• Home
  • /
  • Info
  • /
  • Teknik Melajukan PC Dengan Efektif

Teknik Melajukan PC Dengan Efektif

Teknik melajukan PC dengan efektif dan berkesan ini masih lagi relevan pada hari. Walaupun kebanyakan orang hari ini banyak menggunakan telefon pintar untuk pelbagai urusan. Terpulanglah sama ada anda seorang yang bekerja pejabat atau juga seorang yang membuat bisnes online.

Penggunaan PC ataupun laptop sangat perlu bagi memastikan urusan kerja dan bisnes anda tidak tergendalah walaupun 10 minit!

 

Perbezaan PC Bukan Faktor Utama

Teknik Melajukan PC Dengan Efektif

Sesetengah orang kerap membeza-bezakan jenis laptop dan harga PC yang mereka miliki. Bagi saya itu adalah hanya skeptikal bagi mereka yang terlalu taksub pada sesetengah spesifikasi PC dan laptop sahaja.

Saya memiliki laptop Acer lama dengan hanya DDR2 2GB sahaja dan kebesaran hard disk sebanyak 150GB sahaja. Tempoh penggunaan laptop saya hampir 15 jam sehari tanpa tutup atau mode sleep dengan penggunaan balance power sahaja.

Pada hari ini usia laptop tersebut telah mencecah 7 tahun tanpa pernah rosak apa-apa bahagian hardware atau dalaman laptop ini. Alhamdulillah masih mantap dan semua artikel dalam laman blog ini ditulis menggunakan laptop tersebut. Malah sudah pelbagai cara saya gunakan laptop tersebut untuk menjana pendapatan sampingan.

 

Teknik Melajukan PC Dengan Efektif

Teknik Melajukan PC Dengan Efektif

Jadi harga sesebuah laptop bukan penyebab utama laptop dan PC anda tidak pantas dan laju. Perkara paling utama adalah bagaimana anda mengendalikan PC dan laptop anda secara baik. Teknik melajukan PC dan laptop anda sebenarnya bergantung kepada diri anda sendiri.

Persoalan pertama bagaimana anda mengendalikan fail-fail dalam PC anda. Susunan-susunannya adakah mengikut jenis dan berada di dalam folder yang sama jenis. Ini bukan sahaja menyenangkan mata memandang malah memudahkan untuk carian semula pada masa kelak. Walaupun perkara ini adalah asas dan tidak kritikal tapi penyusunan fail-fail yang teratur mampu menjaga tahap penggunaan hard disk dengan baik. Bukan teori semata-mata saya sudah praktikkan selama 7 tahun.

Berapa kalikah kita melakukan pembersihan terhadap PC kita. Pembersihan folder atau fail yang tidak digunakan adalah penting supaya ia tidak dibiarkan begitu sahaja tanpa memberikan apa-apa manfaat. Pembersihan ini juga meliputi penyusunan semua system file yang terdapat dalam system hard disk PC.

Defragmenter yang tersedia ada dalam PC kita sangat berguna untuk penyusunan ini. Saya biasanya akan membuat pembersihan sebegini seminggu sekali. Hanya klik dan tinggal bukannya sukar sangat.

Masih banyak lagi benda teknikal yang kecil-kecil bakal menyebabkan kita mampu mengekalkan kelajuan laptop dan PC seperti awal kita beli dahulu. Registry file, internet cache file, internet cache image dan mengelakkan terlalu lama serta banyak menyimpan folder di desktop juga turut memberi kesan.

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

22 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!