• Home
  • /
  • Contest
  • /
  • Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati
Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati merupakan antara tips yang terbaik yang telah dikongsikan oleh beberapa ahli panel berdasarkan kejayaan daripada pengalaman sendiri.

Tips-tips buat duit dengan blog ini telah dikongsikan dalam Seminar Buat Duit Dengan Blog 2013 (SBDdB13) baru-baru ini di Hotel Singgah Sana, Petaling Jaya yang saya sendiri telah sertai.

Antara barisan panelis ialah Ikhwan dari Amanz.my, Nisa Kay, Shuth dan Encik Titan.

Ternyata bahawa sambutan sangat menggalakkan sehingga hampir separuh bukan blogger datang ke seminar ini untuk mengetahui tips-tips yang dikongsikan.

Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

Seminar Denaihati ini telah merumuskan tips-tips buat duit yang ringkas dan padat buat para peserta yang hadir.

Bagi saya yang baru sahaja pertama kali sertai seminar ini sangat merasa teruja dengan perkongsian ahli panel mengenai buat duit dengan blog ini.

Penyertaan saya dalam seminar Denaihati ini buat pertama kali amat teruja dan begitu juga  peserta lain lihat rajin menyalin setiap patah perkataan yang keluar dari mulut ahli panel. Antara yang menjadi kehangatan pada seminar ini:

  • Pendedahan mengenai program Affiliate
  • Cara membuat promosi blog
  • Ketepatan strategi blog, niche and marketing
  • Jenis-jenis pengiklanan di blog
  • Jenis produk yang sesuai
  • Produk digital, kelebihan dan cara jualan
  • Pengiklanan blog secara professional
  • Info yang paling dikehendaki di blog

Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

Tips-tips yang dikongsikan oleh Encik Titan saya rasakan paling menarik kerana beliau seriang menguar-uarkan sebelum ini dalam penulisan beliau.

Teknik SEO Merah Jambu dari Encik Titan

Encik Titan dilihat sebagai insan biasa yang betul-betul berusaha bertahun lamanya untuk berjaya buat duit dengan blog dan memiliki beberapa blog dan juga layak digelar sebagai Taiko Affiliate.

Semasa sesi perkongsian beliau menceritakan asas utama dalam teknik SEO ini, iaitu mesti ada keyword yang dipromosikan kalau boleh setiap perenggan ada keyword.

Tidak ketinggalan juga dengan penutup sesebuah penulisan bukannya berhenti sesuka hati. Boleh dikatakan seperti kita menulis karangan kalau di sekolah kan?

Menarik juga apabila beliau katakan bahawa untuk berjaya dalam program affiliate, harus ada sekurang-kurangnya 5 artikel untuk 1 affiliate. Macam mana ada idea?

Penggunaan plugin SEO juga amat membantu dengan ditambah lagi tag dan kategori yang ulang-ulang akan tag atau keyword.

Tambah lagi dengan gambar yang tepat dan pastikan mempunyai keyword, guna blog khas, guna social site dan kawal inbound and outbound links.

Rajin dan Buat Kerja

Nak berjaya bukan mudah dan perlu rajin dan sentiasa rajin.

Malas belum tentu tak buat kerja, rajin mungkin boleh dikatakan buat kerja.

Nak berjaya dalam dunia blog kena rajin dan buat kerja yang berganda-ganda dan jangan sentiasa berada di zon selesa.

Seminar Denaihati ini bukan sahaja membongkar tentang tips buat duit dengan blog tapi dalam waktu yang sama meningkatkan lagi motivasi dan semangat untuk terus mengejar kejayaan.

Semoga semua yang hadir pada Seminar Denaihati ini akan berjaya buat duit dengan blog dan juga dalam dunia blog, sama-sama manfaatkan ilmu dan tips yang telah kita dapat.

Contest Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati

Entri penulisan ini merupakan sebuah Contest Tips Buat Duit dengan blog hasil daripada penyertaan ke Seminar Denaihati.

Contest Tamat 

Terima kasih semua 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

139 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge