• Home
  • /
  • Tips
  • /
  • Teknik Membunuh Sifat Malas
Teknik Membunuh Sifat Malas

Teknik Membunuh Sifat Malas

Teknik membunuh sifat malas mampu menghapuskan rasa-rasa malas yang ada dalam diri kita selagi mana kita berusaha untuk berubah dan mengubah gaya hidup kita. Sifat malas memang ada dalam diri setiap orang sehinggakan kita rasa tidak perlu sekali berubah dalam hidup kita.

Sifat malas juga kadang-kadang mampu mengubah kita ke aras suatu yang lebih baik sekiranya kita lebih bersikap cepat sedar tentang kesilapan dan zon selesa kita.

Siapa pun kita pada hari ini jangan terus menerus berada dalam sebuah kesilapan yang besar.

Saya Mahu Berubah Tapi Saya Malas!

Kalau kita sendiri yang malas itu adalah salah kita sendiri lagi pun tak ada seorang pun yang mampu mengubah diri kita melainkan diri kita sendiri.

Semuanya bermula daripada hati kita sendiri sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W:

“Sesungguhnya di dalam tubuh ini ada segumpal daging. Apabila ia baik, baik jugalah seluruh tubuh. Dan apabila ia rosak, seluruh tubuh juga rosak. Ketahuilah, segumpal daging itu adalah hati..” – Riwayat Bukhari dan Muslim.

Teknik Membunuh Sifat Malas

Ini adalah beberapa teknik sangat mudah untuk kita turut agar sifat malas itu terhakis sedikit demi sedikit.

  • Mengambil wudu’ – wudu’ berfungsi sebagai penyejuk hati dan penenang diri setelah kita menyucikan anggota badan kita dengan bacaan niat dan doa selepas wudu’. Manakali dari segi pandangan Islam juga wudu’ mampu menghalang kita daripada terus terpengaruh dengan bisikan syaitan.
  • Solat tepat pada waktu – bagaimana solat tepat waktu mampu mengatasi sifat malas kita adalah dengan cara mendidik kita untuk lebih berdisiplin dan menepati waktu. Orang yang malas adalah antara mereka yang tidak menepati waktu dan tidak menghargai masa yang ada.
  • Bangun awal dan solat sunat – tambah lagi kuasa anda untuk membina disiplin diri. InsyaAllah saya katakan bila anda bangun awal dan solat sunat pastinya aura dalam diri anda begitu positif. Aura positif inilah yang penting dalam membentuk diri kita.
  • Berkawan dengan orang yang rajin – “berkawan dengan penjual minyak wangi, sampaikan kita pun akan terkena wanginya” , begitulah perumpamaan yang mudah jika ada kawan yang rajin. Jadi kawan yang baik dan rajin bisa memberikan pengaruh yang positif buat diri kita, insyaAllah.
  • Hirup udara segar dan lakukan aktiviti fizikal – kombinasi kedua-dua ini mampu memberikan sedikit aliran kesegaran dalam diri dan otak kita. Sifat malas sudah membelenggu dan menyebabkan kesesakan pemikiran otak kita, jadi kita perlukan satu pergerakan darah yang cepat dengan kombinasi udara yang bersih.

Anda Punya Gaya Anda Sendiri

Tidak dinafikan anda punya gaya dan cara sendiri untuk melawan sifat malas anda, jadi kongsikan pendapat dan pengalaman anda untuk kita variasikan pendapat masing-masing.

Terima kasih.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

27 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!