Teknik Pengucapan Awam Yang Berkesan Teknik Pengucapan Awam Yang Berkesan

Teknik pengucapan awam yang berkesan amat penting untuk memastikan persembahan anda dalam pengucapan awam menjadi lebih professional dan mendapat tempat di kalangan audiens dalam sebuah skop pengucapan awam. Pengucapan awam lebih popular sejak dari bangku persekolahan dengan adanya pertandingan.

Pengalaman dalam bertanding sendiri pengucapan awam membuatkan rasa tertarik ingin coretkan kembali kembali kenangan hampir 8 tahun lalu sehingga menjuarai pengucapan awam di bangku persekolahan.

Sudah pasti pengucapan awam atau “public speaking” amat menarik perhatian kalangan pelajar dan saya pernah lalui kedua-dua pengucapan awam dalam Bahasa Melayu dan juga English.

Antara yang turut popular juga debat perdana, pidato, speaker corner dan banyak lagi mengikut level yang setaraf.

Kegagalan Dalam Pengucapan Awam


Dalam keadaan berdiri di atas pentas dan berhadapan dengan ramai orang anda pasti menghadapi beberapa kegagalan dalam menyampaikan pengucapan awam yang berkesan.

# Hilang Fokus dan Hilang Ingatan

Ya, ketika melangkah naik atau ke depan untuk menyampaikan pengucapan awam ini anda dengan tiba-tiba terkejut dengan pandangan mata ramai audience.

Rasa gugup dan gementar yang amat sangat membuatkan diri anda lupa momentum pengucapan awam anda dan lupakan langkah demi langkah penyampaian anda.

# Gementar dan Takut Akan Pandangan Mata 

Ketika berada di hadapan, banyak pandangan mata meluru melihat ke arah anda. menanti ayat demi ayat serta lontaran pengucapan awam anda.

Keadaan ini membuatkan diri anda gementar sehinggakan tangan anda turut menzahirkan kegementaran anda.

# Kekurangan Masa Yang Banyak

Pada permulaan anda rugi masa dengan gementar, gugup dan hilang tumpuan malah momentum tidak panas untuk berucap.

Pada pengakhiran masa pula tidak mencukupi akibat kegagalan permulaan yang baik dan memulakan dengan lebih menarik.

Teknik Pengucapan Awam Yang Berkesan

Teknik Pengucapan Awam Yang Berkesan


Tahukah anda ada 10 Teknik Pengucapan Awam Yang Bekesan yang sudah anda ketahui namun gagal menjayakannya apabila anda telah berada di hadapan khalayak ramai.

Seorang pemidato atau pengucap kehebatannya bermula dengan bagaimana dia menukarkan sebuah suasana kelompok penonton untuk turut berada dalam “dunia ucapan” beliau.

10 Teknik Pengucapan Awam Yang Bekesan:

  • Kenali tempat Pengucapan Awam – ambil masa untuk biasakan diri dengan suasana dengan hadir awal, berjalan-jalan sekitar dan rasakan suasana persekitaran.
  • Kenali penonton yang hadir – kenali mereka dengan lingkungan umur mereka, peratusan mengikut umur, tegur sapa sebahagian mereka sebelum bermula (datang awal).
  • Ketahui dan pastikan bahan dan props anda – perlulah ketahui bahan yang ingin digunakan sesuai dengan suasana, penonton dan penggunaannya sebagai membantu menyampaikan pengucapan awam anda.
  • Bertenang – perlulah tidak rasa terlalu gementar dan takut untuk berhadapan dengan penonton.
  • Sampaikan dari dalam diri anda sendiri – Yakinkan diri dengan bayangkan anda memberi ucapan yang penuh gah, bergaya dan menarik perhatian yang ramai sebagaimana anda melihat mereka yang berjaya menyampaikan ucapan.
  • Ramai yang ingin anda berjaya – sematkan dalam diri semasa menyampaikan pengucapan awam ada sebahagian kalangan penonton ingin anda berjaya dan yakinkan diri dengan bayangan ini.
  • Jangan minta maaf – bahagian ini penting, jika anda tersilap atau tersasul jangan sebut maaf sebaliknya teruskan ucapkan anda dan perbetulkannya dengan pantas sekali supaya anda tidak menarik perhatian penuh penonton akan kesilapan anda.
  • Fokuskan untuk menyampaikan bukan ketakutan – set kan dalam minda anda untuk terus menyampaikan pengucapan anda dengan sepenuh hati. Jangan fokus pada gementar dan gugup.
  • Tukarkan aura gementar kepada keyakinan – permulaan yang perlahan atau gementar itu biasa namun anda harus segera menukarkan gementar dan takut dengan seorang yang kelihatan yakin berucap di hadapan. Sebarkan aura pengucapan anda secara total dan yakinkan diri anda dengan pergerakan bahasa badan anda.
  • Bina pengalaman dan bahasa badan – anda harus bina pengalaman secepat mungkin pada 5 minit pertama dengan suasana penonton dan reaksi. Dan secara pantas anda zahirkan gaya bahasa badan anda mengikut intonasi yang sesuai, tidak terlalu banyak dan tidak terlalu kaku.

Teknik Pengucapan Awam Yang Berkesan

Ilmu Memantapkan Pengucapan Awam


Dalam pengucapan awam yang berkesan dan hebat anda perlu mempunyai ilmu atau teknik yang khas untuk memantapkan lagi skil yang sedia ada pada diri anda.

Tidak lain tidak bukan ini membantu meningkatkan teknik pengucapan awam yang berkesan secara professional dan lebih jauh lagi.

Amalan memantapkan pengucapan awam:

  • Merancang dan rangka teks, bahan, props dan penyampaian ucapan anda.
  • Sentiasa praktis setiap hari supaya anda berjaya menimbulkan bahasa badan mengikut pengucapan.
  • Interaksi dengan penonton melalui pandangan, lihat pada muka, senyum dan intonasi yang sesuai.
  • Berfikir secara positif bahawa semua penonton sukakan pengucapan anda.
  • Rakam ucapan anda dan perbaiki lagi kekurangan yang ada.

Gandakan ilmu Pengucapan Awam Yang Berkesan dengan menyertai Kelab Pidato Perdana segera..!

Teknik Pengucapan Awam Yang Berkesan

Kongsikan pengalaman pengucapan awam anda  di ruangan komen :)

Khairul Zamri

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge