Tabung Setiap Solat Jumaat

Tabung Setiap Solat Jumaat

Tabung setiap solat Jumaat siapa tidak kenal dengan fungsinya dan juga pergerakannya sekitar Solat Jumaat, jika pernah membaca entri sedekah setiap Jumaat inilah entri sambungannya.

Solat Jumaat di mana-mana sahaja kita pasti dihidangkan dengan pergerakan tabung derma sebagai mengutip sedikit sumbangan jemaah yang hadir untuk pengerakan masjid tersebut.

Masih ingat lagi sewaktu menghadiri beberapa ceramah dahulu, ada seorang ustaz bercerita bahawa ada sesetengah orang mempertikaikan kenapa perlu “bayar” untuk menghadiri ceramah atau kuliah di masjid.

Apa jawab ustaz tersebut ialah,

“Ini bukanlah bayaran untuk saya yang datang ceramah, tapi ini adalah sedekah atau sumbangan kepada masjid, agar kewangan masjid sentiasa ada dan setiap sumbangan yang kita hulurkan contohnya digunakan untuk bayar bil elektrik, selagi mana orang menggunakan elektrik untuk beribadah selagi itulah pahala amalan akan kita dapat”

 

Tabung Setiap Solat Jumaat

Sedekah amal jariah sudah tentu kita ketahui, bagi mereka yang bermurah hati amalan sedekah ini tidak menjadikan satu masalah walaupun boleh menghulurkan RM1 setiap Jumaat sekali pun, bukan nilai yang dipertaruhkan tapi tahap keihklasan yang bakal diperjuangkan di akhirat kelak.

Kebanyakkan masjid yang pernah saya sendiri hadiri untuk solat Jumaat, pergerakan tabung masjid ini mempunyai pelbagai waktu pergerakannya.

Kita sebagai makmum sudah tentu perlu hadir ke masjid untuk solat Jumaat sebelum imam naik ke mimbar iaitu seelok-eloknya sebelum azan ke 2 dilaungkan oleh bilal.

Pahala solat Jumaat kita bergantung pada tumpuan kita sewaktu khutbah Jumaat dibacakan oleh imam.

Bermakna kita dilarang sesekali melakukan aktiviti lain selain hanya mendengar dengan fokus apa khutbah yang disampaikan.

Bahkan ingin menegur orang sebelah kita untuk suruh diam sekali pun tidak boleh.

Yang datang solat Jumaat siap main game di telefon dimana entah tumpuan dan pahala solat Jumaat mereka?

Hukum Tabung Derma Bergerak Masa Khutbah Jumaat

Tabung derma tidak sepatutnya bergerak sewaktu imam membacakan khutbah Jumaat, ini dapat mengganggu konsentrasi jemaah yang hadir untuk fokus kepada khutbah Jumaat.

Pergerakan tabung derma sepatutnya selepas solat Jumaat sambil-sambil zikir dan wirid.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

14 Comments

Leave a Reply

CommentLuv badge

error: Content is protected !!