Tamat Minggu Kuliah Dalam Hidup

Tamat Minggu Kuliah Dalam Hidup

Masuknya hari Jumaat ini maka tamat minggu kuliah yang berlangsung selama 14 minggu ini bagi semester akhir dalam hidup ini. Bulan April juga menghampiri penghujung dengan penutupnya selesai semua program yang dianjur dan dihadiri. Tidak lupa juga dengan berakhirnya April nanti kita akan menyaksikan Pilihanraya Umum Ke-13.

Tamat Minggu Kuliah

Tamat minggu kuliah bermakna ada 2 minggu lagi sebelum final exam. Celik pejam waktu memang cepat berlalu. Pengakhiran tamat minggu kuliah ini diakhiri dengan 2 test, 1 presentation dan 1 program semua adalah di kira dalam jam kredit.

Kali ini punyai kelebihan kerana pilihanraya, saya punya 2 minggu masa untuk study week bagi menghadapi final exam bermula 13 April dan berakhir pada 16 April 2013. Hasrat di hati ingin sertai Seminar Buat Duit Dengan Blog tapi tarikh Final Year Presentation belum diputuskan lagi.

Pengalaman dan Inspirasi

Tamat Minggu Kuliah Dalam Hidup

Sekitar tahun 2011 saya bergiat aktif dalam dunia fotografi sehingga menubuhkan kembali kelab fotografi di kampus, satu impak yang bagus selepas penjenamaan semula. Namun bila sudah bertukar tangan pemerintah biasalah matlamat orang asal setkan tidak mungkin dapat dibawa oleh orang seterusnya.

Saya meninggalkan dunia fotografi seawal tahun 2012 kerana rasa tidak dapat mengimbangi pembahagian waktu saya, saya bukan saja bergiat aktif dalam kampus malah juga ada Group di luar yang sangat-sangat membantu.

Bila sudah tamat minggu kuliah ini ada terdetik juga dihati ingin kembali ke kancah fotografi selepas tamat final exam nanti. Mungkin boleh pergi jauh atau pergi jauh-jauh? Banyak juga perkara yang perlu dikejar selepas ini bukan hanya terhenti begitu. Bermula Julai ini pula akan mulakan Latihan Industri di sesuatu tempat yang akan diberitakan kelak.

Matlamat Tiada Akhirnya

Kalau bercakap tentang matlamat dalam kepala ini sangat banyak yang tersemat dan belum selesai. Selesai satu matlamat datang lagi matlamat yang lain sebab itulah tiada akhirnya. Saat tamat minggu kuliah inilah rasa tiba-tiba makin bertambah di kepala, bak kata orang “angan-angan semakin berangin”.  Teka matlamat utama saya selepas ini?

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

22 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!