SukaSedap Skin 2 in Khairul Zamri dot com

SukaSedap Skin 2 in Khairul Zamri dot com

Assalamualaikum dan selamat hari minggu kepada semua, jarang-jarang update semenjak dua menjak ini berikutan sibuk menamatkan dan menyiapkan report intern dan alhamdulillah segalanya telah berakhir. Cepat betul masa berlalu dan maka tamatlah sudah ijazah selama 4 tahun ini, ada rasa seperti tidak percaya pun ada.

Tidak ketinggalan juga dengan dunia blog, semalam berchat dengan rakan lama yang memperkenalkan diri ini kepada dunia blog.

Dulu kami hanya bermain di blogspot sahaja dan kini beliau tidak lagi aktif menulis seperti saya hari ini masih lagi meneruskan kerjaya blogger separuh masa dan kadang-kadang ini.

SukaSedap Skin 2 in Khairul Zamri dot com

SukaSedap Skin 2 in Khairul Zamri dot com

Ini kali kedua saya menukarkan thesis skin ini dan kedua-duanya dibawah selenggara oleh Izzudin Fauzi, bukan tak tahu pasang tapi bab-bab struktur ini kita lebih baik serahkan kepada yang pakar.

Seminggu sudah sedang menyelenggara satu laman, boleh bengkak mata mengadap laptop berjam-jam lamanya.

Alang-alang sedang mengedit dapat tawaran percuma oleh saudara Izzudin ingin tolong pasangkan skin ini.

Orang professional kejap saja pasang, kalau saya konfem sehari dua makan masa.

Bagi saya, saya sangat berpuas hati dengan skin terkini berbanding yang sebelum ini.

Banyak  feature yang saudara Izzudin tambah dan kelihatan lebih smooth dan cantik sesuatu untuk lelaki ada taman dalam hati juga ini.

Warna boleh diubah mengikut selera dan seperti biasa blog ini saya memilih warna biru.

Skin ini hanya percuma anda boleh dapatkan segera jika berminat juga untuk menggunakannya, terus sahaja hubungi saudara Izzudin Fauzi.

Bergiat dalam penulisan blog bermula pada tahun 2010. Berkongsi tentang informasi, tips, teknik, kesihatan, pendidikan, bisnes dan gaya hidup yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Pendapat saya mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa. Terima kasih.

24 Comments

error: Content is protected !!