• Home
  • /
  • Info
  • /
  • Tahap Mendidik Anak Ikut Kaedah Islam

Tahap Mendidik Anak Ikut Kaedah Islam

Tahap  mendidik anak ikut kaedah Islam adalah merupakan satu cabang mendidik anak menjadi soleh. Anak merupakan rezeki kurniaan Illahi iaitu hasil dari perkahwinan. Anak atau cahaya mata yang kosong dari sebarang dosa dicorakkan oleh kita ibubapa sendiri.

Sudah menjadi nornal atau kebiasaan orang menghantar anak-anak ke pusat penjagaan serta pendidikan bagi memenuhkan dada seorang anak dengan ilmu yang terbaik.

 

Tahap Mendidik Anak Ikut Kaedah Islam

 

4 Tahap Mendidik Anak Ikut Kaedah Islam

Tahap Mendidik Anak Ikut Kaedah IslamSecara amnya ada 4 tahap mendidik anak ikut kaedah Islam. Kaedah ini sudah lama diguna pakai. Namun lumrah kerana tak semua orang disampaikan ilmu sebegini atau terlepas pandang.

 

Tahap Pertama: 0- 6 tahun

Pada tahap ini adalah merupakan tahap permulaan dalam mendidik anak-anak. Di tahap ini kita haruslah menyayangi anak dengan sepenuh hati. Jangan terlalu ambil hati jika anak-anak nakal bermain atau sepahkan rumah, menangis atau merengek. Ajarnya dengan penuh kasih sayang dan jangan cepat melenting.

Tahap Kedua: 7 – 14 tahun

Pada tahap ini anak-anak sudah mula mengenal dunia dan mempunyai sedikit kawan. Pada tahap ini kita harus beri didikan dengan kasih sayang tetapi tegas. Mulalah mendidik mereka dengan perkara asas agama.

Disiplinkan mereka dan beri mereka sedikit tanggungjawab. Perlahan-lahan juga mendidik mereka tentang solat, puasa dan amalan wajib yang lain. Sedikit demi sedikit mendidik mereka ketahui perkara yang wajib sehingga matang.

Tahap Ketiga: 15-24 tahun

Pada fasa dan tahap ini, anak sudah mula mencapai fasa kematangan. Maka cara pendekatan dan ibu bapa terhadap anak juga haruslah mengikut tahap yang betul. Berkawan dengan anak, bertukar pendapat dan idea.

Jadikanlah anak sebagai kawan baik dan tempat bergelak sama. Hormati juga pendapat anak selagi tidak bertentangan dengan syariat. Bina satu ikatan persahabatan yang baik dengan anak sehingga mereka rasa selesa dengan kita dan akan senantiasa menjadi rujukan bagi mereka dalam apa jua permasalahan sekali pun.

Tahap Keempat: 21 tahun ke atas

Inilah dimana tahap anak kita sudah dewasa, tidak perlukan pengawasan yang penuh tapi masih lagi perlukan kita ibu bapa. Andai kita berjaya mendidik anak di tahap ketiga sudah pasti tahap keempat bukan menjadi satu kebimbangan buat ibu bapa.

Beri kebebasan kepada mereka untuk membuat keputusan selagi tidak bertentangan dengan syariat. Jadilah juga penasihat yang baik kepada mereka andai mereka anda membuat kesalahan.

 

Hasil – Berjaya Mendidik Anak Soleh

Hasil 4 tahap didik anak ikut kaedah Islam ini berfaktor besar menjadikan anak seorang yang soleh. Setiap tahap ini memainkan peranan penting bukan sahaja untuk setahun dua.

Inilah dikatakan bagaimana kita mendidik anak hari ini atau hari yang lalu begitu mereka akan jadi hari kemudian. Andai kita telah tersalah didikan terhadap mereka kelak hari kita pasti akan kenang kembali bagaimana kita mendidik mereka.

Jadilah artikel ini sebagai satu panduan buat kita semua dan juga diri penulis. Andai ibu bapa atau anda mempunyai pendapat tersendiri saya alukan olahan anda secara berhemah diruangan tersebut. Jangan lupa dapatkan panduan mendidik anak soleh.

 

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

15 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!