Teknik Blogwalking Berkesan dan Pantas

Teknik blogwalking berkesan dan pantas adalah sesuai bagi mereka yang merasakan buntu dalam mendapatkan sejumlah komen yang sesuai dengan penulisan di blog setiap hari. Tidak dinafikan ramai yang memanipulasikan teknik blogwalking yang semata-mata untuk kenaikan trafik secara mendadak di blog.

Blogwalking adalah seperti berjalan-jalan ke laman blog orang lain tapi apakah ertinya jika sekadar singgah namun hasilnya tidak memberikan kepuasan kepada kita kembali?

Buang masa dan buang kuota internet sahaja pergi ke merata blog tapi tanpa pulang yang memuaskan kita sebagai penulis blog kembali.

Teknik Blogwalking Berkesan dan Pantas

Blogwalking yang sebenar terdiri daripada:

  • Baca entri penulisan sahabat blogger
  • Komen dan tinggalkan link pada ruang yang sesuai

Kesan peninggalan link blog anda yang secara berhemah bukan sahaja mampu membantu penulis blog akan kembali ke blog kita untuk membaca entri penulisan kita tapi ia mempromosikan penulisan kita pada laman blog tersebut.

Teknik Blogwalking Berkesan dan Pantas

Tengok contoh kelebihan memasang plugin commentluv ini pada blog. Kemudahan aplikasi ini bukan sahaja mampu membantu penulis blog untuk ke laman kita kembali tapi juga kepada pembaca-pembaca yang lain.

Seperti contoh ini saya telah mengunjungi blog Bahrain sebagai rutian harian membaca dan komen pada entri beliau.

Dalam masa yang sama juga setelah tamat komen pada entri beliau saya akan klik beberapa link komentar yang belum lagi saya singgah pada hari tersebut.

Jadi secara tidak langsung hari ini saya menambah beberapa pembacaan blog dan jumlah kenalan.

Teknik Blogwalking Berkesan dan Pantas

Ini antara contoh lain dari beberapa blog yang sempat saya print screen.

Lihat contoh ini, pada blog pertama Blogger Lelaki ada dan pada blog kedua juga dia ada – dia memang ada dimana-mana sekarang ini.

Ini menunjukkan beliau seorang blogger yang aktif dan juga sama maksud jika kita komen di blog dia, dia kan datang komen ke blog kita kembali.

Ini adalah cara anda melihat bagaimana beberapa blogger yang rajin singgah baca dan komen penulisan entri rakan blogger yang lain mempunyai kemungkinan yang tinggi dia akan sentiasa datang ke blog kita setiap hari dengan syarat kita juga bekerja dengan cara yang sama.

Kesilapan beberapa blogger adalah tidak akan masuk beberapa blog yang mereka tidak pernah kunjungi atau tidak kenal serta tidak rapat dengan blogger tersebut.

Semoga sikap sebegini kita harus buang jauh-jauh siapalah kita tanpa rakan-rakan blogger yang lain.

Wassalam 🙂

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

63 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!