Tabung Tandas

Tabung Tandas

Jumaat dan Sabtu pergi merantau sedikit ke beberapa tempat, biasalah musim cuti sekolah walaupun dah tak sekolah nak juga merasa suasana cuti sekolah.

Kebanyakan jalan-jalan Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu adalah jalan yang selalu saya gunakan tak kisah sama ada pulang atau pergi dengan bas ataupun memandu sendiri. Jarang sekali rasanya masuk jalan lain takut sesat atau lebih jauh dari jalan biasa.

Kalau sesat ada stesen minyak boleh lagi tapi kalau jalan itu tak ada stesen minyak dan minyak separuh tangki lebih baik elakkan.

Sewaktu singgah di beberapa tempat di Muazam Shah, nak masuk tandas dan tengok tabung ini.

Tabung Tandas

Agak-agak setiap orang yang masuk bayar ke?

Kegunaan tabung ini bagi mengurangkan kos gaji orang untuk jaga di pintu masuk tandas awam.

Bayar masuk tandas sudah jadi kebiasaan sebagai bayaran untuk mencucikan tandas, dulu 20 sen kini 30 sen tak kisah pun asalkan masuk tandas berbayar bersih dan selesa.

Tapi sesetengah tempat yang mengenakan bayaran tapi bila masuk alamak tak selesa nak gunakan, kotor dan pintu pun tak boleh kunci mengalahkan masuk tandas yang tidak berbayar tapi bersih dan selesa.

Tabung tandas

Ini juga pelik rasanya haha, mana ada orang nak tanggalkan baju/seluar selepas mandi kan? Tak tahulah memang tulis begini atau dah dimanipulasikan.

Banyak sangat tulisan dalam tandas, macam-macam ada servis la, promote perniagaan, hentam orang dan yang paling popular jual nombor telefon dengan tidak bertamadun. Siapa pernah ambil nombor telefon dalam tandas?

Tabung tandas

Yang ini pun ada dalam tandas, ayat terakhir kurang jelas sedikit. Boleh jadi bahan bacaan dalam tandas nampaknya.

Siapa tahu ini ada dekat mana?

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

18 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!