog ini semoga dapat membantu mereka yang buntu dalam penulisan mereka di blog.

Gaya penulisan adalah hak masing-masing, namun jika anda berkeinginan ingin ubah dan tingkatkan lagi gaya penulisan mungkin inilah salah 3 caranya.

Mungkin ada di antara mereka yang telah lama dalam dunia blog pasti ada cara lain selain daripada cara yang saya nyatakan ini tinggalkan tips anda di ruangan komen 🙂

[button-blue url=”http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=6671_41_1_177″ target=”blank” position=”center”]Rahsia Mudah RM1000 Sebulan Dengan Menulis. Dapatkan Panduan Ini Segera![/button-blue]

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

50 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!